izsyraf Publish time 12-4-2011 10:35 AM

cerpen: FAITH!cinta sampai mati (tamat)

Post Last Edit by izsyraf at 12-4-2011 19:31

novel saya tak habis-habis lagi ye..tapi da masuk lak cerpen..hehe..momod..ni cerpen saya join dekat komuniti e-novel..
http://www.facebook.com/home.php?ref=hpskip#!/home.php?sk=group_156266277748013¬if_t=group_activity

just another story..:):loveliness:

izsyraf Publish time 12-4-2011 10:41 AM

LINK:KOMUNITI ENOVEL

terimbas kembali..
Beep..beep…beep..beep..
“hello…” jawab Anis tenang
“hello..Anis ada dimana?” Tanya Abang Anis cemas
“Anis dalam toilet ni tengah cuci jamban”jawab Anis
“anis…..”seru abang sulung Anis tenang
“ye..?”
“abah dah pergi”
“Pergi? Pergi ke mana pula along?”
“abah dah tiada pagi tadi?”
“ tak fahamlah long?”
“abah dah meninggal anis!”
“eh, along jangan main-main..ape maksud along?”
“turun sekarang..along tunggu depan hospital ni” Anis terpinga-pinga

Pagi itu tepat jam 8 30 pagi.Anis diberitakan dengan pemergiaan ayahnya oleh abang sulungnya. Bagai tiada kata yang mampu diucapkan hanya tangisan yang mampu mengantikan luahan rasa.Umpama dalam drama sinetron, Anis berlari perlahan mencari bos besar untuk minta kebenaran pulang.
Sementelaah menanti semester baru bermula,Anis bekerja part-time di Hospital Besar Kuantan sebagai seorang cleaner atau dalam bahasa canggihnya cleansing engineering.Anis bukanlah dilahirkan dalam keluarga tidak berkemampuan tapi rasa tanggungjawab pada diri sendiri itu sangat tinggi sehingga memaksa Anis berdikari supaya tidak menyusahkan keluarganya.
“iskk..iskk….”teresak-esak Anis menangis
“along abah ada dengan siapa sekarang?” soal Anis
“abah, ada di klinik”balas Along Anis ringkas
“isk..isk… siapa hantar abah ke sana?”soal Anis lagi
“ambulans datang ambil tadi”jawab Along Anis tenang
“kenapa along tak menangis?”Soal Anis pelik
“along bukan tak menangis tapi along tak mampu lagi menangis” kelihatan bergenang airmata di kelopak Along Anis

***********

“abah…sampai di sini hayat abah…abah..bangunlah..Anis belum pun sempat berbicara dengan abah hari ini” esak Anis
Suasana bilik mayat klinik tersebut sungguh sunyi.Anis keseorangan menunggu arwahnya di bilik mayat tersebut.Kebetulan hari tersebut kesemua adik beradik dan ibunya tiada dalam daerah. Hanya Alongnya sebentar tadi ada. Menghantar Anis ke klinik untuk menemani arwah ayah mereka, kemudian Along Anis bergegas ke Balai Polis untuk membuat laporan polis.

********

“Anis cubalah pujuk ibu” pinta Abah Anis. Suasana disekolah hinggar binggar dengan pekikkan suara guru didalam kelas dan anak murid bersahutan berinteraksi. Ayah Anis datang kesekolah untuk bertemu Anis yang ketika itu berumur11 tahun untuk meminta pertolongan.
“Pujuk macam mana abah? Anis tak tahu macam mana lagi nak pujuk ibu. Ibu selalu sakit-sakit. Sekarang Anis dah pandai masak tahu abah..sebab ibu selalu tak sihat jadi Anis yang tolong masak untuk ibu dan adik” cerita Anis
Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun hampir runtuh ditelan dunia. Ibu Anis bertekad untuk memohon cerai dari ayah Anis gara-gara hilang rasa kasih sayang terhadap ayah Anis. Puas sudah pelbagai pujukan dilakukan oleh ayah Anis namun tak juga ibu Anis berlembut hati.
Akhirnya penceriaan itu berlaku semasa usia Anis 15 tahun.

Setelah berumur 56 tahun, ayah Anis pencen setelah 25 tahun berkhidmat sebagai seorang pegawai di salah sebuah organisasi swastaSemakin hari kesihatan ayah Anis semakin membimbangkan. Kadangkala ayah Anis batuk berdarah. Setelah melakukan pemeriksaan di hospital berdekatan ayah Anis disahkan mengidap barah usus.
Oleh kerana ayah Anis duduk di kampung seorang diri, ibu mengambil tindakan membenarkan ayah Anis tinggal bersama di rumah yang didiami oleh ibu Anis dan adiknya. Along Anis mengambil tindakan tangguh pelajaran untuk membantu ayah Anis untuk ke kimoterapi di hospital.

Dan pagi itu….

“abah, Anis pergi kerja dahulu ye” kata Anis pada ayahnya
“emm..” ayah Anis membalas anggukkan tanda faham
Pagi itu terasa sungguh aneh. Anis jadi seorang pemarah.baru sebentar tadi juga Anis menengking rakan baiknya yang juga bekerja part-time di sebagai cleaner.
“Auni! Kan aku dah kata jangan ambil gelang pemberian lelaki tu..aku tak suke”
“asal pula tak boleh ambil? Kau jeles ke?”
“apa kau cakap? Jeles…tak kuasa aku nak melayan perkara bodoh macam tu”
“kau ni kenapa Anis pagi-pagi dah angin?”
“suka hati aku lah…aku tak sukalah kau rapat dengan lelaki. Aku rimas. Aku rasa macam kau gedik”
“Anis! Aku tahulah hari ini ulangtahun kelahiran kau.. tapi kau takde hak nak marah dan maki aku dengan kata-kata kau tu. Aku dah 7 tahun jadi kawan kau.. takkan sekarang baru ada rasa menjengkelkan dengan sikap aku?”
Pertelingkahan pagi itu dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh mereka..tepat jam 8 30 pagi, handphone Anis berdering..
“mungkin ada orang nak wish birthday aku kot pagi-pagi ni” desis hati Anis
“heloo…..”
Dan berita yang diterima oleh Anis rupa-rupanya pemergian ayahnya

**********

Anis terpana di tepi pondok kecil di tanah perkuburan petang itu. Kepalanya kosong, hatinya sayu, jiwanya merintih dengan pemergian ayahnya. Hanya seminggu Anis merasa kehadiran ayahnya di sisi, serumah dan semeja makan setelah 8 tahun tidak serumah semenjak Anis berumur 10 tahun. Harapan di hati untuk melihat ibu dan ayahnya rujuk kembali setelah 3 tahun menantisemenjak penceriaan ketika Anisberumur 15 tahun lagi. Dan masa berlalu begitu sahaja. Harapan tinggal harapan.ayahnya terlebih dahulu mengadap Ilahi.
“Anis aku minta maaf tentang pagi tadi. Aku tak sangka kau berubah sikap, rupa-rupanya tanda engkau akan kehilangan ayah kau..maafkan aku” pinta iman auni sahabat karib Anis
“tak mengapalah Auni, salah aku keranamarah tak tentu pasal”balas Anis sayu
Pengkarangan tanah perkuburan tersebut dipenuhi orang ramai. Antaranya kawan-kawan Anis juga dan sanak saudara.
“Anis hari ini birthday kau kan? Aku tak tahu nak wish ke tak..aku hanya ucapkan takziah. Jangan bersedih ye Anis” Rizman rakan taulan dari kecil memulakan bicara
“aku pun begitu Anis…aku tak sangka pada hari kelahiran kau ayah kau akan pergi. Takziah” disahut Adam sahabat karib dari kecil Anis juga.
“tak mengapalah kawan-kawan..mungkin semua ini dah ditakdirkan sejak azali. Aku redha walaupun pedih hati ini nak menerima” Anis tersenyum kelat menyedapkan hati yang gundah gulana sedari dari pagi tadi lagi. Anis tak mampu untuk menangisi lagi kerana Anis tahu kesedihan tidak mampu membangkitkan ayahnya tika itu.
Sehari kemudian…..
“Kak Anis tengok ni…peninggalan arwah ayah” adik Anis berlari mendapatkan Anis
“apa ni?” belek Anis
“ini lukisan arwah abah untuk mak, ada puisi sekali lah”
“jumpa mana ni adik?”
“ada dalam kotak barang-barang abah”

Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata... bersamamu

Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera


“adik ini bukan puisi kot,ini lirik lagu..eh ada nama mak dekat lirik ni lah” setelah meneliti bait kata-kata dalam kertas usang tersebut,Anis merasa sayu dihati
“ha ah….abah sayang dekat mak sampai akhir hayat dia ye”kata adiknya sayu

izsyraf Publish time 12-4-2011 10:41 AM

********

“Anis, hey aku dengar kau dah nak kahwin?” seloroh Auni
“ye..ye.. aku nak kahwin dah dengan anak Datuk K” balas Anis sinis
“yela kau tu.. eh kau dah tua tahu..dah 26 tahun..nanti jadi andartu baru tahu” Auni membalas
Anis menerpa bahu Auni seraya berkata “Iman Auni ku sayang..macam mana aku nak kahwin kalau calon pun tarak!?”
“kau tu jual mahal…nak lelaki sama tarikh lahir dengan kau je. Kau ingat hidup boleh jadi thrill sangat ke? Auni membidas
“eh kau jangan tak tahu Auni, aku pernah okeh bercinta dengan lelaki lahir sama macam birthday aku… siap nama sama huru pangkal lagi..” cerita Anis
“dah tu kenapa tak kahwin?” soal Auni
“tak mau lah..die bukan engineer” balas Anis mudah
“dasar mata duitan kau ni” dengus Auni
“eh..mestiiii…!” Anis mengusik rakan baiknya Auni yang sudah pun berkahwin dan mempunyai sepasang kembar lelaki yang comel.

********

“Anis..jarang saya tengok awak turun buat medical check up sekarang ni ye?” soal doktor Misbah
“errr.. saya busy lah doctor” balas Anis
“awak ni Anis..bilalah nak berubah. Cuba ambil berat sedikit pasal diri sendiri tu. Awak tu dah lah tiada suami.Siapa nak tengok-tengokkan awak kalau apa-apa jadi?” bebel doktor Misbah.Anis tahu dirinya semakin hari semakin tidak sempurna. Sebab itu jugalah dia tidak mahu berkahwin. Walaupun sebenarnya hati Anis sudah pun tertaut kepada seseorang. Tapi Anis tidak berani untuk lebih-lebih. Bimbang dia kan menyusahkan lelaki itu.Anis hanya mampu meluahkan rasa hatinya melalui surat atau kad yang dah lama diperap dalam kotak hatinya.Impian Anis jika sesuatu berlaku padanya, Anis berharap Auni akan tolong serahkan kotak hatinya yang penuh dengan hasil nukilannya itu kepada lelaki yang bertahta dalam hatinya itu.

“awak saya nak memasuk meminang awak ni.boleh tak” Tanya Afiq
“erm..tak payahlah..saya belum bersedia lagi” balas Anis tenang
“kenapa pula? Awak taknak bercinta,saya tak bercinta, awak cakap kahwin terus saya tunggu sampai awak habis belajar semata-mata nak masuk meminang awak, awak cakap awak nak kerja stabil dulu, saya tunggu lagi,sekarang dah masuk 6 tahun awak, saya tunggu tanpa ada apa-apa hubungan istimewa. Atau awak sememangnya dah ada orang lain? Berterus teranglah dengan saya?” Afiq menahan amarah
“saya taknak menyusahkan awak kelak”jawab Anis sayu
“saya sanggup apa-apa demi awak”Afiq membalas yakin
“kalau macam itu tunggulah di pusara saya nanti”Anis membalas sayu
“eh? Kenapa cakap macam itu?”Afiq memberi reaksi terkejut
“nothing..hey I’m sleepy, see you soon. It’s so nice to have a talk with you. Thank u for call. I love you” Anis meletakkan gagang telefon. Terasa hiba di dada.

*************
Cuaca sungguh panas hari itu, Anis diarahkan oleh senior engineernya untuk ke melawat tapak di Melaka.Memegang jawatan sebagai “site engineer” di syarikat swasta sangat memenatkan badan.Bukan pekerjaannya yang memenatkannya tetapi perjalanan ke tapak yang memerlukan Anis memandu jauh semata-mata untuk melihat progression kerja di tapak yang membuatkan Anis lelah kepenatan.
Tiba-tiba Anis terjelepuk di tengah tapak pembinaan yang dilawatinya. Orang ramai yang terdiri daripada jurutera dan pengurus daripada syarikat berlainan mengerumuni Anis.

“Auni, tahun ni kau plan nak celebrate birthday Anis di mana pula?” Tanya Rizman
“aku nak dia totally happy this year, aku nak dia dilamar oleh Afiq pada majlis hari esok. Biar dia lupa kisah pahit dia 8 tahun lepas.” Iman Auni antara orang terpenting yang meraikan ulangtahun kelahiran Anis setiap tahun semenjak pemergiaan arwah ayah Anis. Tahun ini Auni merancang untuk meraikannya di hotel dengan kerjasama Afiq.

Tet..tet..
1 massage
Inbox
“Salam auni,Anis ada di hospital melaka sekarang..dia pengsan tadi. Majlis malam ini cancel”
Reply
“aku datang sekarang”

***********

Assalamualaikum…
Aku selalu berharap aku akan pergi pada tarikh lahir aku setelah aku disahkan mengidap cancer perut 2 tahun lepas. Bukan kerana aku mahukan hidup aku thrill tetapi supaya setiap kali hari ulangtahun kelahiran aku berkumandangnya bacaan yassin untuk semua Islam dunia ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa ingin mengembirakan pada hari lahir aku.
Aku tahu kamu semua mahu melihat aku gembira.
Tapi bukan mudah untuk sentiasa bergembira.
Aku tak tahu bila aku kan pergi. Tapi aku tahu bila kamu semua dah baca surat ini maksudnya aku sudah tiada di dunia. Auni jangan lupa serahkan kotak cinta aku buat Afiq ye.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah takdir. Dan aku sangat-sangat berterima kasih kerana ditakdirkan ada keluarga yang sederhana,rakan-rakan yang baik, dan Afiq dikasihi.
Walaupun aku tak merasai kehidupan berkeluarga dengan sempurna tapi aku tahu kelak ada sinar bahagia yang Maha Pencipta telah sediakan untuk aku jika aku redha dengan segala dugaan hidup ini.
Aku memohon maaf selama ini aku merahsiakan tentang kesakitan aku. Aku taknak sesiapa bersedih. Hey lagi dua hari birthday aku.Hadiahkan aku yassin dan telekung boleh? hahaha..just kidding.. hopefully birthday tahun ni yang terindah yang pernah aku sambut.
hari ini hari apa?
01 januari kah?
birthday aku ke tak eh?
apa-apalah doakan yang terbaik untuk aku...di dunia dan di akhirat.
sayang kamu semua

*******
"Hey Afiq, dia telah pergi"sapa Auni dari belakang
"aku tahu"Afiq merenung jauh ke langit
"apa kau sediakan untuk hari istimewa hari ini"Auni berbicara
"kek coklat kesukaan dia dan cincin"
"o...mmm....sediakanlah sekali yassin untuk majlis malam ini"Auni menitiskan airmata sambil berlalu meninggalkan Afiq
"ye emmmm..."
"la tahzan Afiq" sekali imbas Auni bersuara dari jauh
"la tahzan Auni"sedetik di hati Afiq

"Afiq...saya cinta kamu sampai mati seperti mana ayahku mencintai ibuku sampai akhir hayatnya"

naufal2705 Publish time 12-4-2011 03:41 PM

sedihnya.....:'(

izsyraf Publish time 12-4-2011 07:24 PM

sedihnya.....
naufal2705 Post at 12-4-2011 15:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   :'(nak join gak..hehe..:)

qimi08 Publish time 12-4-2011 09:06 PM

yes cerpen mula2 dah nangis nanti buat ketawa pula ek

izsyraf Publish time 12-4-2011 09:08 PM

yes cerpen mula2 dah nangis nanti buat ketawa pula ek
qimi08 Post at 12-4-2011 21:06 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   qimi how sad..i dont have a sense of humor...ramai gile cakap saya tak reti bergurau dan dan...tak fun orang nye..tapi insyaallah try nanti..thanx bace:)

qimi08 Publish time 12-4-2011 09:09 PM

Reply 7# izsyraf


iz tak blh buat yg kelakar buat yg biasa aja pun blh lebih pada santai...
tukar genre pulok.....berbagaikan bakat yg adakan....;)

sayzwani Publish time 14-4-2011 12:53 AM

sedih..............
Pages: [1]
View full version: cerpen: FAITH!cinta sampai mati (tamat)


ADVERTISEMENT