Raline Publish time 10-3-2025 03:51 PM

Cashier malu tengok lelaki jahil, bangga tayang tak puasa, beli air terus minum depan-depan



Ketika ramai yang ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadan bagi mengejar pahala berpuasa, ada juga individu yang jahil dan mengambil ringan rukun Islam ketiga ini.

Sudahlah tidak berpuasa, malah tanpa segan silu membuat pengakuan secara terang-terangan.

Apa yang lebih memalukan, pengakuan ini bukannya dibuat oleh wanita yang diberi pengecualian berpuasa kerana uzur, sebaliknya oleh lelaki dewasa!

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang individu yang bekerja sebagai juruwang selepas menyaksikan sendiri situasi ini.

"Bila dah jadi cashier ni baru sedar betapa banyaknya lelaki yang tak puasa senyap-senyap.

"Sekadar peringatan, saya mungkin tak beritahu sesiapa tapi Allah sedang melihat kamu. Be wise guys, dah besar kot," tulisnya dalam hantaran tersebut untuk memberi teguran.

Menurut individu berkenaan, dia amat mengenali dan dapat membezakan antara pelanggan lelaki Muslim dan bukan Muslim.

"Lagi-lagi lepas solat Jumaat, pakai baju Melayu, bincang tak puasa depan cashier. Stop tau guys.

"Nak tahu tak conversation diaorang depan saya? Diaorang cakap macam ni, 'aduh penatlah', 'ohh kalau penat kau batal puasa la ek?'.

"Lelaki tu sengih je sambil buka botol tu dan minum," tulisnya lagi.

Perkongsian individu tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Selain berkongsi pengalaman sendiri, rata-ratanya berpendapat walaupun seseorang dibolehkan tidak berpuasa tetapi ia bukan tiket untuk mereka menunjukkannya di khalayak.

"Semua bermula dengan niat. Dah memang tak ada niat memang tak jadilah. Lepas tu boleh pula minum depan orang ramai? Adab mana?

"Ayah saya dah 70 tahun, gastrik, dialisis... Alhamdulillah puasa penuh. Akhirnya yang lemah bukan tubuh badan tetapi iman. Balik persoal dan tanya iman kita bagaimana.

"Yang lagi memalukan non-muslim sekarang pun gigih nak berpuasa macam kita... meanwhile lelaki Malaya dengan selamba hisap rokok dan vape, minum air," antara komen netizen.

Sumber: mStar

Pages: [1]
View full version: Cashier malu tengok lelaki jahil, bangga tayang tak puasa, beli air terus minum depan-depan


ADVERTISEMENT