sfhzuraz Publish time 3-4-2025 04:48 AM

Cedera diserang anjing: Cake ingatkan pemilik jangan salah guna lesen

Edited by sfhzuraz at 3-4-2025 04:49 AM

Cedera diserang anjing: Cake ingatkan pemilik jangan salah guna lesen

ROSLINDA HASHIM
01 April 2025 06:54pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/01/3068094.jpg
Laporan Sinar Harian berkaitan orang awam cedera diserang anjing. (Gambar kecil: Mohamad Yusrizal)



ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengingatkan pemilik anjing agar tidak menyalahgunakan lesen yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Presiden Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, sebarang pelanggaran syarat lesen boleh mendatangkan bahaya yang tidak dijangka, terutamanya kepada kanak-kanak.

Menurutnya, tindakan cuai pemilik bukan sahaja melanggar syarat yang ditetapkan tetapi boleh menimbulkan risiko keselamatan dan kebersihan kepada penduduk setempat.
Kita tidak mahu kejadian yang boleh membahayakan berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang sering bermain di kawasan perumahan.

"Pihak berkuasa telah menetapkan peraturan yang jelas dan pemilik premis perlu mematuhinya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum ini, Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mansor Zakaria memaklumkan, sekurang-kurangnya empat individu cedera selepas diserang dua ekor anjing yang terlepas dari rumah pemiliknya di Taman Desa Bicara, Kuala Ketil pada pagi Selasa.

Anjing tersebut adalah milik seorang penduduk tempatan dan dipercayai terlepas dari kandangnya sebelum menyerang orang awam.
Sementara Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata, siasatan awal mendapati anjing sama pernah terlibat dalam insiden serangan pada tahun 2023, menyebabkan kecederaan seorang lelaki.

Dua ekor anjing jenis Rottweiler itu yang menyerang empat individu di Taman Desa Bidara, awal pagi Selasa mempunyai sejarah serangan terhadap seorang mangsa dua tahun lalu.
Dalam pada itu, Mohamad Yusrizal turut menggesa pihak berkuasa tempatan agar lebih tegas dalam pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya.
Peraturan yang ditetapkan adalah demi kesejahteraan semua pihak. Setiap pemilik yang memiliki lesen perlu bertanggungjawab dan tidak mengambil mudah terhadap syarat yang ditetapkan,” tambahnya.
Menurutnya lagi, pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi mengelak pemeliharaan anjing tertentu tanpa lesen seterusnya menimbulkan ancaman kepada penduduk setempat.
“Kita harap tindakan tegas diambil kepada pemilik anjing yang cuai dalam menjaga anjing miliknya.
“Anjing jenis Rottweiler sememangnya mudah serang orang dan boleh mencederakan sehingga membawa maut,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/720616/edisi/utara/cedera-diserang-anjing-cake-ingatkan-pemilik-jangan-salah-guna-lesen

Pages: [1]
View full version: Cedera diserang anjing: Cake ingatkan pemilik jangan salah guna lesen


ADVERTISEMENT