Tuan Rumah Nak Potong Deposit Baiki Atap Bocor! Pemuda Menyesal Sewa Kediaman Usia ‘Jubli Emas’
Seorang pemuda kesal dengan tindakan pemilik rumah yang enggan memulakan keseluruhan wang deposit miliknya itu.
Menurutnya, dia berpindah ke kediaman lain kerana tidak mahu menyambung perjanjian penyewaan (TA) dengan pemilik rumah sewa sebelum ini.
"Tuan rumah ni buat hal, nak potong deposit aku sebanyak mungkin.
"Apabila aku pindah (keluar), tuan rumah hantar WhatsApp beritahu nak potong deposit sebab nak touch up balik dinding basah, atap bocor dan baiki singki," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.
Tanpa menjelaskan jumlah wang deposit yang patut diterimanya, dia bagaimanapun mengakui rumah sewa itu sudah bermasalah sejak hari pertama dia menghuninya.
"Rumah sewa lama aku ni dah usang sikit, bina sejak 80-an. Memang dah banyak kerosakan, dinding basah, atap bocor, singki rosak, kipas lama.
"Semua aku dah beritahu tuan rumah, ada dia baiki? Dia biarkan," ujarnya.
Lebih menyakitkan hati, katanya tuan rumah cuba berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan dek kerana enggan membayar balik deposit kepadanya.
"Kipas siling aku dah cuci, tapi dia cakap masih kotor dan ada karat. Jadi, dia nak caj aku bersihkan kipas.
"Sebenarnya itu kipas lama dan cuci dah banyak kali pun tak hilang," jelasnya.
Bercerita lanjut, dia turut mendedahkan kebanyakan pembaikan yang dibuat di rumah sewa itu menggunakan wangnya sendiri, tanpa mengharapkan pemilik menanggung kos sepanjang tempoh sewaannya.
Sikap tuan rumah yang tidak bertanggungjawab terhadap rumah sendiri sememangnya menyusahkan para penyewa.
"Aku memang panas hati sebab dia nak potong deposit untuk baiki rumah dia tu. Untuk makluman, rumah ni aku dah bersihkan dan baiki yang mana boleh guna duit aku.
"Selama ni aku tak pernah claim dengan dia pun. Patut ke aku kena potong deposit banyak?" soalnya yang masih mengharapkan wang deposit berkenaan.
Sumber: mStar
Pages:
[1]