Tentera ketagih tengok porno, isteri derita jarang kena sentuh
Perhubungan jarak jauh atau PJJ dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin bukan perkara baharu, biasanya disebabkan suami atau isteri perlu bekerja di luar kawasan.Ada pasangan hanya dapat bertemu pada hujung minggu, sebulan sekali atau untuk satu tempoh lain yang lebih panjang.
Bagaimanapun, hubungan jarak jauh yang tidak diuruskan dengan baik bukan sahaja memberi kesan terhadap hubungan suami isteri, malah kesihatan fizikal dan mental juga boleh terjejas.
Seorang isteri melahirkan hasrat untuk berpisah kerana tidak tahan lagi dengan sikap suaminya sejak mereka berjauhan.
"Saya isteri kepada anggota tentera yang baru mendirikan rumah tangga sekitar dua tahun lebih, mempunyai seorang cahaya mata dan kami PJJ.
"Boleh ke saya meminta berpisah atas sebab suami saya banyak kali 'kantoi' WhatsApp lucah dengan kawan-kawan lelaki seperti contoh 'nak cari janda' sedangkan kami PJJ. Bila balik suami jarang sentuh saya," luah wanita berkenaan di sebuah grup di laman Facebook.
Selain 'isu' berkenaan, wanita itu juga mendakwa suaminya pernah membuat panggilan video dengan perempuan lain sambil berbogel tetapi ketika itu mereka berdua dalam tempoh bertunang.
"Setiap kali saya kata nak bercerai dia akan cakap hak penjagaan anak akan dapat dekat dia. Suami saya juga sangat kurang ajar dengan mak saya dan selalu bergaduh dengan saya depan mak.
"Kalau depan mak dia, dia takut nak bergaduh dengan saya, tiba-tiba jadi lembut dekat rumah mak dia," katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan suaminya berdepan masalah ketagihan pronografi dan memerlukan rawatan.
Selain itu ada juga yang menasihatkannya supaya membuat aduan kepada pihak atasan.
"Ketagihan porno ni dah jadi satu penyakit mental dan sampai satu tahap ada yang perlukan rawatan. Tapi selagi tuan badan tu sendiri menafikan memang susah nak rawat. Cuba bincang baik-baik dulu.
"Saya anggota tentera, kalau untuk kes ni kamu boleh pergi pejabat agama pasukan dia, berjumpa dengan ustaz atau ustazah, buat aduan.
"Awak pergi kem jumpa atasan suami awak. Ceritakan semua masalah yang awak hadapi. InsyaAllah mereka boleh bantu," demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
"Ketagihan porno ni dah jadi satu penyakit mental dan sampai satu tahap ada yang perlukan rawatan.
penyakit yg tak nampak di mata kasar.. yg byk menyakiti batin isteri... spill video VC bogel tu...acik2 forum nak kaji.. ;P ;P ;P ;P kalau badan berunifrom pi je report dekat atasan mereka..t seri_mawr: kalau badan berunifrom pi je r ...
Berkesan ke...
Klu atasan pun dua kali lima tak guna macam mana orang kata hat suka nengok poron bagai niselalunya, bukan semua berbahasa rempit, berotak sempit ;P
orang kata, bukan meols kata tau ;P
Dari bertunang ko dah nampak red flag dia ber vc bogel dgn org lain kan means dia mmg suka benda2 melucah ni
Tp tu la sebab ikut hawa nafsu syg kan nak juga tarah kahwin.
Dia dah ada akaun dark side tu..agaknya dah berzina dgn jalang2 dlm group tu ..tu tgk ko pon x selera dah.
Tentera ka pulis ka..kastam ka..banyak taik je Kwn iolss Ade je yg berskandal gan askar,kastam...yg iolss x leh hadam berat dia lebih 120kg...katanye tuk test market...iolss x tau nk ckp pe la....dah 4s..dahnk monopos lg nak test market...tinggi sungguh level confident dia...
Pages:
[1]