sfhzuraz Publish time 23-3-2025 02:42 PM

MATRADE rancang teroka 'new emerging market' perluas destinasi perdagangan

MATRADE rancang teroka 'new emerging market' perluas destinasi perdagangan

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 23, 2025 @ 2:[email protected]




https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6269097341311107423_y_1742711634.jpg
Reezal Merican menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Kasih Ramadan Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas anjuran Pusat Khidmat ADUN Bertam dan Sekretariat Perpaduan Kepala Batas di Dewan Kompleks Sukan MBSP Bertam. - Foto NSTP/DANIAL SAAD



KEPALA BATAS: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merancang meneroka lebih banyak lagi 'new emerging market' (ekonomi pasaran negara sedang berkembang) bagi memperluaskan destinasi perdagangan, sekali gus meningkatkan pendapatan negara.
Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata penerokaan itu perlu memandangkan tidak boleh hanya bersandarkan kepada 'traditional market' (pasaran sedia ada).
Katanya, antara negara yang dikenal pasti untuk usaha itu adalah Afrika yang mana kepadatan penduduk di situ meningkat daripada 800 juta 10 tahun lalu kepada hampir 1.4 bilion tahun ini.
"Kalau ingat dulu, negara (Afrika) banyak ditadbir oleh negara yang berkepentingan atau kerajaan diktator.
"Tapi sekarang, boleh katakan semua negara di Afrika didemokrasikan, maka ia menjadi ruang dan peluang untuk syarikat dan juga negara berdagang seperti Malaysia (menembusi pasaran yang baharu muncul)," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas di Dewan Kompleks Sukan MBSP Bertam, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Reezal Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam menyampaikan sumbangan kepada 600 penerima bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, MATRADE juga berusaha merealisasikan usaha penerokaan destinasi dagangan menerusi penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke negara luar buat pertama kali di Dubai tahun lalu yang mendapat pengiktirafan Guinnes World Record.
"Program ini (MIHAS) dilihat berjaya dengan mencapai jualan RM2.2 bilion tahun lalu dan pada tahun ini kita akan bawa MIHAS ke Shanghai, China dalam satu program dipanggil 'China International Import Expo' (CIEE)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1375900/matrade-rancang-teroka-new-emerging-market-perluas-destinasi




Pages: [1]
View full version: MATRADE rancang teroka 'new emerging market' perluas destinasi perdagangan


ADVERTISEMENT