tatod Publish time 13-3-2025 06:31 PM

Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa

https://mymuslimin.com/wp-content/uploads/2023/07/mm57237.png?w=1080
BIASANYA, kita sering membaca kisah menantu dan ibu mentua yang 'tidak sebulu' dikongsikan di media sosial

Namun berbeza pula dengan wanita ini yang amat simpati dengan nasib ibu mentua kerana didakwa sering dikasari oleh bapa mentua.

Dalam perkongsiannya, wanita ini menceritakan bagaimana dia berasa sebak melihat ibu mentuanya ditengking oleh suami sendiri di hadapan anak menantu dan cucu.

Lebih memilukan, insiden tanpa dijelaskan punca itu berlaku ketika mereka mahu berbuka puasa beramai-ramai.

"Kasihan ibu mentua saya. Tak pasal-pasal bapa mentua tengking kata dia bodoh depan anak, menantu dan cucu. Sumpah, saya kasihan sangat dekat MIL.

"Sudah la orang tua (ibu mentua) tu ibarat bibik dekat rumah mereka, serba serbi dia kena buat. Kalau kitaorang tolong (anak menantu), macam tu la jadi.

"Kena tengking, kena jerit. Sebab FIL nak semuanya sempurna. Dah la waktu buka puasa. Allahu," tulisnya, penuh rasa simpati.
https://thumbs.dreamstime.com/b/happy-asian-muslim-family-dinner-together-home-break-fasting-buka-puasa-ramadan-kareem-break-fasting-buka-puasa-145823761.jpg

Tambahnya lagi, perasaan sayu terus timbul setiap kali dia melihat ibu mentuanya, lebih-lebih lagi dirinya kini kurang sihat.

Kejadian itu juga membuatkan dia lebih memahami mengapa suaminya selalu nekad dan berjanji untuk menjadi lelaki lebih baik daripada bapanya sendiri.

Tambah wanita ini, dia sudah berkongsi rasa sedih itu dengan suaminya namun hanya mendapat reaksi diam sebagai balasan.

"Saya dah bagitahu suami. Sebab dia tegur saya tadi masa dalam bilik, kenapa nampak macam sedih? Saya cakap la kasihan mama kena marah dengan papa.

"Lepas tu suami saya diam je. Jadi, saya pun tak tahu apa yang dia fikir. Mungkin mereka adik-beradik dah biasa dengan gaya begitu. Atau dia malu sebab nampak perangai ayahnya, entahlah," katanya.

Luahan hatinya ini mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mengenai situasi tersebut.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2025/03/13/3205372.jpeg

Sumber: mStar

Pages: [1]
View full version: Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa


ADVERTISEMENT