PPM rampas mercun RM70,000
PPM rampas mercun RM70,000Muhaamad Hafis [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vd_1742690066.jpg
Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM70,000. IHSAN POLIS
Kangar: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM70,000 serta menahan lelaki dan wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Padang, Simpang Ampat di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, semasa menjalankan Op Taring Landai dan bertindak atas maklumat, Unit Risikan Marin (URM) Kuala Kedah/Kuala Perlis menyerbu sebuah rumah pada 10 pagi dan menemukan pelbagai kotak mercun di dalam kediaman terbabit.
"Ketika serbuan, terdapat seorang lelaki dan wanita berusia 34 dan 35 tahun di dalam rumah terbabit dan mereka gagal mengemukakan dokumen sah memiliki ekshibit terbabit.
"Mereka kemudian ditahan dan barang kes bernilai RM70,000 itu dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Disiarkan pada: Mac 23, 2025 @ 8:34am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1199940/ppm-rampas-mercun-rm70000
Pages:
[1]