Kes digigit anjing di Baling: Pemilik setuju lupus dua Rottweiler
Kes digigit anjing di Baling: Pemilik setuju lupus dua RottweilerOleh BERNAMA - April 2, 2025 @ 6:27pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh042anjing2_1743591102.jpg
Pemilik dua anjing jenis Rottweiler yang menyerang dan menggigit lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam setuju melupuskan haiwan peliharaannya dengan kaedah ditidurkan.
ALOR SETAR: Pemilik dua anjing jenis Rottweiler yang menyerang dan menggigit lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam setuju melupuskan haiwan peliharaannya dengan kaedah ditidurkan.
Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, berkata persetujuan itu dicapai susulan pertemuan antara pemilik anjing dengan pihak berkuasa berkaitan, hari ini.
"Kedua-dua anjing itu diserahkan kepada Pejabat Veterinar Baling untuk dilupuskan secara ditidurkan mengikut prosedur," katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Selain itu, katanya, Majlis Daerah Baling telah mengeluarkan dua kompaun kepada pemilik anjing berkenaan atas kesalahan membela anjing tanpa lesen.
Semalam, BERNAMA melaporkan lima cedera selepas digigit dua anjing berkenaan yang terlepas daripada sangkar di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.
Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1379776/kes-digigit-anjing-di-baling-pemilik-setuju-lupus-dua-rottweiler
Pages:
[1]