EJALTI Publish time 3-10-2024 07:01 PM

Tiada istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Hassanal – Istana Pahang

Tiada istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Hassanal – Istana Pahang

https://www.kosmo.com.my/2024/10/03/tiada-istiadat-perkahwinan-diraja-tengku-hassanal-istana-pahang/

Oleh NORHAFIZAN ZULKIFLI
3 Oktober 2024, 5:26 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/WhatsApp-Image-2021-08-10-at-12.30.09-PM-e1724002726259.jpeg
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUANTAN – Istana Pahang menafikan satu satu hantaran berkenaan Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang dimuat naik seorang pengguna media sosial sejak 24 September lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebok Kesultanan Pahang memaklumkan hantaran yang dimuat naik pemilik akaun Farida.1111111 itu dikesan sebagai palsu dan berbentuk fitnah.

Hantaran yang dimuat naik individu tersebut memaparkan gambar satu kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

Istana Pahang memberitahu, maklumat berkenaan adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Hassanal atau Istana Pahang.

“Istana Pahang meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang,” katanya

Istana Pahang turut memaklumkan tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang. – KOSMO! ONLINE

EJALTI Publish time 3-10-2024 07:28 PM

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Mahkota Pahang

https://www.bharian.com.my/berit ... tkan-tengku-mahkota

Oleh BERNAMA - Oktober 3, 2024 @ 7:23pm

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tengku03_1727954603.jpg
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto fail BERNAMA

KUANTAN: Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita.

Menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, maklumat tular menerusi aplikasi Instagram sejak 24 September lalu telah dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Farida.1111111 dan memperlihatkan kertas tertulis 'Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud'.

Kesultanan Pahang memaklumkan perkara itu adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang.

"Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

"Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang," menurut hantaran itu.

- BERNAMA

naina Publish time 3-10-2024 07:32 PM

So jambu tuan Putera sorang ni
Asyik2 fyp dia suka ngusik je

pearl.silver Publish time 3-10-2024 08:05 PM

So gf rakyat marhaen xdpt restu istana ke?

311gurl Publish time 3-10-2024 08:27 PM

pearl.silver replied at 3-10-2024 08:05 PM
So gf rakyat marhaen xdpt restu istana ke?

dia ada gf ke? moga bukan influencer :$

annehuda Publish time 3-10-2024 08:40 PM

Siapa pulak Farida Daud ni

syamzana Publish time 3-10-2024 08:47 PM

ade diwarwarkan ke dia ni nak kawen??

bakingsoda Publish time 3-10-2024 09:01 PM

sewel mana lak ni berangan kawen anak raja {:1_555:} mak dia dah lock pwincess penyu kan?

SalenaGomez Publish time 3-10-2024 09:03 PM

annehuda replied at 3-10-2024 08:40 PM
Siapa pulak Farida Daud ni

Rasanya farida ni kot yg ada acct insta ke tt, yang claim dia aweks TH

noell Publish time 3-10-2024 09:19 PM

adakah kisah dulu akan berulang??

edayildiz Publish time 3-10-2024 09:40 PM

Edited by edayildiz at 3-10-2024 09:42 PM

ohh tuanku ni dh 29 .ingatbaginda umur 24 mcmtu..

delia3003 Publish time 3-10-2024 10:14 PM

Dah 29 tahun ke? Ingat kan lagi muda.

nisako Publish time 4-10-2024 07:59 AM

mcm mcm hal

fariarizai Publish time 4-10-2024 08:24 AM

Finally, there's some action taken. I want to see how she spin the story now ;P

prince_marhaen Publish time 4-10-2024 08:47 AM

dekat tktok bersepah cii berangan buat account feeling2 gf THIS, upload video2 dia, feeling2 THIS reply video... yang mereng macam Kak Liza eyeshadow biru tu pun kemaruk jugak.. menggelitat bijik masing2...bukan macam fan dah..dah macam kemaruk... indenial..

kira_makokao Publish time 4-10-2024 08:51 AM

Edited by kira_makokao at 4-10-2024 08:52 AM

prince_marhaen replied at 4-10-2024 08:47 AM
dekat tktok bersepah cii berangan buat account feeling2 gf THIS, upload video2 dia, feeling2 THIS re ...

blue baby syndrome. kemungkinan waktu dlm pantang, bekas laki buat hal. blh effect meroyan OR gatal biji sbbbkn dah lama X berlaki!

seri_mawr Publish time 4-10-2024 10:01 AM

kan yang nak kawen tu adiknya...yang happy go lucky tu....

apa ke hal berangan kawen anak raja....klu bukan anak raja...hang kena kaya dulu...
paling tidak kena somebody.....

usah berangan mcm drama korea / china / taiwan sgt la...CEO kawen clearner.... bissness tycon kawen dgn org miskin.

fanaz82 Publish time 4-10-2024 05:31 PM

delusional sangat

awanysss Publish time 4-10-2024 05:39 PM

Semoga kita berjodoh walaupun ianya sangat mustahil.
semua tolong amin kan hikhik

Ilgiying Publish time 4-10-2024 05:56 PM

pearl.silver replied at 3-10-2024 08:05 PM
So gf rakyat marhaen xdpt restu istana ke?

Siapa gf dia sis? Spill la sikit :$
Pages: [1] 2
View full version: Tiada istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Hassanal – Istana Pahang


ADVERTISEMENT