sfhzuraz Publish time 25-3-2025 06:40 PM

Alunan surah Al-Saff bergema di Masjid Abdullah Fahim

Edited by sfhzuraz at 25-3-2025 06:42 PM

Alunan surah Al-Saff bergema di Masjid Abdullah Fahim

MOHD ISKANDAR OTHMAN
25 Mac 2025 03:54pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/03/25/3060762.jpg
Mohamad (tengah) bergambar bersama peserta World Quran Hour di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.


KEPALA BATAS - Penganjuran Program World #QuranHour 2025 yang telah memasuki tahun ke-10 bukan sekadar satu acara, tetapi ia adalah sebuah gerakan global yang mengajak umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai panduan hidup.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, impak selama sedekad ini menunjukkan penyertaan global bermula sejak tahun 2015, dengan kempen #QuranHour telah diadakan di 313 lokasi melibatkan 76 negara, menunjukkan penerimaan dan sokongan yang meluas di seluruh dunia.

Menurutnya, Pulau Pinang telah terlibat secara langsung dalam kalangan 14 negeri yang mengimarahkan World #QuranHour ini.
"Pada tahun ini, kita memberi tumpuan khusus kepada surah al-Saff, surah yang penuh dengan pengajaran tentang kepentingan persatuan, keikhlasan dan perjuangan di jalan Allah.

"Selain itu, tinjauan saya juga mendapati terdapat sebanyak 24 pempamer dari pelbagai agensi yang turut serta mengimarahkan program World #QuranHour 2025, termasuk pertandingan dan bengkel yang berkaitan dengan penghayatan al-Quran.
"Ini jelas menunjukkan penglibatan pelbagai pihak dalam usaha menyokong pelaksanaan Sustainable Development Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), yang amat penting," katanya ketika berucap merasmikan Program World #QuranHour 2025 peringkat Pulau Pinang di Masjid Abdullah Fahim, di sini pada Selasa.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/03/25/3060761.jpg
Kaum Muslimah antara yang teramai mengambil bahagian dalam Program World Quran Hour di Masjid Abdullah Fahim.


Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Norlina Ahmad dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Sukki Othman.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, penganjuran program World #QuranHour bertepatan dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang (APAI 2030), yang terdiri daripada lima teras utama, iaitu pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan keluarga, pembangunan anak muda serta pembangunan dakwah dan tarbiah.

Jelasnya, penganjuran program ini sejajar dengan Agenda APAI 2030 yang menekankan kehidupan beragama yang dinamik dengan membangunkan program-program bagi memperkukuh kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat, termasuk aktiviti keagamaan dan pengajian Islam.
Selain itu, katanya, program dakwah yang berkesan melibatkan teras pembangunan dakwah dan tarbiah kepada golongan anak muda, institusi keluarga, institusi pendidikan serta masyarakat secara keseluruhan.
https://www.sinarharian.com.my/article/719604/khas/quranhour/alunan-surah-al-saff-bergema-di-masjid-abdullah-fahim

Pages: [1]
View full version: Alunan surah Al-Saff bergema di Masjid Abdullah Fahim


ADVERTISEMENT