Raline Publish time 22-1-2025 09:36 AM

Netizen Kembang Tekak Lihat Restoran Ini Guna Penyodok Hidang ‘Shell Out’ Pada Pelanggan – “Ingat Nak Buang Taik Kucing’




Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok rakaman yang memaparkan dua pekerja sebuah restoran menunjukkan bagaimana menu shell out dihidangkan kepada pelanggan mereka.

Menerusi video itu, dua pekerja memakai t shirt merah dan apron sedondon berwarna hitam dilihat sedang membawa makanan laut yang sudah dimasak menggunakan penyodok dan membawanya ke meja pelanggan.

Mereka kemudian mengangkat penyodok itu untuk mencurahkan makanan laut berkenaan ke atas meja pelanggan.

Video tersebut menerima lebih 1 juta tontonan dan ramai netizen memberikan pelbagai kritikan terhadap restoran tersebut kerana menggunakan penyodok untuk menghidang makanan kepada pelanggan.

Selain ada yang menegur tentang adab terhadap makanan, ramai yang mengkritik kerana penyodok terbabit tidak sesuai digunakan untuk menghidang makanan.



Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata cara tersebut tidak bersih memandangkan ia terdedah kepada habuk dan kotor di kawasan persekitaran.



Berdasarkan komen daripada beberapa netizen dan juga banner yang ada di restoran itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara jiran, Indonesia.

Sumber : Beautifulnara

afie_m Publish time 24-1-2025 03:41 PM

nak lain dr yg lain, mcm ni pun boleh...adoiiii
Pages: [1]
View full version: Netizen Kembang Tekak Lihat Restoran Ini Guna Penyodok Hidang ‘Shell Out’ Pada Pelanggan – “Ingat Nak Buang Taik Kucing’


ADVERTISEMENT