dauswq Publish time 2-5-2011 08:22 AM

Golongan saintis fizik, kimia & biologi amat dipandang tinggi

Post Last Edit by dauswq at 2-5-2011 08:23


http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2011/03/scientists-300x200.jpg

Oleh : Dr. Mohd Roshdi Hassan
      

Department of Mechanical and Manufacturing
      
Universiti Putra Malaysia
      

Rencana dipetik dari Utusan bertarikh 4/01/2008


PENULIS amat teruja apabila mendapati seorang pelajar Melayu di Sheffield yang dikenali sebagai ‘Anang Adiwarni’ bertindak menukarkan kursus kejuruteraan elektrik kepada fizik semata-mata minatnya dalam bidang tersebut.


Beliau juga seringkali digelar Socrates yang merupakan ahli falsafah Greek di kalangan rakan-rakannya.
Ini bukanlah perkara pelik kerana ramai pelajar cemerlang di sini lebih suka mengambil aliran sains apabila menyedari sumbangan golongan saintis kepada dunia. Mereka lebih suka dengan gelaran saintis jika dibandingkan dengan gelaran jurutera.


Di United Kingdom (UK) terdapat juga istilah ‘saintis bertauliah’ seperti mana ‘jurutera bertauliah’ dan juga ‘akauntan bertauliah’. Namun, tidak dinafikan terdapat juga kumpulan jurutera yang bergelar saintis apabila mereka mempunyai asas ilmu sains yang mendalam.


Di Barat, golongan saintis yang lazimnya merujuk kepada ahli matematik, ahli kimia, ahli biologi dan ahli fizik seringkali dipandang tinggi berbanding golongan jurutera. Golongan jurutera di negara kita hanya dipandang tinggi semata-mata kerana menikmati tangga gaji yang lebih lumayan.


Sesebuah universiti yang ingin terkenal di peringkat antarabangsa mestilah mempunyai fakulti sains yang cemerlang dari segi penyelidikannya.


Bahkan jurnal-jurnal yang bernilai tinggi juga kebanyakannya datang daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan sains asas.

Untuk menghasilkan satu penyelidikan kejuruteraan yang cemerlang, kerjasama antara jurutera dan saintis perlulah digalakkan. Kurangnya kerjasama antara dua pihak ini menyebabkan kita gagal untuk menghasilkan produk yang membanggakan.


Bagi menghasilkan satu bentuk penyelidikan yang berkualiti, penglibatan individu dari pelbagai disiplin ilmu amat diperlukan. Justeru itu, penyelidikan berkaitan dengan kejuruteraan tidak hanya boleh melibatkan jurutera sahaja, kerana kebanyakan kajian kejuruteraan memerlukan pengguna program komputer yang melibatkan rumus matematik yang begitu rumit.


Di samping itu, penglibatan kumpulan ahli kaji bahan diperlukan bagi menentukan jenis bahan yang sesuai digunakan apabila terdapat aplikasi berbeza. Tanpa kaedah ini, masalah yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa beberapa minggu terpaksa mengambil masa yang panjang untuk disempurnakan.


Mereka yang pernah menjalankan penyelidikan di UK akan mendapati kumpulan saintis lebih banyak menaikkan imej universiti. Bahkan ramai profesor di fakulti kejuruteraan di UK, terdiri daripada mereka yang bukan daripada kalangan jurutera.

Universiti Cambridge dan Oxford adalah dua contoh universiti utama dunia yang lebih terkenal dalam bidang sains. Mereka mempunyai ramai kumpulan saintis yang mampu mencorak dunia apabila melahirkan ramai pemenang anugerah Nobel. Kumpulan pelajar dari aliran sains seperti fizik, kimia, biologi dan matematik akan dipandang lebih hebat jika dibandingkan dengan pelajar aliran kejuruteraan dan perubatan.


Malangnya, banyak universiti baru di negara kita yang berasal dari kolej universiti teknikal mempunyai bilangan pensyarah dari aliran sains yang amat sedikit. Begitu juga fakulti kejuruteraan di kebanyakan universiti utama di negara kita langsung tidak mempunyai pensyarah dari aliran sains tulen.


Oleh itu, bagi lulusan sains tulen, janganlah hanya berfikiran untuk menjadi guru sahaja tetapi fikirkanlah cara untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang mampu dihasilkan oleh golongan jurutera.


Di Singapura terdapat seorang ahli kimia kelahiran Malaysia yang bernama Olivia Lum. Beliau kini bergelar jutawan semata-mata kerana telah berjaya dalam perniagaan berkaitan dengan merawat air. Syarikat beliau juga telah menghasilkan pelbagai produk yang digunakan untuk memproses air bersih.



Catatan :// Penulis merupakan pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan, di UPM Serdang yang pernah berkhidmat di University of Sheffield. Beliau juga pernah dilantik sebagai sarjana pelawat di University of Bristol, United Kingdom

SUMBER: Majalah Sains

dauswq Publish time 2-5-2011 08:23 AM

pelbagai faedah diperolehi ngan mengambil major physics, kimia atau biologi...

RedDevils Publish time 2-5-2011 11:13 AM

Natijahnya, zaman sekolah dulu, saya tak didedahkan untuk menjadi saintis dalam bidang fizik, atau kimia...

Cuma yg terbayang ialah nak jadi doctor..atau engineer...

dauswq Publish time 2-5-2011 11:55 AM

Reply 3# RedDevils

motip ayat mcm tulis tesis?:funk:


dulu, saya masa kecil sibuk nak jadi doktor...
then, tetiba minat fizik tu datang...

lebih detail boleh dilihat disini
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=527823

:$

chewan Publish time 2-5-2011 12:15 PM

chemist
<----------------- :loveliness::lol:

dauswq Publish time 2-5-2011 12:16 PM

Reply 5# chewan

motip berlagak?:mad:

:lol:

chewan Publish time 2-5-2011 12:17 PM

Replychewan

motip berlagak?
dauswq Post at 2-5-2011 12:16 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   hey2..baca balik artikel tue...harus d pandang tinggi :re:

:lol:

RedDevils Publish time 2-5-2011 12:54 PM

hey2..baca balik artikel tue...harus d pandang tinggi
chewan Post at 2-5-2011 12:17 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    siot ;P

RedDevils Publish time 2-5-2011 12:55 PM

ReplyRedDevils

motip ayat mcm tulis tesis?


dulu, saya masa kecil sibuk nak jadi dok ...
dauswq Post at 2-5-2011 11:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Saya sudah join, sila bagi kacang :$;P

jingga007 Publish time 2-5-2011 12:56 PM

:lol: tak tahu nk komen apa voleyh? :lol:





matilaaa klu kena cantas kedit :'(

chewan Publish time 2-5-2011 12:56 PM

siot
RedDevils Post at 2-5-2011 12:54 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   tanpa chemist yg bersusah payah...apa la sgt doc bulih explain kt patient :mood berlagak: :C
:lol:

RedDevils Publish time 2-5-2011 12:59 PM

tanpa chemist yg bersusah payah...apa la sgt doc bulih explain kt patient :mood berlagak: : ...
chewan Post at 2-5-2011 12:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    sila rungkaikan equation dalam pembikinan Bacampacillin 400mg :lol:

dauswq Publish time 2-5-2011 01:06 PM

motip semua moderator yg berborak di sini?:o

chewan Publish time 2-5-2011 01:08 PM

sila rungkaikan equation dalam pembikinan Bacampacillin 400mg
RedDevils Post at 2-5-2011 12:59 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   bukan tk nk explain...tp tue next class punya chapter :mmod xnk kalah : :lol:

chewan Publish time 2-5-2011 01:16 PM

motip semua moderator yg berborak di sini?
dauswq Post at 2-5-2011 13:06 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   jgn marah mod...kita kn golongn d pndng tinggi :loveliness:

Projek_Luar Publish time 2-5-2011 03:01 PM

ako minat maths... tp entah mcmn entah kena ambil engineering pulok.... muskil muskil.... (bakal mod)

rukiaichigo Publish time 2-5-2011 03:39 PM

nak nyelit jugak boleh?? yg ni bukan Momod ye... ;P;P

erk, dulu amik fizik masa study kat uni, kire tergolong dalam ahli fizik la kan!! tp skg dah bertukar pulak jd meteorologist, macamaner?? ;P;P

RedDevils Publish time 2-5-2011 05:50 PM

nak nyelit jugak boleh?? yg ni bukan Momod ye...

erk, dulu amik fizik masa study kat uni, ki ...
rukiaichigo Post at 2-5-2011 15:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


walauweyyy...:drool3:

LEES Publish time 2-5-2011 05:52 PM

heyyy hheyyyy ,,, wanita2lah yang mlahirkan pakar2 fizik ... biologi.... kimia dlm nih :lol:

( dulu supermod ...skrg dh jadi admin :lol:)

pinklollipop Publish time 2-5-2011 06:29 PM

Natijahnya, zaman sekolah dulu, saya tak didedahkan untuk menjadi saintis dalam bidang fizik, atau k ...
RedDevils Post at 2-5-2011 11:13 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   Kannnnnn..............
masa zaman sekolah dulu2 kala. cikgu mahupun ibu bapa saya berpendapat bahawa jadilah doktor atau engineer.:laugh3:


maka dengan ini, keluarga ku majoritinya doktor dan engineer. masing2 target doktor atau engineer.


haish!:dizzy:


saya.....
amik jalan tengah. boleh?;P
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Golongan saintis fizik, kimia & biologi amat dipandang tinggi


ADVERTISEMENT