Raline Publish time 28-3-2025 04:21 PM

Isteri tak pernah merasa duit suami, mentua senang-senang je dapat duit belanja raya



Dalam perkahwinan, mereka yang bergelar suami bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin kepada pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya dilihat berkira dalam memberikan duit belanja kepadanya, sedangkan keluarga mentua sering dihulurkan wang.

Menurut wanita ini, di sebalik kekecewaannya, dia bersyukur kerana mempunyai sumber kewangan sendiri yang membolehkan dia mampu membeli barang keperluan dan kehendak tanpa terlalu bergantung harap pada suaminya.

"Suami memang susah nak bagi duit belanja dekat saya. Untungnya saya bekerja jadi ada la duit nak beli belah barang dan kehendak sendiri.

"Ni nak raya saya dapat tahu dia bagi duit belanja untuk mak ayah dia RM500, Ikutkan tak kisah tapi tu la... ada juga terasa," ujarnya.

Luah wanita ini lagi, melihat sikap suami yang begitu mudah menghulurkan wang kepada ibu bapanya membuatkan dia mula berasa terkilan kerana dirinya sebagai isteri tidak pernah diberi perhatian dari segi kewangan.

Menurutnya lagi, dia pernah 'mengamuk' sehingga terkeluar kata-kata dirinya tidak reda dan tidak menghalalkan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami tetapi diabaikan begitu sahaja.

"Sebelum ni, saya pernah marah sampai terlepas cakap, saya takkan reda dan halalkan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab dia, tapi saya yang terpaksa galas," tambahnya lagi.

Rata-rata netizen yang membaca luahan tersebut memberikan pendapat mereka, dengan ada yang menyarankan agar wanita itu berterus terang meminta bantuan kewangan daripada suaminya.

Tapi bila famili dia minta, tak ada pula perkataan nanti-nanti tu keluar ya.
PENGADU
"Mintalah sis, lelaki ni kena cakap terus terang baru dia faham. Saya memang minta duit belanja tiap kali gaji, takut suami buat-buat lupa. Nafkah wajib, minta je!

"Dulu masa saya kerja, saya jadi berdikari. Sekarang dah tak kerja, suami memang bagi. Tapi kena minta la. Lelaki ni kalau kita diam, dia ingat kita cukup segalanya.

"Kena minta.. abang nak RM300 boleh nafkah sayang. Mana tahu murah rezeki abang bila belanja. Kalau tak, masa nak beli barang minta kad dia, swipe je.. selagi dia tak bagi, minta je," komen netizen.

Namun, pengadu itu memberi respon terhadap komen netizen, menyatakan bahawa dia sudah beberapa kali meminta, tetapi suaminya sering memberi alasan.

Malah, katanya, dia sudah penat meminta dan akhirnya memilih untuk membeli sendiri apa yang dia perlukan.

"Sudah pernah minta tapi dia selalu cakap nanti-nanti. Kita ni yang bekerja, kadang malas dah nak cakap.

"Akhirnya beli je sendiri. Tapi bila famili dia minta, tak ada pula perkataan nanti-nanti tu keluar ya," jelasnya.

Sumber: mStar

acikonion Publish time 29-3-2025 11:21 PM

Smga rezeki wife melimpah ruah. Xyah meminta2 kt husband lg

babelina Publish time 21-4-2025 02:29 PM

perkara nie mmg berlaku.. lbh2 lg suami yg ank mak ye..
sbb my fren punya fren hadap benda.. sampaikn potong kuku mentua ye.. tiap wkend blk umah mentua sbb kna masak.. akhirnya x tahan tuntut cerai.. makpak semua marah pasal apa.. menantu pijak semut x mampos.. bila kt mahkamah kuar segala aib.. baru makpak taw yg ank mkn ht selama nie.. n menantu hantu.. now dh cerai..
Pages: [1]
View full version: Isteri tak pernah merasa duit suami, mentua senang-senang je dapat duit belanja raya


ADVERTISEMENT