sfhzuraz Publish time 29-3-2025 10:21 PM

Tiada sebarang petunjuk, operasi cari Fayyad disambung esok

Tiada sebarang petunjuk, operasi cari Fayyad disambung esok

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 29, 2025 @ 6:45pm [email protected]




https://assets.bharian.com.my/images/articles/fayaadbomba_1743245119.jpg
Ketua Zon 3 JBPM, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali (tengah) mendengar penerangan daripada Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab (kiri) diperhatikan Zulkhairi berhubung pencarian Fayyad Affan. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli


BALING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari kanak-kanak autisme, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, yang hilang sejak semalam dari rumahnya di Kampung Landak, Kupang ditangguh petang ini berikutan tiada sebarang petunjuk diperoleh di lokasi pencarian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata operasi ditangguh pada jam 5.30 petang tadi.
Beliau berkata, operasi akan disambung pada jam 8.30 pagi esok di lokasi yang sama.
"Pada hari ini, unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pencarian di kawasan sungai.
"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani turut melakukan selaman di kawasan SAR di Sungai Kupang hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, operasi akan diteruskan pada hari ketiga esok yang hanya membabitkan anggota BBP Baling.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1378524/tiada-sebarang-petunjuk-operasi-cari-fayyad-disambung-esok




Pages: [1]
View full version: Tiada sebarang petunjuk, operasi cari Fayyad disambung esok


ADVERTISEMENT