Tetap beli emas baharu untuk beraya walaupun harga tinggi
Edited by sfhzuraz at 30-3-2025 12:34 PMTetap beli emas baharu untuk beraya walaupun harga tinggi
NURUL HIDAYAH HAMID
30 Mac 2025 08:35am
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/03/30/3066529.jpg
Ku Mohd Hanif (tengah) melayan pelanggan yang mengunjungi kedai emas miliknya di Kuala Nerang, Padang Terap.
PADANG TERAP - Permintaan terhadap emas di Kedah terus meningkat terutamanya sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal meskipun harganya mencecah hampir RM500 satu gram.
Pemilik Kedai Emas Tun Emas Sendirian Berhad, Ku Mohd Fikri Hanif berkata, ramai wanita mengambil peluang untuk memiliki emas sebagai perhiasan Aidilfitri.
Beliau berkata, harga emas ketika ini mencatat peningkatan berbanding sebelumnya, namun pembeli tetap meneruskan pembelian mengikut kemampuan masing-masing.
“Setiap tahun, permintaan terhadap emas memang meningkat terutamanya menjelang Aidilfitri dan mereka tetap beli ikut kemampuan.
“Ada pembeli yang mampu beli cincin, maka dia beli cincin sahaja. Kiranya, pembelian emas baharu tetap ada,” katanya.
Beliau menambah, pembeli tetap ada kerana mereka melihat emas sebagai satu bentuk pelaburan yang bernilai walaupun harganya meningkat.
“Kebanyakan pembeli tahu walaupun mereka beli emas pada harga tinggi namun nilainya juga tinggi dan apabila terdesak boleh digunakan untuk kecemasan,” katanya.
Beliau memberitahu, suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan sekali pun menukar emas lama dengan reka bentuk baharu.
Tambah Ku Mohd Fikri, perhiasan emas dari koleksi dan rekaan terkini seperti Dubai dan STM menjadi pilihan utama pada tahun ini.
“Berdasarkan pengalaman pada tahun lepas, saya jangka permintaan terus meningkat dengan ramai pelanggan yang ingin menggayakan set perhiasan baharu bersama pakaian raya mereka.
Selain membeli, ramai juga yang datang ke kedai emas untuk mencuci dan mencelup semula emas lama agar kelihatan baharu,” katanya.
]https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/03/30/3066528.jpg
Syarafina Atirah
Peniaga Kedai Emas Seri Pekan Rabu, Syarafina Atirah Ponirin pula memaklumkan, ramai yang membuat penukaran emas lama di kedainya untuk melaram pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menurutnya, pengunjung menjual barang kemas mereka yang lama lalu membeli barang kemas baharu, sekali gus mendapatkan rekaan terkini yang diinginkan.
“Harga emas sekarang memang tinggi, jadi kalau ada yang datang lebih kepada trade in dan tambah duit sikit-sikit,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/720383/edisi/tetap-beli-emas-baharu-untuk-beraya-walaupun-harga-tinggi
Pages:
[1]