“Self Reward” – Tindakan Influencer Ini Makan Sushi Lepas Bersalin Raih Perhatian
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/photo_6255862133300510392_x-1.jpgMenerusi video tersebut, kelihatan wanita itu mengambil sekeping ikan salmon sashimi dan memakannya sambil memegang bayi.
Setiap wanita yang telah melalui proses bersalin tidak kiralah secara normal mahupun pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi.
Ini kerana, semasa proses tersebut berlaku membuatkan seseorang ibu mungkin mengalami tekanan, kehilangan darah dan bermacam-macam lagi.Seperti di Malaysia, kebiasaannya para ibu yang bersalin akan melalui proses berpantang selama beberapa hari bagi memastikan si ibu benar-benar sihat.Oleh itu, ada segelintir yang melarang pengambilan beberapa makanan kerana ingin menjaga dalaman lebih baik sehingga ke hari tua.Wanita makan sushi selepas bersalinBaru-baru ini, seorang wanita yang juga influencer telah menjadi bualan ramai selepas dia dilihat memakan makanan mentah selepas bersalin.Menerusi video yang dimuat naik oleh Eynanan di TikTok, awalnya kelihatan wanita berkenaan berada di atas katil hospital sambil memegang bayi yang dipercayai baru dilahirkan.Makan salmon lepas bersalin sebagai ganjaranApa yang lebih menjadi perhatian, kelihatan di meja hadapan wanita tersebut terdapat beberapa bekas sushi.Malah wanita itu juga dilihat memakan sekeping ikan salmon sashimi sambil memegang bayinya.Di ruang kapsyen, wanita itu mengatakan ia adalah ganjaran untuk diri sendiri.Ramai nasihat untuk jaga pantang selepas bersalinTindakan wanita tersebut yang dilihat menikmati sushi selepas bersalin telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.Ada segelintir darinya yang kurang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan berpendapat dia sepatutnya menjaga pemakanan sewaktu proses berpantang.Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang tidak menjaga pemakanan ketika pantang apabila mengalami keadaan yang tidak menyenangkan seperti bengkak dan bermacam-macam lagi.Terdapat juga yang menasihatkan wanita itu untuk menjaga pantang dengan sebaiknya.Ada yang setuju wanita makan sushi asalkan tak beri kesan pada kesihatanNamun ada juga segelintir netizen yang menyokong tindakan influencer berkenaan dan berpendapat asalkan makanan yang diambil tidak memberi kesan kepada kesihatan.Selain itu, ada yang mengatakan ikan salmon juga dipercayai bagus untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.“Sis pun pernah berpantang makan sushi ni dik sebab terpengaruh juga. Akhirnya bentan dik. Sakit.. Apa pun ikut badanlah. Kalau tahan makan jelah, tak salah pun”
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/makan-sushi-1.jpg
“Saya sampai anak setahun tak sentuh lagi sushi, takut. Sebab saya pembedahan”
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/makan-sushi-2.jpg
“Meriah susu kalau makan salmon. Cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Sebab pendandan rambut saya berbangsa Cina cakap makan salmon kalau susu kurang dan ia berkesan”
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/makan-sushi-3.jpg
“Pengalaman saya berpantang cuma anak sulung, anak kedua, ketiga hauk.. Jadi saya pesan silalah pantang dengan betul-betul. Saya 32 tahun dah sakit sana sakit sini. Tak rugi kita jaga badan kita sendiri”
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/makan-sushi-4.jpg
“Tak kisahlah nak makan apa pun.. yang penting langkah berubat selepas bersalin tu jangan abaikan..”
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/09/makan-sushi-5.jpg
sumber:BUZZKINI dh nk msuk 2025 dh oiii.. org dh x buat content ala2 tnjk kaya n terpaling2 sume ni.. org dh bosan sbb xde beza pn content die dgn founder lain.. cari la idea lain dik... Eh bukan bagus ke salmon utk ibu.sumber protein.akk ai pantang pon sebelum ni mkn salmon.tp yg msk la sbb dia xmkn sushi pichee replied at 6-9-2024 09:18 PM
dh nk msuk 2025 dh oiii.. org dh x buat content ala2 tnjk kaya n terpaling2 sume ni.. org dh bosan s ...
Dia tiru content mat saleh ni.ada yg brsalin tu laki dia belikan sushi dlm bot.penuh.meriah.reward utk wife lps brsalin. So yesteryear buat content makan sushi lps bersalin ;P Ntah² buat utk content je Aduh la macam2 zaman skrg ni. Semua nak jadi yg terpaling apa tak bolehnya... kau ingat org jepun lepas bersalin makan nasi kosong dgn ikan masin ke? alah2 netijen pun.. Pegang chopstick pn salah dik..ko amik salmon tu gn tangan je laa :$ Biarlah. Ni asal lepas bersalin je makan ikan rebus ikan kering. Boringg Ikut la nak makan apa pun. Badan masing-masing kan. dulu ada sorang prof kat Malaysia ni kaji postpartum meal set ni bertahun. tak tau apa endingnya
ada mat saleh lepas beranak langsung tak pantang. tangan kiri dukung baby, tangan kanan suap burger. elok je diorang
negara lain, ada yang pantang, ada yang tak
tapi tak dinafikan, orang Malaysia kalau langgar pantang lepas bersalin, memang ada yang sakit teruk. tapi ada juga yang takde kesan apa
kena refer doktor pakar ler bab gini PULANGKAN replied at 21-9-2024 06:04 AM
dulu ada sorang prof kat Malaysia ni kaji postpartum meal set ni bertahun. tak tau apa endingnya
ad ...
Burger x de masalah nak makan lepas pantang. Yg aku rasa badan aneh² kalau lepas bersalin makan pulut, mee kuning, tebu, air kelapa. Bisa uuiii. Demam urat jadinya. Sayur tak boleh komen sebab aku x makan. AcikCleaner replied at 21-9-2024 04:34 PM
Burger x de masalah nak makan lepas pantang. Yg aku rasa badan aneh² kalau lepas bersalin makan p ...
kan. tu la peliknya, ada orang ok, ada orang tak.adik aku langgar pantang dulu, tak ingat dia makan apa. mak aku dah larang jangan makan, tapi dia makan senyap-senyap. dia order foodpanda, makan sorok. sudahnya malam tu, menangis meraung satu badan sakit. jenuh la laki dia picit, dengan anak nak susu lagi. memang tak tido diorang. sampai demam-demam la. badan pucat macam kertas A4, sejuk. kitorang buh air panas dalam botol khas tu, apa nama ntah. pastu letak dalam selimut dia. nasib baik la berpantang kat rumah mak. kalau dia duduk sorang, dengan laki nye keje sepanjang hari, silap hari bulan... nauzubillah min zalik, takut nak bayang. :L
Iols bebel la jugak, tapi mak tak bagi lebih 60 patah perkataan, takut stress jadi meroyan katanya :lol:
dia nie sapa eh?lalu dkt fyp i ari tu mkn sushi nie la..i pun riki2 dia punya tt..tgk adik beradik dia berlumba2 tunjuk sapa paling kaya,sapa dapat suami penyayang and provider.. siapa dia ni..kt tt asyik tnjk dorg 3 brdik je..kaya giler nampak deyols ni. sheols dgn laki dua2 anak orka, tp content mcm ponder2 timbang kilo
Pages:
[1]