Isteri pertama masuk wad psikiatri, jiwa kacau madu tayang gambar peluk cium suami
Mimpi ngeri bagi kebanyakan perempuan adalah apabila mengetahui mereka sudah diduakan oleh pasangan masing-masing.Namun itulah realiti terpaksa dihadapi seorang wanita ini selepas mendapat tahu suaminya berkahwin dengan seorang pramugari di Thailand.
Menurut pengadu di kumpulan Facebook, Tanya Peguam dia ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap madunya itu kerana dianggap mengganggu mentalnya.
"Saya ada surat polis yang menyatakan boleh ambil tindakan di tempat kerja perempuan tu kerana telah mengganggu rumah tangga saya.
"Tapi mereka sudah berkahwin jadi masih boleh ambil tindakan ke? Tapi saya tak pernah tengok sijil kahwin mereka sebab kahwin dekat Thailand.
"Perempuan yang dia kahwini tu pramugari. Letak gambar mereka berpelukan dan bercium di Instagram untuk sakitkan hati saya," katanya.
Jelas pengadu, dia memerlukan masa untuk biasakan diri dengan keadaan selepas suaminya memilih untuk berpoligami sejak sebulan lalu.
Apa yang membuatkan pengadu sakit hati adalah wanita tersebut seolah-olah tidak menghormati perasaan dan permintaannya.
"Saya tetap akan stalk (ambil tahu) sebab benda ni baru jadi. Saya perlukan masa untuk hadam semua ni.
"Sebulan saya kena tahan wad psikiatri disebabkan mereka... ia berlaku lepas saya dapat tahu mereka sudah berkahwin.
"Sehingga hari ini masih lagi letak (muat naik gambar). Saya sudah merayu dekat suami suruh isteri dia tukar gambar tapi suami cakap dia sudah pun tegur," jelasnya.
Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, dia terpaksa menjaga kesihatan mentalnya supaya dapat menguruskan keluarga dengan baik.
"Saya tak pernah bersemuka dengan perempuan tu (madu). Tapi kenapa dia tak hormat saya? Saya kena jaga mental sebab saya sedang uruskan tiga orang anak.
"Kasihan anak-anak sebab setiap hari kena marah dan hamun dengan saya. Kasihan anak-anak saya sebab mereka tetap memilih saya.
"Saya tak dapat kawal perasaan. Sekejap saya rasa tenang, kejap lagi rasa menggigil. Mood saya berubah-ubah. Suami saya pun tak bantu untuk tenangkan saya," jelasnya lagi.
Memandangkan ramai yang bersimpati dengan perkongsian wanita berkenaan, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pendapat di ruangan komen.
Malah, ramai yang mendoakan wanita ini supaya terus bertabah menghadapi ujian hidup sebagai wanita bermadu.
"Sekat semua medium (media sosial) yang awak boleh akses. Memang menyakitkan hati tapi tolong la... awak perlu sihat untuk anak-anak. Kalau rasa tak cukup kuat, jangan stalk.
"Kuat walaupun terpaksa untuk teruskan hidup setiap hari. Pilih orang yang pilih kita. Tak perlu bersusah hati untuk semua yang diluar kawalan kita.
"Kalau awak masih sayangkan suami, berjuanglah. Cuba berdamai dengan keadaan. Kalau rasa tak mampu bertahan, cukup la," kata seorang netizen.
Sumber: mStar
Kalau sis ada ada pendapatan sendiri, blah aje la, duk tadah apa lagi.. laki pun tak pedulik.. bagi ja kat dia, nk sgt laki orang.. laki tak heran takat nak lubang, esok2 laki buat balik kat dia mcm dia layan bini no 1 dia.. laki jgk yg rileks..bini2 yg gaduh
gitu la sampai kiamat the biggest jerk here is ur own husband kak...walaupon berat untuk ketenangan hati ko n masa depan anak2 baiklah ko mintak cerai je,dh sah2 laki ko xlayak untuk poligami,xmampu kawan second wife,second wife pon lngsung x hormat ko,ko pulak mental lepas kat anak,kesian kat anak2,dyorg xde pilihan kut,x pilih ko nak pilih sapa,bapak dyorg tengah syok ngan bini baru,mintak cerai cari keja n sara anak2 ko doa banyak2 mintak allah bagi ketenangan hati n move on with ur life kak... tak.. yang kau gi stalk ig/fb madu kau tu buat apa.. block je la sesiap... itu hak dia la nak tayang gambar dgn laki ke hapa... zuuu replied at 14-2-2025 01:35 PM
the biggest jerk here is ur own husband kak...walaupon berat untuk ketenangan hati ko n masa depan a ...
Setuju. the same advise sy bg to my friend.
kita tgk pun kesian n sakit hati dgn pe'el suami dia.
now nmpk kwn sy dah tbuka sikit, harap dia buat pilihan yg tbaik utk dia n anak2 dia.
utk suami kwn tu, lantak kan lah. hadap lah 2nd wife yg gemuk n busuk tu.:huffy
Pages:
[1]