sfhzuraz Publish time 23-3-2025 03:08 PM

Cubaan lima lelaki Indonesia seludup syabu di perairan Pulau Pinang dipatahkan

Cubaan lima lelaki Indonesia seludup syabu di perairan Pulau Pinang dipatahkan

Muhaamad Hafis [email protected]



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2025-03-23_06-39-56_1742704845.jpg
Bot membawa dadah syabu yang ditahan dalam operasi operasi khas penyeludupan dadah dijalankan di perairan Pulau Pinang dan di Taman Sungai Batu, Teluk Kumbar. FOTO IHSAN PDRM


Bayan Lepas: Cubaan lima lelaki warga Indonesia menyeludup syabu bernilai RM728,704 gagal selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Pulau Pinang, semalam.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bertindak atas maklumat risikan, satu operasi khas penyeludupan dadah dijalankan di perairan Pulau Pinang dan di Taman Sungai Batu, Teluk Kumbar bermula jam 3 pagi hingga 7 pagi.
Menurutnya, dalam operasi itu, PPM menahan lima lelaki warga Indonesia dan merampas 22 bungkus syabu.
"Turut dirampas sebuah Hyundai Tucson bernilai RM150,000 dan empat telefon bimbit pelbagai jenis bernilai RM5,000 dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah sebanyak RM883,704.
"Kesemua tangkapan dan rampasan diserah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Disiarkan pada: Mac 23, 2025 @ 12:40pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1200027/cubaan-lima-lelaki-indonesia-seludup-syabu-di-perairan-pulau-pinang



Pages: [1]
View full version: Cubaan lima lelaki Indonesia seludup syabu di perairan Pulau Pinang dipatahkan


ADVERTISEMENT