anaryu Publish time 14-4-2011 09:51 AM

[Kisah Tauladan] Kenapa kita perlu balik kerja awal...

Post Last Edit by ParinAmat at 19-4-2011 12:56

Kenapa kita perlu balik kerja awal


Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

gee_poziah Publish time 14-4-2011 10:07 AM

ayat2 ko memang buat jiwa aku terusik...
apa yang ko tulis tu betul...:L
org luar,kawan2 kita....kita boleh cakap baik2..
dengan sikecil kat rumah,silap sikit je,kita dah marah...
buruknyer la perangai aku nih..:'(

hisyam5789 Publish time 14-4-2011 10:22 AM

yup...betul tu..kekadng ramai yang x perasan perkara ni..thanks for sharing{:1_149:}

wiraputera Publish time 14-4-2011 10:24 AM

{:1_132:}{:1_132:}{:1_149:}

hanibee Publish time 14-4-2011 10:31 AM

sedeh.. aku pon selalu marah anak aku.. kadang2 sbbnya aku tekanan kat tempat kerja.. dia nak main2 dgn aku, tp aku selalu suh dia pergi main sendiri, mummy stress.. pastu dia majuk.. huhu.. buruknya perangai aku.. :'(:'(:'(

Fantaghiro Publish time 14-4-2011 10:35 AM

:'(:'(:'(:'(

sedih baca...

chintachanduri Publish time 14-4-2011 10:47 AM

:'(:'(
sungguh menghayat hati..
bila dah buat,baru terfikir n nyesal tak sudah..

puteri_impian Publish time 14-4-2011 10:50 AM

:'(:'(:'( naaakkkkkkkkkkkkk balik!!!!!!!!!!!!!!!! nak pelukkk ciummmm anak ku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:'(:'(

puteri_impian Publish time 14-4-2011 10:53 AM

Reply 5# hanibee


    aku pon selalu marah anak aku

same lah......kadng2 dia bru jer sbut ibu&xsmpt nk mntk ape yg dia nak...put dh marah2:(

JerukPauh Publish time 14-4-2011 10:56 AM

tears...plis dont fall......
ai slalu marah anak ai walopun dia still kecik.. sian dia.. ari ni half day.. nak balik peluk my doter...♥

danie_sid Publish time 14-4-2011 11:17 AM

aku sanggup kena marah ngan asst manager aku sebab aku blk awal kul 4.30 (patut blk 5.30) tp anak aku setahun 8 demam kat nurseri..aku pun da tak sedap hati minta blk awl. dia terus kata melampau..mentang2 manager takder (ms tu manager aku lak mc) perghh berapi.. aku terus ckp sy sanggup kena tindakan tatatertib atau dibuang kerja hanya sebab nak blk awl sejam ni sebab anak sy paling penting dlm dunia. terdiam kau!

danie_sid Publish time 14-4-2011 11:20 AM

zaman ni mmg org lebih pentingkn keja dr family..tak tau la kenapa rata2 budak opis aku camtu. workaholic walhal anak kat umah kecik2 lg.. mungkin aku dibesarkn dlm keluarga yg mmg pentingkn hubungan kekeluargaan. sbb even msg2 da kawin pun at least seminggu sekali atau 2 kali mesti jumpa adik or kakak aku kat KL ni gi dinner sama2 kuar jenjalan KLCC ker.. angkut skali husben masing2.. tp aasst manager aku birthday anak aritu siap blk lambat kul 8 baru nak blk, anak da gi tution pastu anak dia blk kul 10 bru nk celebrate. tp anak dia umur 12 tahun (lelaki) terus merajuk lari msk bilik ta nak potong kek..dia tanpa rs bersalah citer kat aku esoknya.. erk..what a mother??

Lamia Publish time 14-4-2011 11:27 AM

Reply 1# anaryu


    :loveliness:so lovely

ibu_haritz Publish time 14-4-2011 11:30 AM

aku pun slalu marah ank yg sulung...sbb tgh2 mlm asik meragam...ibu sayang haritz..:'(:'(

lovely_anne Publish time 14-4-2011 11:38 AM

sebagai ibu penting sangat kalau tempat kerja berdekatan dengan rumah. boleh sampai rumah awal utk spend waktu petang dengan anak2 seperti ke taman permainan dan buat minum petang :loveliness:

anaryu Publish time 14-4-2011 11:39 AM

naaakkkkkkkkkkkkk balik!!!!!!!!!!!!!!!! nak pelukkk ciummmm anak ku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ...
puteri_impian Post at 14-4-2011 10:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


sama la...rasa cm nk blk je then guling2 ngn anak kt rumah...:$

puteri_impian Publish time 14-4-2011 11:42 AM

Reply 15# lovely_anne


    sangat kalau tempat kerja berdekatan dengan rumah
anak put MIL jaga...betul2 dekat dgn opis nie.....10mnt bole smpi umah:) :)

anaryu Publish time 14-4-2011 11:44 AM

sebagai ibu penting sangat kalau tempat kerja berdekatan dengan rumah. boleh sampai rumah awal utk s ...
lovely_anne Post at 14-4-2011 11:38 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


betul tu...tp x semua org bernasib baik dpt rmh dekat ngn opis...
kalo dekat pn ribu riban harganya...:L

so kpd makbapak kt luar tu, plz spent your time with your lovely child...
teringat kt iklan astro aritu...

"FAMILY FIRST"...

budak tu punya la nak share n nk manja2 ngn ayahnye...tp ayhnye bz jah smpai blk lewat mlm....n smpai channel tv tu habis...
finally budak tu lukis kt sofa tmpat dia landing tu kunun2 ayahnya ade skali...........:'( :'(sian dia...

puteri_impian Publish time 14-4-2011 11:49 AM

Reply 18# anaryu


    :mad: kengkadang lelaki nie kurng prihatin pasal anak2.......bila wak2 anak2 nak membesr nie makin cerdik berkata2........"ibu...ayah mane bu" :'( :'( :'(

fa_mulan Publish time 14-4-2011 11:59 AM

bergenang ayor mata..totally right apa yang diperkatakan..kadang kadang tension kat tempat kerja terbawak balik rumah..mangsanya ..???..hurmm...pernah sekali mul kena o.t..last min boss suruh buat o.t..geram..mintak tolong mak amekkan anak..mul balik keje terus amek dia..lepak jap..tetiba dia bukak penutup botol susu then terus tuang ke lantai..mul punya menyinga..siap tengking 'aku penat kerja cari duit beli susu untuk ko,ko buat aku banyak keje kan'..serious mul tak sedar masa tu mul cakap camtu kat anak mul..tetiba 'pap'..penampo sebijik hinggap kat pipi..mak mul bagi mkn penampo siap sound 'aku pun tak pernah cakap macam tu kat ko'..huhuhu...janji tak buat lagi..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: [Kisah Tauladan] Kenapa kita perlu balik kerja awal...


ADVERTISEMENT