Abahmung Publish time 7-11-2024 01:18 PM

Anak saudara Sultan Pahang diheret ke mahkamah

malaysiakini.com
Diterbitkan:Nov 7, 2024 1:03 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/11/cf5953390716916392e0c78a845a24d6.jpg=s800

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.

Pertuduhan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan serangan terhadap pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan Alias Awang, 44.

Tengku Eddie Akasya dituduh bersama empat lagi orang iaitu, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38,

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencederakan paha kanan Alias Awang menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Jun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda atau disebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Malaysiakini pada 5 September lalu melaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang dan mencederakan Alias menggunakan pisau dan pistol.

Nama Eddy tidak didedahkan ketika itu kerana dia belum dituduh di mahkamah.

Alias mendakwa seorang rakan kerabat itu menikam pahanya manakala kerabat itu pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.

Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, polis berkata menyiasat kes itu dari setiap sudut, tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada siasatan turut menjurus kepada penggunaan senjata api.

Kes itu turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menggesa polis bertindak tegas kerana tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja.

123456 Publish time 7-11-2024 02:34 PM

AozUYMXe5D4

NazRysha Publish time 7-11-2024 01:29 PM

Anak sulung Juwita Aishah kan'awat la camtu yer
huhu

B40tastePosh Publish time 7-11-2024 01:42 PM

Dengki ke?

Nnasda53 Publish time 7-11-2024 01:49 PM

Moga dapat keadilan yang sebaiknya buat mangsa.

kepompong Publish time 7-11-2024 01:54 PM

lerr anak julita aisyah ke:shakehead3:

ezacbee Publish time 7-11-2024 01:55 PM

Agak2 terlepas ke tak

selipar_hijau Publish time 7-11-2024 01:56 PM

berapa ketinggian dia ni?

syamzana Publish time 7-11-2024 01:58 PM

umur brp dia ni???

BungaKencana Publish time 7-11-2024 01:59 PM

kalau bukan sbb dia kerabat.. aku nk ckp dia macam mat rempit je..

chikumanis Publish time 7-11-2024 02:01 PM

kuat sungguh gen pahang ni..smpai julita pun tak nampak iras2 dah

ardent91 Publish time 7-11-2024 02:12 PM

sumpah x lawa rupa parasnyer.. gen bapak die kuat sgat

wanokakaka Publish time 7-11-2024 02:16 PM

patut xnmpak kerabat ni dkt majlis kawin anak sultan pahang before ni.... abg xnk cover kes la kot.. majuk adknya xnk dtg wedding.. ke ada dtg?:shutup:

Glass_shoes Publish time 7-11-2024 02:18 PM

syamzana replied at 7-11-2024 01:58 PM
umur brp dia ni???

Baru 20

vanilacup Publish time 7-11-2024 02:19 PM

NazRysha replied at 7-11-2024 01:29 PM
Anak sulung Juwita Aishah kan'awat la camtu yer
huhu

Anak no 2..
Anak sulung perempuan..

prettyuglybabe Publish time 7-11-2024 02:32 PM

kalau bukan kerabat, minah rempit pun reject :lol::lol:

edoraixora Publish time 7-11-2024 02:36 PM

amboiiii kemain nak menembak2 orang sukahati dia je
dia ingat dia above law lah tu
nasib pewaris sultan xmau masuk campur
mesti marah giler tengku rahman kat anak sedaranya tu agaknya

Prickford Publish time 7-11-2024 02:38 PM

Wadehek muka gitu. Mat rempit pon ada lagi hensem dari ni. Bezanya kau kerabat diraja je dik. Moga tersungkur la kekerabatan kau mcm aman graseka tu.

gigahertz Publish time 7-11-2024 02:45 PM

BungaKencana replied at 7-11-2024 05:59 AM
kalau bukan sbb dia kerabat.. aku nk ckp dia macam mat rempit je..

i rasa dialog ni berlaku :
kerabat : woi bro . ko tau aku siapa ?
mangsa : ntah mana aku kenal
kerabat : aku anak saudara sultan pahang.
mangsa : tipu je ni. setakat claim aku pun boleh claim
kerabat : geng ! belasah dia.

manehnya Publish time 7-11-2024 02:46 PM

wow rambut... bahaya nmpak yg ni.. muda2 dah buat kes, anak siapa la tu... mmm
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Anak saudara Sultan Pahang diheret ke mahkamah


ADVERTISEMENT