omet Publish time 17-4-2011 08:48 PM

Tidak Kupinta Kasihmu-[U]

Post Last Edit by Jaza2008 at 19-4-2011 13:10

Part 1
Eva Natasya gadisyang kupuja….kau bagai bintang kejora mempesona..Aisya begitu ralik menghayatilagu yang berkumandang di radio ERA.FM.”Ermmm…..best juga dengar lagujiwang-jiwang dipetang hari ni”getus hatinya. “Mama!..mama” irfan melaung memanggilmamanya yang sedang asyik melayan lagu yang berkumandang di radio.”Ish budak nikacau daun betul aku tengah berjiwang karat ni.” Irfan muncul dari pintu biliktidurnya.Matanya melilau mencari mama kesayangannya. Matanya disapu beberapakali.”Sinilah sayang.sini,”aisya memanggil anaknya irfan yang masih belummemandangnya di penjuru dinding berdekatan radio buruk yang masih bolehberfungsi. Irfan mendepakan tangannya minta dipeluk. “alahai,anak mama sinilah sayang.Cepat peluk mama”malas betul aisya melayan karenah anaknya. Namun dia mendekatiirfan dan mencium pipi merah gebu anaknya . Umurnya baru menginjak 22 tahun,namun sudah dibebani dengan kehadiran insan kecil yang tidak pernah dipintakehadirannya. Kehadiran irfan yang
umurpun baru mencecah 3 tahun bagai pembawa bencana.Adakala hatinya begitu sayangdan rindu untuk memeluk anaknya.Namun adakalanya perasaan benci semakinmeluap-luap,memandang si comel itu bagaikan memegang bara.Namun si comel irfantidak mengerti apa-apa.Apa yang mampu si comel itu lakukan hanyalah merengekmanja menagih kasih seorang ibu yang begitu mahal harga bagi dirinya.“nak apa?susu?mintadengan nenek kat dapur”aisya menunjuk arah
kepada ibunya yang sedang memasak di dapur. Irfan bersuara
perlahan dengan bahasa yang masihpelat”ifan…ifan nak mama uat cucu.Mama uat cedap”.aisya membuntangkan matamerenung tajam sikecil yang berdiri didepannya.”pandailah ko kecik-kecik dahmengada,sama macam bapak ko ,takde tanggungjawab”aisya menolak kasar sicomelirfan.Irfan jatuh terjelepuk,irfan menunduk ketakutan mendengar suara nyaringmamanya.Airmatanya meleleh ke pipi dengan laju sekali.”nak peluk mama,nak pelukmama”irfan mendepakan tangannya dan cuba memeluk mamanya.Airmatanyasemakin laju mencurah ke pipi.Aisya mendengus kasar”aku tak nak kau,kenapakau
hadir dalam hidupku”aisya bersuaraserak.Hatinya sebak kerana memperlakukan anaknya sedemikian rupa.Dirinya tidakmampu untuk menyayangi anaknya sepenuh hati.Mak Jah yangsedang mengupas bawang di dapur terkejut mendengar suara nyaring anaknya Aisyamenjerkah-jerkah Irfan dan diikuti suara tangisan satu-satu cucunya Irfan. MakJah terkocoh-kocoh menaiki tiga anak tangga dari dapur ,diselaknya langsir birutua dan sepantas kilat irfan didukungnya. Mak Jah mendakap erat irfan yang masihteresak-esak menangis.”Irfan nak susu?”Mak Jah menyoal cucunya lembut.Irfanmasih lagi menangis.Irfan menggelupur mahu turun dari dukungan neneknya lantasIrfan berlari mendapatkan Aisya, mamanya.Aisya menepis kasar,Mak Jah terusmenarik irfan kembali.Mak Jah turut menangis,”sampai bila
kak long nak berperangai macam ni?Irfan tetapdarah daging kita,terimalah Irfan seadanya”Mak Jah bersuara sebak,tuturnyatersekat-sekat dikerongkong.”aisya tak suka dia,cita-cita aisya hancurdisebabkan dia”ditenyeh kepala anak kecil itu bertubi-tubi. Mak Jah menepistangan Aisya kasar.”kalu kak long benci sekalipun,jangan buat irfan macam ni”Irfanmendakap Mak Jah sekuat hatinya.Walaupun umur baru tiga tahun,namun Irfanbagaikan sudah memahami yang dirinya dipinggirkan.Mak Jah mendakap erat Irfan,dibawanya Irfan ke dapur.Irfan masih lagi erat memeluk Mak Jah.Selepas seketikaIrfan bersuara”nenek,irfan sayang sangat kat nenek,nenek sayang kat irfantak”sambil tangan kecilnya memaut muka Mak Jah memandang mukanya tepat.Mak Jahtersenyum dalam kehibaan”nenek pun sayang irfan,sayang sangat-sangat cucunenek”Mak Jah menjawab soalan cucunya.”mama pulak sayang tak kata irfan?,irfansayang sangat kat mama nenek”mulut comel irfan bertanya lagi,jelas pipi gebumerahnya mempamerkan lesung pipitnya cantik terletak.Wajahnya mula ceriamendengar kata-kata memujuk dari Mak Jah.

ahla Publish time 18-4-2011 02:23 AM

novel ka cerpen ni?permulaan yang sedih

mai6 Publish time 18-4-2011 10:09 AM

menarik.... :)

shana85 Publish time 18-4-2011 04:19 PM

best... sambung cepat ya...
x sabar nak tahu mengapa aisya bencikan irfan

emme Publish time 18-4-2011 04:31 PM

macam tu je

Jaza2008 Publish time 18-4-2011 04:36 PM

Reply 1# omet


    salam omet... sila nyatakan novel atau cerpen dan rate apa? U? or 18sx?...etc..etc... tuk memudahkan kami
buat rate kategori dan highlightkan mengikut kategori apa........


kekadang hati kena sabar sbb ramai yg buka umah baru tidak membaca segala peraturan dan guide lines yg disediakan sblum membuat posting thread baru..... kalau dah baca pasti ada yg faham apa yg perlu dibuat....



cmf_blingblings Publish time 18-4-2011 04:39 PM

Replyomet


    salam omet... sila nyatakan novel atau cerpen dan rate apa? U? or 18sx?...etc. ...
Jaza2008 Post at 18-4-2011 16:36 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

kalau boleh letak sikit mukaddimah.....sejuk sikit kawan-kawan nak baca

Jaza2008 Publish time 18-4-2011 05:13 PM

kalau boleh letak sikit mukaddimah.....sejuk sikit kawan-kawan nak baca
cmf_blingblings Post at 18-4-2011 16:39 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    penat dah nak bermukaddimah ...:L ;Ptadi main kejar2 dgn member baru kat sini....

ramai newbees yg berbakat kat sini... maybe terlupa nak baca guidelines BOD...
apa nak ditakutkan bukan ada naga pun kat sini....:lol:


cmf_blingblings Publish time 18-4-2011 05:17 PM

penat dah nak bermukaddimah ...   tadi main kejar2 dgn member baru kat sini....

ra ...
Jaza2008 Post at 18-4-2011 17:13 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifWah!! banyak betul thread baru hari ni, semangat betul

Jaza2008 Publish time 18-4-2011 05:23 PM

Reply 9# cmf_blingblings


    itu thread tersalah posting beb... kalu tgk kat front page.. WR ni jadi glamer jap..:lol:
sbb byk sungguh new thread..... terkujat pun ada..
kalau tak pintas mau hilang2 page umah aktifkat sini...:L

omet Publish time 19-4-2011 06:16 AM

Reply 6# Jaza2008


    wasalam jaza.......sori ek.....ni novel kategori U.... i dah baca rules tu

omet Publish time 19-4-2011 06:17 AM

Reply 5# emme




lagi ada........ :loveliness:


   .

kambeng_masam Publish time 19-4-2011 08:07 AM

huishh....Aisya ni meroyan ke apa...:L anak comel2 ditolaknya...

teruskan lagi TT...:)

shahrinas Publish time 19-4-2011 08:39 AM

cam citer sedih je... :L

qimi08 Publish time 19-4-2011 04:04 PM

sambung lagi.............

omet Publish time 19-4-2011 08:19 PM

Part 2

Jam sudah menunjukkan tepat 2.45 pagi. Mak Jah menahan matanya yang mengantuk, bawang merah dikupasnya satu persatu.Selesai sudah dikupas setengah besen kecil bawang merah dan putih, ikan bilis pula dibersihkan dengan teliti untuk dijadikan sambal nasi lemak,sumber rezeki keluarganya. Belum sempat kerjanya diselesaikan, telinganya menangkap tangisan Irfan dari bilik Aisya.Dalam kepayahan Mak Jah cuba bangun.Keletihan dan sakit lututnya yang sudah bertahun dideritainya menghalang dirinya bangun sepantas orang muda.Namun kedua tangannya dijadikan penahan,digagahi kedua-dua tangannya dilantai, kedua-dua kakinya diangkat satu persatu.Tangisan Irfan semakin kuat.Hati Mak Jah semakin resah,kakinya melangkah sepantas kudrat tuanya. Pintu bilik dibuka “Irfan!cucu aku!”Mak Jah separuh menjerit apabila melihat Irfan ditolak Aisya kasar.”Kenapa Aisya.”tanya Mak Jah sedikit menengking.”busuk la mak,budak ni muntah”balas Aisya.Aisya merengus kasar.”pergi kau,jangan dekat dengan aku” Aisya bersuara lagi. Mata Mak Jah beralih kearah tubuh kecil Irfan yang tergolek di lantai tikar getah yang lusuh.Mak Jah segera mendapatkan Irfan. Badan Irfan diribanya lembut,wajah kecil itu dipandang sayu.Wajah yang bersih dan halus itu kelihatan pucat.Jari-jemari tuanya yang agak kasar mengusap lembut rambut si kecil.”Ah!panas sungguh kepala budak”hatiMak Jah berkata gusar. Separuh daripada tilam nipis yang menjadi pengalas kedua beranak itu tidur basah dan berbau masam.”Banyaknya Irfan muntah”Mak Jah berkata lembut kepada wajah comel itu.Tangannya mendakap tubuh kecil itu rapat kebadannya.
“Pergi ambil air sejuk”arah Mak Jah kepadaAisya.”Irfan demam panas ni”Mak Jah bersuara lagi.Hati Mak Jah pilu melihat tubuh kecil yang lemah itu.Matanya bergenang.airmatanya tidak dapat ditahan lagi,dikedinginan malam,baju tidur Irfan di tanggalkan.Aisya bagaikan tidak mengerti arahan ibunya,dia masih lagi melayani mimpi indahnya.Matanya masih lagi pejam,telinganya ditutupi oleh kedua belah tangannya dengan bantal kekabu yang agak kecil.”malas aku nak dengar bebelan orang tua ni”hati kering Aisya memberontak tatkala tidurnya terganggu dek kerana si kecil itu.Melihat kedegilan anaknya itu.Airmata dari kelopak matanya yang cengkung dan lesu itu menitis laju.Pilu hatinya.”Kurangkah kasih sayangku pada anakku.Kenapa tiada sekelumit kasih yang ada untuk anaknya sendiri”kata hati Mak Jah pilu.Mak Jah mengumpulkan segala kekuatannya.Tangan kirinya menggagahi memegang tiang dipenjuru bilik usang itu manakala tangan kanannya begitu erat mendukung Irfan.Mak Jah menahan kesakitan pada kedua lututnya sambil kakinya cuba ditegakkan.Sakit lututnya menjalar ke tapak kakinya,mungkin beban berat badannya ditambahi pula berat badan cucunya.Namun apalah sangat jika hendak dibandingkan kasih sayangnya terhadap sikecil yang didukungnya. Mak Jah melangkah perlahan ke ruang tamu.Tikar mengkuang yang yang tersandar di penjuru ruang tamu di tarik perlahan ,dihamparnya berhati-hati agar tidak mengejutkan cucunya.
Kain batik yang bersih dihampar di atas mengkuang lusuh itu.Sekali lagi tangan kirinya memegang tiang seri di ruang tamu yang sunyi itu.Mak Jah duduk perlahan-lahan lututnya digagahkan di atas lantai yang telah dihampar mengkuang,sambil bersila Irfan diletakkan perlahan.Tanpa membuang masa,Mak Jah mengengsot perlahanke dapur,air bersih di dalam mangkuk di atas para dapur diambil,saki baki asam jawa di dalam bekas diambil sesudu,tangannya pantas memasukkan asam jawa itu ke dalam mangkuk berisi air bersih lalu diramas dan dibuang bijinya..Fikirannya kosong memikirkan cucunya yang kembali senyap setelah menangis memecahkan kesunyian malam.Mak Jah melangkah ke ruang tamu mendekati Irfan. Irfan menggigil kesejukkan namun badannya panas.”Mama…,nak mama”mulut comel Irfan bersuara perlahan.”nenek ada ni sayang”Mak Jah menjawab pertanyaan cucunya.Tangannya mengambil tuala kecil di dalam timbunan kain yang masih belum berlipat,dicelup perlahan ke dalam air perahan air asam jawa lalu diusap keseluruh badan kecil itu.Suara tangisan Irfan kembali memecahkan kesunyian malam.

omet Publish time 20-4-2011 03:50 PM

Part 3

“Nenek….sejuk”Irfan bersuara lemahdiiringi tangisan bersilih ganti.Bibir comelnya bertukar biru.Tubuh kecil itu bertindak spontan,badannya mengokol,badan diiringkan,tangan kecilnya yang menggigil kesejukan dirapatkan ke dada.Lutut juga bertaut rapat ke dadanya.Air mata Mak Jah mengalir melihat keadaan Irfan, satu-satu cucunya.Mulutnya tidak berhenti berdoa meminta.Meminta pada yang esa mengurniakan rahmat dan kesihatan kepada cucunya.Bibir Mak Jah tidak henti-henti berbisik ke telinga cucunya.”Irfan kuat…cucu nenek kuat,cucu nenek akan cepat sembuh”bisikan semangat diluahkan dari hatinya.”Lailahailallah….Muhammadurasulullah”.Mak Jah tidak jemu-jemu mendodoikan Irfan sehinggalah Irfan lena dalam dakapan Mak Jah.Akhirnya Irfan lena bertemankan airmata.Tangan Mak Jah mencapai sehelai batik merah darah ikan,dibalut tubuh kecil itu perlahan.Badan Irfan tidak menggigil lagi.Mak Jah menarik nafas lega,disekanya saki baki airmata yang masih bersisa dipipinya.

shana85 Publish time 20-4-2011 03:53 PM

sedihnya....:'(:'(:'(
ada juga mak yang kejam begini.:@:@:@geram tul...
sian irfan....

asyriqa Publish time 20-4-2011 04:32 PM

apalah dosa anak tu dilayan begitu rupa...mak dia tak de hati perut....:'(:'(:'(

omet Publish time 20-4-2011 11:19 PM

Part 4


Cahaya mentari pagi mula menerobos masuk melalui celahan-celahan dinding kayu bilik tidur Aisya. Terasa sedikit bahang pada wajahnya,badannya yang terlentang dibalikkan lantas disembamkan wajahnya pada bantal.Namun sepantas kilat badannya bangkit dari tilam itu. Terasa bahunya sedikit melekit,baju kelawar dibahagian bahunya basah dan bau masam terasa begitu menusuk hidungnya.Lidahnya pula terasa sesuatu yang busuk dan meloyakan.”uwekkk…”Aisya termuntah tiba-tiba.Bau yang memualkan”argh…muntah budak ni,kenapalahmak aku tak cuci lagi”hatinya tiba-tiba berang.Bantal dilemparkan ke dinding sekuat hati.”mak!mak!”laung Aisya,lantas pintu bilik dibuka kasar,kakinya dihentak-hentak.Hentakan kakinya cukup kuat untuk menggegarkan gelegar kayu rumah usang itu.
        “Ada apa ni?,suara tu jangan kuat sangat,Irfan tidur tu,mak baru suapkan ubat,baru dapat tidur lena”Mak Jah bersuara memandang Aisya sambil tangannya menyelak langsirpintudapur.Aroma daun pandan dan santan beserta wangian tumis sambal ikan bilis begitu membangkit selera Aisya.Rasa marahnya serta merta hilang.”mmmm…..bau sedapla mak,perut dah rasa lapar ni”Aisya bersuara sambil meluru ke dapur.Hampir saja Mak Jah dilanggarnya,”ishh Kak Long ni,Kak Long!berjalan tu tengok dulu”Mak Jah memarahi Aisya.Rasa terkilan peristiwa semalam masih terasa.Berat kepalanya memikirkan Aisya.”perangai siapalah agaknya budak ni ikut”hatinya berkata tatkala melihat ketidakmatangan anak gadisnya.Lagaknya seperti gadis sunti yang bercelaru fikirannya.”Mak,hari ni Kak Longnak cari kerja kat pekan,bosanla duduk jer kat rumah”Aisya bersuara sambil mencedok nasi lemak dan sambal bilis ke pinggannya.Mak Jah memerhati kelakuan anaknya.
Sedang enak Aisya menjamu selera Mak Jah duduk bersila berhadapan anaknya dan bersuara lembut”Kak Long,Irfan demam semalam,kenapa Kak Long layan Irfan macam tu.Cuba pandang wajah Irfan,Irfan amat memerlukan kasih sayang ibunya”.Suapan nasi lemak terhenti.Aisya memandang ibunya Mak Jah.”Irfan demam mak?”Aisya bertanya ibunya.”Yer..”belum sempat Mak Jah menghabiskan ayatnya Aisya bersuara”Patutla Irfan muntah semalam,mak!busukla bau bilik tidur Aisya,habis kena baju ”sambil tangan kirinya memegang bajunya yang sedikit basah
Pages: [1] 2
View full version: Tidak Kupinta Kasihmu-[U]


ADVERTISEMENT