copacobana Publish time 28-4-2011 01:21 PM

Apa itu Sukarelawan Kastam???

Aku ni ketinggalan zaman rupanya...aku tahu sukarelawan askar (Wataniah), polis, JPAM, Bomba, PBSM...tapi aku tak pernah dengar Sukarelawan Kastam.

Macamana nak masuk? Training kat mana? He,he,he...orang kata kerja Kastam ni boleh kaya...siap ada berjongkong-jongkong emas dalam rumah.
On the serious side; berdasarkan cerita di bawah ni, sukarelawan ni perangainya sebijik macam Kastam sebenar..termasuk isu-isu negatif ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------- 4 sukarelawan wanita kastam dihukum penjara, denda


2011/04/27
SHAH ALAM: Empat sukarelawan wanita Kastam Diraja Malaysia (KDRM), seorang daripada mereka sarat mengandung, dihukum penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah menipu dan bersubahat menipu seorang pemilik kilang keluli, di Batu Caves, lima tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah turut memerintahkan keempat-empat mereka iaitu ibu tunggal empat anak, Norfarisha Samsudin, 32; wanita hamil tujuh bulan, Masitah Nasir, 30, dan penjual kuih, Noor Asmarzillah Abdullah, 32 dan suri rumah, Pa抋iza Baki, 42, dipenjarakan empat bulan jika gagal membayar denda.

Norfarisha, Masitah dan Noor Asmarzillah mengaku salah mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan, menipu pemilik Stainless Steel Engineering, Wong Ying Lin, 30, di Batu Caves, pada 11 pagi, 8 September 2006, iaitu memperdayakan mangsa, dengan menyamar sebagai pegawai kastam supaya lelaki itu menyerahkan RM1,300 kononnya sebagai sumbangan iklan penerbitan Buletin Kesatuan Pegawai Marin (CAMARA) KDRM.
Pa抋iza pula mengaku salah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 416, kanun sama, bersubahat dengan tiga rakannya itu melakukan kesalahan menipu Ying Lin di tempat dan pada masa sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 416 itu dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam mewakili Pa'aiza, Dir Kheizwan Kamaruddin memohon mahkamah mengenakan jaminan rendah kerana anak guamnya tidak bekerja dan menjalani kehidupan sukar berikutan suaminya sudah diisytiharkan muflis.

Katanya, tertuduh juga memberikan kerjasama penuh apabila hadir lebih 50 kali ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.
揝elain itu, anak guam saya juga menghidap ketumbuhan rahim dan perlu menjalani rawatan di hospital setiap bulan,

puteri_impian Publish time 28-4-2011 01:41 PM

pompuan lak 2...umo dh tau2:curse: sarat mengandung turut menipu jugak???:shakehead3::shakehead3:

ps : aku bru ari nie tau kastam ada sukarelawan;P

cmf_yipun78 Publish time 28-4-2011 06:45 PM

saya pon baru tau Kastam ada sukarelawan :) terima kasih ye

jazim Publish time 28-4-2011 06:58 PM

Hmmm saya pun baru tau JKDM ada sukarelawan
Pages: [1]
View full version: Apa itu Sukarelawan Kastam???


ADVERTISEMENT