Ibu tunggal tak jadi balik kampung, kereta klon disita JPJ
Ibu tunggal tak jadi balik kampung, kereta klon disita JPJZuliaty [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HGRT_1743580816.jpg
Anggota JPJ Kedah memeriksa sebuah kereta Honda Jazz yang dipercayai kereta klon dalam operasi khas Hari Raya yang diadakan berdekatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). FOTO IHSAN JPJ
Alor Setar: Hasrat seorang ibu tunggal pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini tidak kesampaian apabila kereta Honda Jazz dipandunya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah disyaki klon.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, wanita berusia 38 tahun itu ditahan Bahagian Penguat Kuasa JPJ dalam operasi khas hari raya berdekatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini, jam 11 pagi.
Beliau berkata, wanita itu mendakwa membeli kereta itu pada Januari lalu melalui seorang ejen dengan cara sambung bayar.
"Hasil pemeriksaan turut mendapati, kenderaan itu disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Kereta klon ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Kenderaan terbabit disita dan dihantar ke Depoh Tahanan Sita JPJ Kedah untuk tindakan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: April 2, 2025 @ 4:00pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1203482/ibu-tunggal-tak-jadi-balik-kampung-kereta-klon-disita-jpj
Pages:
[1]