Suami orang 6 anak dicekup khalwat dengan ibu tunggal anak satu
Suami orang 6 anak dicekup khalwat dengan ibu tunggal anak satuOleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 23, 2025 @ 8:51am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/gari_wanita_hiasan_1742691387.jpg
KULIM: Seorang lelaki memberi alasan datang ke rumah kenalan wanitanya bagi membantu membawa kereta wanita itu untuk dibaiki ketika dicekup berkhalwat, awal pagi tadi.
Lelaki berusia 46 tahun yang berstatus suami orang itu dicekup oleh pegawai masjid terlebih dahulu di rumah wanita berkenaan di Padang Serai, di sini jam 2.05 pagi tadi.
Pasangan itu kemudian diserahkan kepada pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang tiba tidak lama kemudian.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu rumah berkenaan dibuka lelaki terbabit yang ketika itu hanya memakai seluar tanpa baju.
Pemeriksaan lanjut dalam rumah itu mendapati, wanita terbabit berada dalam sebuah bilik bersama anak perempuannya berusia 12 tahun yang sedang tidur.
"Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat.
"Wanita berusia 42 tahun itu adalah ibu tunggal yang kematian suami sejak enam tahun lalu manakala lelaki itu masih mempunyai isteri dan mempunyai enam anak.
"Mereka mendakwa berkenalan sejak enam tahun lalu melalui laman sembang di Facebook," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anwar Sharifuddin berkata, lelaki itu berkerja sebagai pemandu lori dan berasal dari Baling manakala wanita itu pula menyara hidup dengan wang PERKESO arwah suaminya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1375759/suami-orang-6-anak-dicekup-khalwat-dengan-ibu-tunggal-anak-satu
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HMkhlw230325_1742690974.jpg
PASANGAN yang ditahan kerana disyaki berkhalwat. FOTO Ihsan PADK
Pages:
[1]