Raline Publish time 24-3-2025 02:46 PM

Bos kacau isteri orang malam minggu, tengah tidurkan anak disuruh buat kerja



Cuti hujung minggu yang sepatutnya tenang bagi pasangan ini bertukar menjadi huru-hara dek kerana sikap majikan si isteri.

Manakan tidak, majikan berkenaan menghantar mesej pada waktu malam, mendesak si isteri melakukan perubahan pada tugasan yang sudah dihantar lebih awal.

"Isteri aku hantar report, siap seminggu awal. Tapi tiba-tiba hari Jumaat sekitar pukul 10 malam, bos dia baru kalut nak suruh ubah itu ini.

"Ketika itu bini aku mahu tidurkan anak. Tiba-tiba masuk WhatsApp bos dengan mesej... boleh kamu buat perubahan sekarang?" kata si suami menerusi satu hantaran di laman sosial.

Memandangkan ia di luar waktu kerja dan keadaan semasa tidak mengizinkan, isterinya menolak dengan memberikan alasan yang munasabah.

"Isteri balas... saya tidak selesa untuk melakukannya. Sekarang sudah lewat dan saya sedang jaga bayi.

"Cuba teka apa? Bos dia terus balas... adakah kamu fikir lapan jam bekerja tu, semua orang betul-betul buat kerja?

"Kenapa apabila kerja pending (belum selesai), semua salah staf. Tapi apabila bos sendiri melengah-lengahkannya, tiba-tiba ada teori baharu pasal kerja bukan ikut jam?" soalnya.

Tidak berhenti di situ, majikan isterinya terus memanjangkan isu yang berbangkit, sehingga mengancam untuk mengadu kepada pihak pengurusan mengenai sikapnya.

"Bos dia kata akan laporkan kepada pihak pengurusan sekiranya masih attitude (sikap) begini.

"Attitude apa? Attitude tak jadi hamba korporat selama 24 jam 7 hari seminggu? Attitude buat kerja awal tapi bos sendiri lambat gerak?

"Attitude utamakan anak sendiri berbanding bos yang gagal menguruskan masa?" tegasnya lagi.

Berpihak kepada isterinya, dia menyifatkan tindakan majikan berkenaan adalah keterlaluan dan tidak bertimbang rasa terhadap kehidupan peribadi pekerjanya.

"Aku harap pihak pengurusan pun ada akal untuk fikir, silap siapa sebenarnya? Orang yang buat kerja awal, atau orang yang sibuk cari salah orang sebab diri sendiri tak pandai urus masa?" katanya.

Namun dia mendakwa malangnya, aduan tersebut diterima pihak pengurusan tanpa siasatan lanjut.

"Tidak ada ruang untuk isteri saya jelaskan situasi daripada pihak dia. Semuanya diterima begitu sahaja.

"Lebih mengecewakan, dalam reviu prestasi final, bini saya diberikan rating paling rendah. Bukan kerana pencapaian kerja atau KPI (petunjuk prestasi utama) tidak tercapai, tetapi disebabkan isu ini," katanya kesal.

Sumber: mStar


clueless_gamer Publish time 29-3-2025 07:19 AM

china man company ke tu sis? :lol:

pejabat buruh kan ada.. ajar dia sikit yg kita ni bukan hamba dia

kita kerja ikut kontrak, ada job scope dan time frame..

jangan mudah tunduk pada tekanan bos yg tak pandai manage company resources ni.. main order je mcm org takde kelulusan elok tapi dapat jadi bos sebab kabel..

Kimberly_barnes Publish time 31-3-2025 03:23 AM

Forensik data menawarkan pemeliharaan bukti digital yang boleh berguna di mahkamah, menyediakan rantaian jagaan untuk sebarang bukti yang ditemui dalam kes penipuan kewangan, kecurian mata wang kripto atau kecurangan, dan menyokong pemulihan aset anda yang hilang. Saya dapat memulihkan wang saya yang hilang kepada penipu, kemahiran mereka sangat baik. Saya bersyukur.
anda boleh menghubungi mereka melalui
E-mel: [email protected]
WhatsApp:+1(315)612-1269
laman web:https://www.data-forensics.de/

SalenaGomez Publish time 14-4-2025 07:10 AM

clueless_gamer replied at 29-3-2025 07:19 AM
china man company ke tu sis?

pejabat buruh kan ada.. ajar dia sikit yg kita ni bukan hamba di ...

X semestinya china man company. Rasanya dimana2 pon ada kes mcm ni sbb benda2 mcm ni ikut perangai boss tu sendiri

SG dulu2 pernah je punyalah jaga kpi, last2 increment n bonus semua dpt sama rata. Terus rasa tahun depan xperlu nak keje mcm orang gila.Keje jgn bawa ke rumah, siap kan di office sudah. Last2 keje over juga sbb nasib badan dapat boss jenis suka menekan.
Pages: [1]
View full version: Bos kacau isteri orang malam minggu, tengah tidurkan anak disuruh buat kerja


ADVERTISEMENT