intan_smsb Publish time 9-9-2024 02:59 PM

“Semua Betul”- Warga Emas Buat Tekaan Tepat Semasa Main Teka Botol Buat Ramai Ternganga

Edited by intan_smsb at 9-9-2024 03:00 PM

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/Pakcik-dapat-teka-semua-botol-dengan-betul.jpg

Jika dilihat di media sosial, kini terlalu banyak konten yang menjadi perhatian serta ikutan ramai.

Tak dinafikan segelintir darinya adalah konten yang positif dan boleh menjadi aktiviti menarik untuk dilakukan bersama rakan atau keluarga tersayang.Warga emas buat ramai terkejut ketika main permainan teka botolBaru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sekumpulan warga emas yang sedang melakukan salah satu aktiviti trending di media sosial iaitu meneka botol.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @daknuar_, awalnya kelihatan beberapa lelaki warga emas yang sedang beratur untuk menyertai permainan meneka botol tersebut.
Dalam video itu, perakam telah menyusun enam botol minuman dengan jenis dan warna yang berlainan di dalam sebuah kotak.
Akan dapat wang tunai jika tekaan betulOleh itu, warga emas yang beratur perlu meneka dengan meletakkan botol pilihan mereka di atas kotak tersebut namun sekiranya salah, calitan bedak akan diletakkan pada wajah mereka.Walau bagaimanapun, jika tekaan mereka tepat sejumlah wang tunai akan diberikan sebagai ganjaran.
Namun apa yang menarik perhatian, peserta kedua yang bermain permainan tersebut dapat meneka kesemua botol dengan tepat dan berjaya mendapatkan wang tunai untuk setiap satunya.Malah reaksi warga emas itu turut kelihatan comel apabila terkejut dan gembira setiap kali tekaannya itu betul. Dia juga ada menayangkan beberapa kepingan duit yang dimenanginya.Selepas peserta kedua selesai bermain, mereka kemudian bermain sekali lagi agar kesemua peserta dapat menyertainya.Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kehebatan peserta kedua kerana jarang peserta dapat meneka semua betul dalam permainan terbabit.
“Hebatnya pakcik tu. Buat lagi konten dengan pakcik-pakcik ni. Best tengok”
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/teka-botol-1.jpg

Malah ia juga dapat mengeratkan lagi sesebuah ikatan tidak kiralah dari segi persahabatan mahupun kekeluargaan.
Sumber: BuzzKini



Priv278 Publish time 9-9-2024 04:13 PM

Nak lihat vidio nii
Iolls tak punya TT lah

intan_smsb Publish time 9-9-2024 04:30 PM

Priv278 replied at 9-9-2024 04:13 PM
Nak lihat vidio nii
Iolls tak punya TT lah

tekan buzzkini tu

Priv278 Publish time 9-9-2024 05:53 PM

intan_smsb replied at 9-9-2024 04:30 PM
tekan buzzkini tu

Terimakaseh min

kucingsiti Publish time 10-9-2024 09:54 AM

kadang tengok video macam ni yg versi luar negara bagi roti, pizza & buah epal kat budak2. Kalau dapat yang depa teringin tu happy la budak2, tapi dapat yang depa takmau tu, keruh je air muka.. kesian pulak kita tengok

Jikookie Publish time 10-9-2024 10:40 AM

Sukanya tgk video macam ni. Pakcik2 tu semua nampak happy je :loveliness:

sugarBunn Publish time 10-9-2024 12:29 PM

Priv278 replied at 9-9-2024 04:13 PM
Nak lihat vidio nii
Iolls tak punya TT lah

https://www.instagram.com/p/C_iM0UCSU8i/

Priv278 Publish time 10-9-2024 05:23 PM

sugarBunn replied at 10-9-2024 12:29 PM


Makaseh bagi kat sini
Pages: [1]
View full version: “Semua Betul”- Warga Emas Buat Tekaan Tepat Semasa Main Teka Botol Buat Ramai Ternganga


ADVERTISEMENT