Raline Publish time 7-1-2025 05:28 PM

Atuk gila harta! Minta duit KWSP dan Perkeso arwah bapa sebelum setuju nikahkan cucu perempuan

Pernikahan adalah momen indah yang paling ditunggu-tungu oleh setiap pasangan.

Namun, dalam menantikan saat bahagia untuk disatukan dengan insan tersayang, ada kalanya ia berdepan dengan cabaran yang besar, antaranya tidak mendapat kerjasama daripada wali.

Sebagaimana luahan seorang ibu di laman sosial, dia berkongsi kesulitan yang dihadapi anak perempuannya untuk bernikah gara-gara datuk yang sepatutnya menjadi wali mencetuskan 'drama' dan memberi syarat sebelum memikul amanah tersebut.



"Anak perempuan saya nak menikah tapi bapa kandung dia dah meninggal dunia tahun lepas. Nak dipendekkan cerita, wali jatuh kepada datuk iaitu bapa kepada bapa kandungnya.

"Sekarang yang menjadi isu, datuknya setuju nak buat wakalah wali tapi bersyarat.

"Datuknya minta duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso arwah bapa kandungnya... barulah datuknya buat wakalah wali," luah pelayar tersebut dalam satu laman grup Facebook.

Menurut pelayar tersebut, tindakan bapa kepada arwah suaminya itu benar-benar keterlaluan memandangkan urusan pembahagian harta sudah dilaksanakan mengikut hukum faraid.

"Anak-anak saya uruskan sendiri tanpa diberi kerjasama daripada pihak keluarga mentua saya termasuk nak dapatkan surat mati.

"Untuk pengetahuan, arwah suami saya meninggal di Sarawak sebab arwah orang sana. Dan anak-anak berada di semenanjung.

"Anak saya dah cuba berbincang dengan cara baik dan merayu tapi mereka tetap nak duit walaupun itu hak anak-anak saya.

"Datuk mereka cakap transfer duit dulu baru dapat wakalah wali, sedangkan anak-anak saya langsung tak menuntut segala harta arwah bapa mereka di sana," luahnya lagi.

Disebabkan 'drama' daripada keluarga mentuanya itu, anak perempuannya mengalami tekanan apatah lagi majlis pernikahan yang dirancang dijadualkan berlangsung pada hujung Februari nanti.

"Anak saya menjadi tertekan sebab tarikh majlis dah dekat dan semua dah dibayar.

"Boleh ke anak saya proceed untuk wali enggan, berapa lama prosedur untuk wali enggan, walaupun anak saya ada adik lelaki seibu sebapa. Dan apa cara lagi untuk permudahkan urusan anak saya?" luahnya meminta pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan agar pelayar tersebut dan anak perempuannya tidak menuruti kemahuan keluarga arwah, sebaliknya meminta pandangan daripada pejabat agama.

"Dunia akhir zaman dah nampak sangat, dunia diutamakan. Untuk lebih jelas, rujuk dengan pejabat agama.

"Wali hakim saja. Jarak pun terlalu jauh juga dah melebihi marhalah. Boleh dapat excuse.

"Hanya kerana harta dan wang ringgit, ada sampai bermusuh. Tak ada sesiapa yang boleh gunakan hak sebagai wali untuk peras ugut bab harta. Islam tak pernah ajar macam tu," demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan, memetik info daripada portal Mufti Wilayah, wali yang enggan untuk mengahwinkan warisnya tanpa ada alasan yang dibenarkan syarak biarpun selepas mendapat perintah mahkamah, maka wali hakim boleh menjadi wali kepada perempuan tersebut.

Sumber: mStar

naina Publish time 7-1-2025 08:28 PM

Bapak tu ada hak dalam KWSP. So dah bagi ke belum bahagian dia? Bagi jelah kalau dia minta. Biasanya atok nenek ni tak ambik pun. Tapi kalau dia nak bagi jela.

SalenaGomez Publish time 7-1-2025 09:02 PM

Maknyo pon x bijak. Masalah mcm ni refer kat netijen nak buat hape. Pegi la pejabat agama. Up kat medsos nanti nampak islam ni buruk pulak, kawen pon susah. Ish ish ish….

annehuda Publish time 7-1-2025 11:54 PM

naina: Bapak tu ada hak dalam KWSP. S ...

Dalam kwsp tu pun sbnrnye ada caruman dari majikan, majikan dia tak suruh tuntut sekali ke?

eyansss Publish time 8-1-2025 12:30 AM

naina replied at 7-1-2025 08:28 PM
Bapak tu ada hak dalam KWSP. So dah bagi ke belum bahagian dia? Bagi jelah kalau dia minta. Biasanya ...

memandangkan urusan pembahagian harta sudah dilaksanakan mengikut hukum faraid.sedangkan anak-anak saya langsung tak menuntut segala harta arwah bapa mereka di sanaso atuknya memang tamak...

naina Publish time 8-1-2025 01:30 PM

eyansss replied at 8-1-2025 12:30 AM
so atuknya memang tamak...

Kenapa lah tak menuntut hak anak2. KWSP ni bukan ke kena turun padang untuk urus. Mana boleh sedang2 semua atok dapat lepastu anak2 arwah tak dapat.

eyansss Publish time 10-1-2025 04:48 PM

naina replied at 8-1-2025 01:30 PM
Kenapa lah tak menuntut hak anak2. KWSP ni bukan ke kena turun padang untuk urus. Mana boleh sedan ...

mengikut pemahaman aku based on artikel ni, pembahagian dah dibuat (tapi harta disana tak diminta) tapi atuk dia mintak bahagian yang si balu dan anak2 dapat, baru dia nak jadi wali...kiranya atuk dia nak songlap semua la ni...

tompie Publish time 10-1-2025 11:49 PM

dalam artikel tu dah terang2 cakap harta dah dibagikan ikut faraid, so bahagian atok semua dah diberikan lah... ada lagi yang tak puas hati lah tu... WAllhua'lam

eclipse25 Publish time 12-1-2025 05:14 PM

Wali hakim je lah. Senang abis cerita, buat apa dipanjangkan

Zeatyisaac Publish time 16-1-2025 12:10 AM

Dia ada adik beradik lelaki kan? Atau adik belum cukup umur?

bedahcyber Publish time 16-1-2025 05:31 PM

Kalau camtu gayanya, Atuk ni memang tak layak untuk jadi wali. Wali nikah dah tentunya kena ikut urutan e.g. bapa kandung>datuk sebelah bapa > dll. dan juga perlu penuhi syarat2 kat bawah:
1. Islam
2. Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
3. Berakal : Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
4. Lelaki : Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
5. Adil
6. Merdeka
Dalam kes ni Atuk tu macam Tak Adil dan Tak berakal je. Cerita je semua kat Pejabat Agama. Moga dipermudahkan urusan. Amiin.

afie_m Publish time 24-1-2025 03:39 PM

bila melibatkan duit...cucu nak kawin pun ko bagi syarat mcm tu.....hurm...

encikWawad Publish time 4-2-2025 01:57 PM

almost similar to this my friend bapak dia (dah cerai ngan mak dia) minta 10k untuk jadi wali. my friend sejenis perangai hazab juga. bergaduhmulut juga lah. last2 family dia halau si bapak . aku nikah kat siam bayar denda 2k je rayuan kena 800 je dari bayar biawak cam kau. zaman 3gps la tapi. kalau tak zaman la ni, harus trending tiktok.

kesudahannya. they tak nikah hari tu tapi tetap proceed majlis dan sanding2 bagai semua. aib la jugak tapi puas hati igt bapaknya enggan mewalikan she gona tunduk with that. tok kadi plak ikut buku dah terang2 bapakknya enggan. tak mau tukar wali kepada abang she.

dewi_rina Publish time 4-2-2025 04:42 PM

Dah bagi ikut faraid, tapi nak mintak lagi sebagai upah jadi wali

Teruk betul perangai

rezaremy Publish time 7-3-2025 11:34 AM

memang terukkk betull perangai atokk...sepatutnya kena jaga anak2 arwahhh...

zehra2 Publish time 9-3-2025 09:07 AM

sepupu ku bela anak angkat sejak umur budak tu 3 hari. bila budak tu nak menikah, bapak kandung mintak duit hantaran kalau nk mintak dia jd wali.

report pjbt agama.. dah kena tazkirah, baru settle.
satu sen pun tk pernah bagi.. dah besar claim mcm2
Pages: [1]
View full version: Atuk gila harta! Minta duit KWSP dan Perkeso arwah bapa sebelum setuju nikahkan cucu perempuan


ADVERTISEMENT