budak88 Publish time 19-4-2011 03:10 PM

sambungan

Disaat dia cuba membina perisai keegoannya,hadir Syed Ashraf menghulurkan kasih.Ashraf lelaki yang punya segalanya,penuh pengertian dan sentiasa ada disaat dirinya diperlukan.Keakraban mereka mengundang rawan dihati Azra Natasha.Cinta Azra ditolak kerana bagi Ashraf antara mereka tiada rasa cinta dan hatinya sudah dimiliki.Bertahun di bumi asing,Arif kembali ke Malaysia.Pulangya tanpa Isandra.Dia ingin memburu kembali kemaafan Intan.Hipokritkah dia dengan mengatakan hanya Intan dihati.
Konflik demi konflik berlaku sehingga Intan dipaksa mengahwini Daniel demi kepentingan papanya.Sukar untuk menerima Daniel kerana lelaki itu terlalu licik dengan agendanya tersendiri,walaupun Daniel berbesar hati menerimanya.Demi maruah dan harga diri,lamaran Daniel ditolak dengan alasan dia sudah bersuami.Pengakuan Intan membuatkan Daniel terpana.Benarkah Intan sudah bersuami?Siapakah suaminya?Adakah Arif Haikal kembali bertakhta dihatinya?Tegarkah dia melukakan hati Ashraf?Semuanya terjawab dalam “BIARLAH RAHSIA”

budak88 Publish time 19-4-2011 03:11 PM

page 1

Kesejukan dinihari ditambah pula dengan hujan yang masih mencurah-curah pagi ini,terus menggoda Intan untuk bermalas-malasan di katil walaupun dia sedar hak Allah harus di dahulukan.Intn kalih kearah Jam loceng di penjuru meja di sebelah katil.

“Ya Allah,dah pukul 6.30 rupanya.Ujarnya sendirian.Sedar akan kewajipan diri,segera dia bingkas bangun dari tidur dan menuju ke kamar mandi.Usai mandi dan berwuduk,segera ditunaikan solat subuh.Berteleku di sejadah sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya.

Dulu dia jarang solat sendiri,tetapi setelah abahnya meninggal ketika Intan berusia 12 tahun dan umi berkahwin lagi mereka sudah jarang solat berjemaah.Hanya sesekali solat berjemaah itupun hanya intan dan uminya ketika aku singgah ke rumah keluarga baru umi.Jarang sekali dilihat Uncle Hisham di rumah. Tapi tidak pernah Intan suarakan kepada uminya.

“Rin,tinggal la dengan umi.Dekat sini lebih baik dari pendidikan yang Rin dapat dengan bersekolah di kampung.”Umi masih lagi tidak jemu memujuk Intan .
Sudah banyak kali umi mempelawanya untuk tinggal bersamanya tapi ada sahaja alas an yang diberikan Intan.
“Umi,Rin bukan tak mahu tinggal dengan Umi,tapi Rin risaukan atuk dengan Opah kat kampong.Opah asyik sakit je kebelakangan ni.Kalau Rin ada kat kampung,Rin boleh tengok-tengokkan diorang.”Umi nyata tidak puas hati dengan alasan Intan.Tetapi akhirnya umi akur jua.Intan yakin umi pasti sedar aku tidak betah untuk bergaul dengan tiga orang anak tirinya.

qimi08 Publish time 19-4-2011 03:12 PM

Dik kena sambung kat thread yg sama...... x blh masuk thread lain kecuali pg dah penuh...
Nanti mod akan tlg buatkan

budak88 Publish time 19-4-2011 03:12 PM

page 2

Airmata Intan gugur lagi.Umi pergi meninggalkannya 2 tahun lalu ketika Intan tiada disisinya.Kekesalan masih bertapak di hati Intan.Sebulan setelah umi menghadap ilahi, bapa tirinya kahwin lagi.Undangan pernikahannya tidak Intan penuhi,mungkin kerana nasih ada rasa sakit hati dengan kelakuannya selama ini.

Sedar-sedar pipinyasudah lencun dengan airmata yang turun lebat dipipi.Tanpa umi,dia jadi sebegini lemah sekali.

Kepala Intan terasa sedikit pening,mungkin kerana terlalu mengikut kata hati sehingga menangis.Segara dilipat marhana dan bergegas bersiap untuk mengenakan baju ke pejabat.

Lantas segera diambil sehelai baju kurung berwarna krim dan disarungkan ke tubuhnya.Selama bekerja di syarikat Lokman Jaya Holding,Intan lebih suka berbaju kurung.Hanya sesekali dia akan mengenakan kemeja dan slack.Setelah mencalit make up nipis ke muka,segera di capai tudung yang warnanya senada dengan warna baju kurung yang dipakainya.Setelah berpuas hati melihat penampilannya melalui cermin solek,segera langkah diatur untuk mengejutkan teman serumahnya.

Ini sudah menjadi rutin harian Intan pada hari bekerja.Dia sendiri dengan rela menawarkan diri untuk mengejutkan Hidayah apabila temannya itu mennyuarakan masalah untuk bangun pagi.

Ketukan bertalu-talu masih tidak diendah oleh Hidayah.
“Ida,dah pukul 7 da Intan dibiarkan sepi.Ni mesti tidur lagi.Lantas segera tombol pintu Intan capai dan memulasnya perlahan.
Pintu yang tidak terkunci segera dibuka.

“Laa..tidur lagi rupanya.”segera ditarik selimut yang membaluti tubuh temannya itu.

Namun Hidayah masih lagi kaku.Tiba-tiba muncul idea nakal di fikiran Intan.

“Ida,zamri call ni,dah lama sangat dah dia tunggu.Kau nak jawab ke tak?”sengaja Intan tinggikan suara seakan-akan marah.
Nyata perangkap Intan mengena.Dia lihat Ida memisatkan mata sambil menggagau mencari handfhonenya.

“mana pulak handphone aku ni?”Ida masih lagi mencari handphonenya.Terpandangkan senyuman ang terukir dibibir Intan,kini Hidayah mengerti dia dah terkena.

“Ha.ha..,tengok sebut je call dari Zamri tak nak bangun pun terus bangun!”termuntah juga tawa Intan.

Hidayah menarik muka masam.Akhirnya dia tersenyum juga. “Anyway thanks Intan,aku bukannya apa kalau betul Zamri yang call kan tak pasal-pasal di reject pulak.”ujar Hidayah dalam nada bergurau.

“tau tak pe.kan tak pasal-pasal peluang kau kawin ngan dia malap.”tekan Intan masih ingin mengusiknya.

Sebelum melangkah keluar dia lihat Hidayah menuju ke bilik air dalam keadaan yang masih lagi terhuyung-hayang.Mungkin masih lagi ada rasa mengantuk.Itulah akibatnya kalau dah selalu sangat tonton DVD larut malam.Sudah puas ditegur tapi dia masih lagi begitu.Sudahnya Intan biarkan sahaja.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:15 PM

sambungan

Intan segera berlalu ke meja makan dan mencapai sekeping roti.Langkah diatur menuju ke peti sejuk yang hanya beberapa jengkal dari meja makan.Dicapai botol Lady’s Choice di dalam peti sejuk dan sekotak susu ditarik keluar. Selesai bersarapan,Intan segera munuju ke kereta Vios nya.Sekarang,pejabat adalah destinasinya.

Hampir jam 8 Intan tiba di pejabat.Pejabat masih lagi sunyi.Hanya terdapat guard di kawasan pintu masuk.Macam ni la setiap hari.Kira-kira hampir pukul 9 baru ramai yang mula menampakkan diri.
Setelah beg tangan diletakkan di atas meja,kini rutin harian Intan bermula.Masih ada lagi beberapa pelan yang harus di ubah mengikut kehendak pelanggan.Masa terus berlalu dan dia hanyut dalam dunianya sendiriyang hanya ada dia dan pelan projek yang harus segera disiapkan.

“Intan,masuk bilik saya sekarang?”kedengaran suara garau milik Daniel melalui intercom.Pensil di tangan bersama pelan projek baru diletakank kembali atas meja.Intan memandang sekilas ke bilik Daniel.”apa hal pulak mamat ni nak jumpa aku?”desis hati Intan.Sejak dua tahun dia menjawat jawatan sebagai jurutera binaan di Syarikat Lokman Jaya Holdings,selama itu jugalah Intan terpaksa menghadap dan melayan karenah Daniel.Ikutkan hati dah lama dia berhenti,tetapi memandangkan susah untuk mencari kerja di bidang yang sama hasrat itu di pendamkan dulu.

Segera Intan bergegas bangun dan menuju ke bilik Daniel.Sebaik sahaja pintu diketuk ,kedengaran suara Daniel menyuruh Intan masuk. “anything important En Daniel?”Intan mengarahkan pandangan kearah Daniel.Seulas senyuman dihadiahkan untuk Intan.Intan sendiri pelik untuk mentafsir makna senyuman itu. “ohh..kalau tak ada benda penting I tak boleh panggil u ke?”senyuman nya masih lagi seperti tadi.”En Daniel ,if you don’t have anything serius please execuse me.I have a lof of work to do!”.Balas Intan dengan menarik kerusi untuk bangun. “wait Intan,why u always look serius,common la u still young.Take this moment to make it fun.Jangan asyik kerja je.Actually next week I will take a leave,I nak gi holiday,come join me?i ikhlas ni!”ujar Daniel berterus terang. “well En Daniel, I pun ikhlas jugak menolak.I’m not interest,I rasa u pick je la one of your girlfiend.I tak nak cari pasal dengan girlfriend u.Anyway thanks for your offer but no thanks,I wish u will have nice holiday trip.”segera Intan bangun dan menarik tombol pintu.Kedengaran suara Daniel menampar gegendang telinganya. “Intan, tak pernah ada perempuan yang menolak pelawaan I and u is the first one who make it.Dua tahun I mencuba and I tak nampak pun u nak bagi I peluang untuk mencintai u?apa kurangnya i?”luah Daniel tanpa berselindung lagi.nada suara Daniel kedengaran agak tegang.Intan berpusing menghadap Daniel.Walaupun sejak dulu lagi dia tahu Daniel cuba untuk memikatnya tapi dia hanya sekadar melayan Daniel tak lebih dari seorang majikan.Seringkali pelawaan Daniel di tolak dengan pelbagai alasan.Intan merasakan Daniel bukanlah seorang lelaki yang boleh digantungkan harapan kerana lelaki ini terlalu licik dengan agendanya yang sukar untuk diramal.Terlalu ramai wanita dalam hidupnya dan Intan merasakan dia bukanlah saingan mereka.Dirinya terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan mereka. “En Daniel,I’m here just as a employer and u is my employee,thats all.And I tak pernah bagi u apa-apa harapan,isn’t it?nothing special with me,so why must you choose me?”Intan masih cuba untuk berdiplomasi dengan Daniel. “En Daniel u tak kurang apa-apa Cuma I tak layak untuk u”tambah Intan lagi.

“ Intan I tak mintak u terima I sekarang but at least can u treat me like friend?”Daniel masih ingin mencuba.
Ni yang buat Intan serba salah tapi dianggukkan juga kepalanya tanda setuju.

“since we are friend can u just call me Daniel?”Daniel seolah-olah ingin benar melupakan jurang antara mereka. “when I call you En Daniel,thats the way I show my respect towards you,get it?I got to go now!” Intan segera mengatur langkah keluar dari bilik Daniel walaupun air muka Daniel kelihatan tidak puas hati.Inilah yang terpaksa ditempuhi setahun kebelakangan ini.Semenjak Daniel dilantik oleh ayahnya sebagai salah seorang pemegang saham terbesar Syarikat Lokman Jaya Holding.Walaupun Intan sedar telah banyak cara yang digunakan Daniel untuk memikatnya,namun hatinyamasih utuh tertutup daripada dibuka kepada insan bergelar lelaki.Intan sendiri tidak pasti sampai bila.Tetapi dia tidaklah terlalu pesimis terhadap lelaki.Cuma lebih berhati-hati agar sejarah tidak berulang lagi.Baginya cukuplah sekali merasa sakitnya mencintai seorang lelaki.

“Cik Intan,are you ok?”pertanyaan dari Harprith menyedarkan Intan dari terus mengigati sejarah cintanya dulu.

“no,I’m fine.Cuma teringat zaman I muda-muda dulu”ujar Intan sengaja ingin mematikan persoalan yang bermain di benak Harprith.Harprtih satu-satunya pekerja di situ yang dikenalinya sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki ke Lokman Jaya Holding dan merupakan Akauntan paling muda dalam syarikat itu.

Ketawa Harprith sebaik sahaja kata-kata itu meluncur dari bibir Intan.

“Alah Intan you pun tua lagi,sweet sangat.Thats why la En Daniel kita tu masih tak berhenti terkejar-kejarkan you.I kalau ada abang comfirn suruh dia cuba nasib.”seloroh Harprith lagi.
“you ni Harprith ada-ada je.I nak kuar lunch jap lagi,you nak pesan apa-apa tak?”Tanya Intan sambil meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi.

“ts ok Intan.Hari ni I lunch dengan my hubby.Semalam dia dah balik dari Perth.”jawab Harprith dengan senyuman lebar.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:16 PM

sambungan lg


Intan yang melihat tidak dapat menahan ketawa.Tawanya meletus tiba-tiba.

“tu la,cari lagi pilot.Tak sunyi ke selalu kena tinggal,kerja pulak tak macam orang lain.Orang kerja dia cuti,orang cuti dia kerja.”masih lagi bersisa tawa Intan.

“Memang la sunyi bila kena tinggal,tapi bila dia dah balik I rasa lebih dihargai dan dia buat I feel like heaven”ujar Harprith beremosi.

“wah..wah..emosi gler.patutla hubby sayang.ni yang I salute ni”ada riak gembira dan bunga-bunga tawa dari Harprtih.

“nak rasa how I feel now,you kena la kawin dulu.Dulu I pun macam you jugak,I rasa its ok without man but after meet him everything was change and I realize that he my soulmate and Icant live without him.Trust me,you lose nothing when you treat others nicely and maybe he is the one for you and will be your soulmate soon.”kata-kata Harprith yang berbaur nasihat hanya disambut dengan senyuman nipis dari Intan.


budak88 Publish time 19-4-2011 03:18 PM

page 3

Daniel membetulkan kedudukannya.Dia mati akal.Sukarnya untuk menundukkan hati IntanDulu dia tidak berminat untuk menguruskan business papanya,tapi sejak pertama kali terpandang Intan di pejabat papanya,dia berubah fikiran.Layanan Intan yang dingin menyemarakkan lagi semangatnya untuk mencuba. Dua tahun dia mencuba,tapi sehingga kini hasilnya tetap sama.Baginya tiada yang mustahil untuk dia miliki tapi kini dia mula merasa ragu.Adakah dia akan gagal untuk menawan cinta Intan?Kepala yang tidak gatal di garu berulang kali..Dia buntu.Haruskah dia menyerah kalah dan cuba untuk melupakan Intan. Ahhh…perkara itulah yang terlalu sukar untuk dilakukan.
Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Daniel.Sebaik sahaja panggilan di jawab kedengaran suara Suhaila merengek manja mengajaknya keluar.
‘sorry Sue I tengah meeting ni?nantiI call u back okey!”segera talian di putuskan.Dia tidak berminat untuk terus melayan panggilan tersebut.Daniel akui dia memang ramai teman wanita,tapi mereka semua hanya teman di kala di kebosananuntuk berpeleseran semata-mata ,tiada yang istimewa.Matlamat utamanya sekarang adalah Intan.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:19 PM

page 4

Hati Intan serba tidak kena,hatinya gundah.Sekilas dilihat jam tangan sudah menganjak kepukul 1.Di capai handphone,nombor telefon Shaira didail.Talian disambungkan dan kedenaran suara Shaira dihujung talian. “Shai,jom keluar lunch,aku ada hal nak jumpa kau ni?” “Okey aku jumpa kau dekat Deli’s Corner,jumpa in 15 minutes lagi.”Intan menghela nafas lega.
Shaira sahabatnya sejak dari sekolah sehinggalah mereka menamatkan pengajian di universiti.Walaupun mereka berlainan bidang tapi itulah yang membuatkan mereka serasi.
Terlalu banyak masalahnya dikongsi besama Shaira. Intan merasa lega setiap kali berkongsi masalahbersama Shaira .
Intan mencapai tas tangan,dan segera mengatur langkah menuju ke parking.Dia hanya memandu dengan halaju sederhana.
Waktu-waktu begini jalan raya pasti sangat sesak.Maklum sahajalah lunch break.

cmf_blingblings Publish time 19-4-2011 03:20 PM

err tajuknya page 3? ke salah masuk lagi ni?

budak88 Publish time 19-4-2011 03:21 PM

page 5

Kira-kira 10 minit, akhirnya Subang Parade berjaya dijejaki.Setelah memakir kereta,Intan melangkah masuk ke Deli’s Corner dan meninjau-ninjau mencari Shaira.Lambaian tangan Shaira membuatnya tersenyum lebar.tak payah dia susah- susah mencari seatnya. “hai,dah lama ke sampai?”Intan sedikit hairan,biasanya Shaira selalu lewat. “well,asyik engkau je awal,sesekali bagi la chance kat aku pulak.”Intan ketawa kecil mendengar usikan Ezmira.Ezmira memerhatikan Intankelihatan pelik dan seperti adalah sesuatu yang mengganggu mindanya.
“Makan pun nampak macam tak ada selera .Padahal makanan yang dipesan adalah kegemarannya.Intan ni makanlah ape pun mesti kena order set yang ada nasi.Kalau tidak mesti kena pergi restaurant lain.Inilah satu-satunya tabiat Intan yang sudah sebati degan dirinya.”
Shaira bermonolog sendiri.“Intan,why you seems like hidingsomething serious tak nak share dengan I ke?’ Shaira cuba untuk merungkai apa yang tersirat di minda Intan.Tanggannya yang sejak tadi menguis-nguis nasi berhenti.tanpa berselindung aku menceritakan segala-galanya.
“kau ni pelik la Intan,aku rasa Daniel tu okey je dah la hensem,kaya pulak.Cukup package la orang kata.Kau taknak cuba ke?kalau tak nak pass la kat aku.” Shaira berkata begitu sekadar cuba mengendurkan ketegangan di wajah Intan.

“Shai,kau tak kenal dia.Baru berapa kali berselisih dengan dia kau dah cakap macam tu.Kau tahu tak dia tu players.Berapa ramai perempuan datang office cari dia,kalau bersopan tak pe la tapi ni yang bukan-bukan.Dah la tak de manner,pandang aku macam nak terkam je.kalau aku terima dia sama macam aku saja nak menambah masalah je.”terluahkan juga apa yang terbuku di hatiku. “Intan..intan..kau jangan la cepat melatah.Honestly,aku rasa kau bukannya tak nak compete dengan perempuan-perempuan tu tapi dalam hati kau tu dah ada orang lain kan.” Shaira cuba memberikan pendapatnya.Wajah Intan kelihatan merona merah. “kan aku dah cakap,tengok muka kau sekarang orang yang tak tau pun dapat agak.”sambung Shaira lagi.
“apa yang kau mengarut ni?kalau ada mesti aku bagitau kau kan.”Ramalan Shaira cuba ku tepis.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:22 PM

page 6

“Intan,sampai bila kau nak hidup dengan kenangan lama tu.Haikal dah bahagia dengan pilihan dia,kau kena cari kebahagiaan kau pulak.tau tak orang yang hidup dalam kenangan adalah orang yang tak berani untuk mencipta masa depan.” Shaira menuturkan kata-kata dengan berhati-hati. “aku takut untuk menyandarkan apa –apa harapan dekat lelaki.Sudahnya aku jugak yang kecewa.”ada nada kesal dari ksuara Intan.Kenangan lama menerjah kotak fikirannya.Arif haikal adalah cinta pertamaku.Terlalu lama tempoh perkenalan mereka dan telah banyak kenangan yang dicipta bersamaArif Haikal.Cinta Arif membuatkan dirinya buta dalam menilai erti sebenar cinta.Kata-kata teman-teman yang menyampaikan kecurangan Arif Haikal hanya di pandang sepi,sehinggalah bukti berada dihadapan mata.Bertahun Intan cuba membina kekuatannya kembali.Dan kini dia terlalu berhati-hati untuk menerima huluran kasih seorang lelaki.

Air mata bergenang di tubir mata Intan.sesungguhnya dia terlalu menyayangi Arif Haikal. “ni yang aku tak nak cakap pasal Haikal.Intan,sedarlah tak guna kau menangis untuk dia.Dia tak pernah pun menghargaikau,Entah ingat ke tidak lagi kat kau.” Shaira cuba memujuk Intan.Dia tahu betapa sukarnya Intan menempuh hidup setelah Arif Haikal mempersia-siakannya.Intan Bagaikan orang hilang arah dan kemurungan sehinggalah Intan dibawa menghadiri ke sesi kaunselling.

“Ha..ni satu lagi aku nak tanye.Kau ada dapat tak kad invitation reunion kita?kau pergi ke nanti?”pertanyaan Shaira memecah kesunyian diantara mereka.

“ni la sebenarnya yang aku nak tanya kau.kepala aku pun tengah semak pikir bende ni la.kalau ikutkan aku memang tak nak pergi,tapi rindu jugak kat member-member lama.then tell me,what should I do?”sekarang ni Intan dalam kebuntuan yang langsung tidak nampak jalan keluar.Dia benar-benar tersepit dan mengharapkan penyelesaian daripada Shaira.

“terus –terang aku pun buntu,tapi benda yang dah lepas buat apa nak dikenang lagi.Masa ni la kau nak tunjuk yang kau dah get yourself back dari terus hanyut dengan cinta yang tak pernah Arif hargai.”kata-kata semangat dari Shaira sedikit sebanyak membantu Intan untuk mencari penyelasaian bagi masalah yang kian hebat meghentam benaknya.

“nanti aku fikir-fikirkan dulu. Apa-apa hal, I Let you know ok!”jelas terpamer riak wajah Intan yang masih lagi serba salah.

“Alah susah-susah sangat kau baling je la dadu,kalau dapat nombor enam maknanya kau kena pergi.Brilliant tak cadangan aku?” Intan tidak dapat menyembunyikankan tawanya mendengar cadangan yang disarankan Shaira yang dirasakan langsung tak masuk akal.

“jom la,dah lewat ni kan mengamuk pulak bos aku.”ujar Intan cuba menukar topic perbualan mereka. “tu la layan kau mana cukup lunch je.dah lama kau tak gi rumah aku.Umi pun dah kerap sangat bertanyakan kau.”Intan sekadar senyum nipis degan pelawaan Shaira menampakkan lesung pipitnya di kedu-dua belah pipiku. “nantilah kalau kerja dah kurang cikit aku datang.”tokok Intan lagi.

“bila la kerja kau nak kurang,ape kata kau kerja ngan aku?lagipun syarikat papa aku tu perlukan excutive dekat bahagian marketing.” Shaira cuba memberi cadangan walaupun dia tahu jawapanyang aka diberi oeh Intan.

“kau ni gila ke apa?aku mana tahu buat marketing,suruh aku lukis pelan tau la.”luah Intan setelah merasakan cadangan Shaira langsung tidak masuk akal.

“aku gurau je la.aku dah agak kau memang sayang nak tukar kerja lain kan?okeylah jom kita balik.Mereka melangkah beriringan menuju ke pintu utama.Dari jauh kelihatan kelibat Daniel bersama seorang perempuan yang tidak aku kenali.”Amboi…mesranya”ujar Shaira tiba-tiba.

“biarlah,mungkin steady girlfriend kot.”tambahku lagi
Jelas terpamer pebagai persoalan diwajah Eymiza,kerana bukan sekali dua kami terserempak dengan Daniel.Setiap kali kami bertembung,pasti dia bersama dengan wanita yang berbeza.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:24 PM

page 7

Terpandangkan Intan,Daniel kaget sendiri.Kalau tahu dia akan bertembung dengan Intan di sini,pasti destinasi lunch mereka bukan di sini.Tiada riak cemburu terpamer di wajah Intan.Malah seulas bibir itu dengan tenang melemparkan senyuman kearahnya.Senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya.Namun terlalu sukar untuk menakluki sekeping hati pemiliknya.

“Sue,I nak jumpa kawan jap.U find the seat first.Kejap lagi I datang ok.”

Daniel segera berlalu untuk mengejar Intan.Niat hatinya ingin menjernihkan keadaan.Dia sangat bimbang sekiranya peluangnya untuk mendampingi Intan terus malap gara-gara insiden tadi.Berbunga riang hatinya kerana Intan Berjaya dihampiri.Tanpa mempedulikan kawan intan yang terpinga-pinga,segera tangan Intan ditarik,sekaligus mematikanniat Intan untuk membuka pintu keretanya.

Tindakan Daniel mengundang marah di hati Intan.Segera diluah rasa marahnya.
“En Daniel,what’s wrong?apehal main tarik-tarik ni!”
Mata yang memandang menambahkan lagi kemarahan dihati Intan,macam tengah Create scene kat sini pulak.

“sorry,Intan dia just my friends.not more then that.u jangan salah faham pulak,jangan marah eh!.”kata-kata penyesalan dari Dainel kusambut dengan tawa.Rupa-rupanya ini yang membuatkan Daniel sanggup meninggalkan perempuan yang dibawanya semata-mata untuk mengejarnya.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:25 PM

page 8

Rasa pelik terpamer di wajah Daniel.Namun cepat-cepat intan menekup mulutnya bagi mengelak tawanya dari terus meledak. Apa kes ni!tiba-tiba nak bagi explanation kat aku plak.Bentak Intan dalam hati.

“En Daniel,dont worry too much.U Nampak ada apa-apa yang menunjukkan I marah ke,buat apa I nak marah.that’s your right.I tak de hak pun nak halang.you berhak memilih selagi you ada pilihan”.Dikerling jam ditangan,menghampiri pukul 2.

“i think i gotto go now.times up.”segera diatur langkah ke kereta,setelah berpamitan denga Shaira,lantas dia memboloskan diri kedalam kereta,segera dia memecut dengan kelajuan sederhana. Shaira terus menuju ke kereta,turut melakukan hal yang sama.

Daniel yang ditinggalkan hanya terpinga-pinga.Seleranya untuk menjamu selera mati.Segera dia teringat akan Suhaila yang agak lama ditinggalkan.Pasti munjung sedepa dipamerkn gadis itu.Dia sudah cukup masak dengan perangai Suhaila yang suka merajuk.Segera langkah diatur munuju ke Keeny Roger’s.

Ramalan ku benar belaka,itulah sinonimnya perasaan Daniel sekarang.Sebaik sahaja menghampiri meja yang diduduki Suhaila.Tajam dan sinis jelingan dilemparkan kepada Daniel

“I bukannya sengaja,kebetulan nampak dia,takkan I nak buat tak tau.tak pasal-pasal nanti dia cakap I sombong.”Daniel cuba membela diri,berharap agar keadaan tegang dapat dikendurkan.Semanis-manis senyuman dihadiahkan kepada Shaira.Moga-moga hati gadis itu cair.

“Daniel, you jangan main-main dengan I.You mungkin boleh treat perempuan lain dengan skill you ni.Tapi,dengan I trick you ni dah tak jalan.”nada suaranya yang agak tinggi mengundang mata-mata disekeliling memandang kearah mereka.Jelas terpamer marah yang membuak-buak dan malu yang tidak terbendung diwajahnya.

“fine,kalau you tak percaya sudah.Selera I pun dah mati.”Segera langkah diatur meninggalkan restaurant Kenny Rogers.Sakit hati dengan perangai Suhaila dan malu kepada yang memandang adegannya dengan Suhaila sebentar tadi.Suhaila yang ditinggalkan mengetap bibir menahan marah.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:27 PM

page 9

Balik dari site petang tadi Intan mengurungkan diri dalam bilik.Seperti tiada apa yang ingin dilakukan.Tiba-tiba terlintas ajakan Shaira petang tadi.Mungkin ni waktu yang tepat untuk dia memenuhi pelawaan sahabat karibnya itu.Selesai sahaja menunaikan solat isyak segera intan menyiapkan iri.Ringkas penampilannya.Hanya memakai skirt labuh berona ungu lembut dan sehelai blouse berwarna krim.

Segera kunci kereta dan kunci rumah yang terdampar diatas meja solek dicapai.
Sambil memandu Intan menyanyi perlahan mengikut rentak lagu yang keudara..Seringkali lagu ini keudara.Liriknya sangat menarik dan mengusik perasaan.

LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Segera dia membelok apabila sampai disimpan menuju ke rumah Shaira.Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang apabila terlihat ada sebuat kereta BMW 7 series mengikut
dibelakangkeretanya.

budak88 Publish time 19-4-2011 03:27 PM

page 10

Terlintas difikiran untuk memecut laju tapi dia sudah melewati kawasan perumahan.Terdetik perasaan bimbang sekiranya dia melanggar orang-orang yang berjalan di tepi.Maklum sahaja lah ramai yang baru keluar dari masjid berdekatan.

Sebaik sahaja sampai dipintu pagar rumah Shaira segera lafaz syukur membasahi lidah.
Namun syukur yang terdetik mati apabila kereta yang mengekorinya tadi turut berhenti dihalaman rumah yang sama cuma diparkir elok dibelakang keretanya.

dengan perasaan amarah segera intan berjalan melulu untuk menyerang pemandu kereta dibelakangnya.cermin tingkap dibahagian pemandu segera diketuk.

"apa saudara naksebenarnya? sampai ikut saya? kita kenal ke?"segera intan memuntahkan soalan yang bertalu-talu sebaik sahaja cermin tingkap diturunkan sedikit.Belum pun sempat lelaki itu menangkis ada suara lain yang singgah dihalwa telinga intan dan jejaka sudah keluar dari keretanya.

"Ehhh...Intan masuk lah..Maaa,abang Acap balik!"laungan Shaira ke arah mamanya yang masih didalam rumah mengejutkan aku

"what?ABANG!!!maknanya...abang..abang...So abang Shaira!apa yang aku dah buat ni.Matanya tunak memandang kearahku..Oh..No..why this happend to me!!!
Pages: [1]
View full version: sambungan


ADVERTISEMENT