Dua beradik main mercun terlarang
Dua beradik main mercun terlarangOleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 23, 2025 @ 2:40pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/Zue_sendphoto_1742367135_cermun_1742712007.jpg
Serpihan botol mineral serta beberapa mercun yang ditemui di lokasi kejadian di Kampung Baru, Kuala Nerang. - Foto NSTP
ALOR SETAR: Polis Kedah mengesahkan mercun yang meletup sehingga mencederakan dua beradik di Kuala Nerang, Selasa lalu adalah dilarang dijual.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata mercun jenis itu tidak mendapat kelulusan penjualan. Hanya bunga api dibenarkan jual.
Beliau yang dihubungi hari ini mengulas kejadian Selasa lalu yang menyebabkan Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, dan adiknya Muhammad Aiman Naufal, 4, cedera selepas mercun bola meletup ketika bermain di halaman rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang.
Muhammad Zharif Daniel yang sudah menjalani dua pembedahan kini masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas semua jari hingga pergelangan tangan kirinya hancur selain bahagian kanan pipinya terkoyak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Abdul Razak Osman berkata siasatan masih dijalankan bagi membanteras penjualan mercun haram yang mengancam keselamatan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1375909/dua-beradik-main-mercun-terlarang
Pages:
[1]