Raline Publish time 9-2-2025 04:17 PM

Peniaga keropok lekor bengang pelanggan minta kuah ekstra, siap caj 50 sen!

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menzahirkan rasa kecewa dengan sifat terlalu berkira segelintir peniaga yang enggan memenuhi permintaannya bagi mendapatkan sambal tambahan.

Menurut wanita itu, dia singgah ke dua buah gerai untuk membeli keropok lekor sira, masing-masing memberikan maklum balas berbeza apabila diminta untuk meletakkan sambal lebih.

"Kedai pertama saya pergi untuk beli keropok lekor sira, saya tanya... nak sambal lebih boleh? Peniaga tu jawab begini... nak lebih macam mana lagi, dah memang begini. Jadi itu memang kali terakhir saya pergi ke gerai berkenaan.



"Saya minta sambal je pun, nak merajuk rasa. Kemudian saya singgah gerai kedua pula, saya masih beli keropok lekor sira, sekali lagi saya tanya... nak sambal lebih boleh?

"Kali ni peniaga tu jawab macam ni... boleh, tapi kena tambah 50 sen, nak ke? Sekurang-kurangnya kedai ni bagi pilihan, walaupun saya kena bayar untuk sambal ekstra tu, tidak la dia tolak terus," kata wanita itu.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat kecewa kerana kebanyakan peniaga masa kini lebih mementingkan keuntungan berbanding kepuasan hati pelanggan.

"Susah nak jumpa orang ikhlas berniaga zaman sekarang ni, semuanya mahu memaksimumkan keuntungan dengan apa jua cara, termasuk mengurangkan kualiti servis terhadap pelanggan.

"Kalau kenang masa dulu, orang berniaga kuih tradisional untuk sarapan pagi mesti inti semuanya padat, memang tak lokek. Apa sudah jadi sekarang, sampai nak minta sambal lebih pun kena caj 50 sen, sedih sekali.

"Mungkin keadaan ekonomi dan kos sara hidup tinggi juga memainkan peranan, duit adalah segala-galanya sekarang, peniaga tak mampu lagi berkompromi demi pelanggan.

"Kita tak berada dalam kasut mereka sebagai peniaga, besar kemungkinan mereka diselubungi krisis dan terdesak memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Kena memahami pihak sana juga," kata warga maya.

Sumber: mStar

KBW2 Publish time 10-2-2025 09:37 AM

cerita kepok lekor sambal lebeh pon boleh jadi berita ke zaman sekarang ni?
Pages: [1]
View full version: Peniaga keropok lekor bengang pelanggan minta kuah ekstra, siap caj 50 sen!


ADVERTISEMENT