Vellfire Publish time 10-8-2024 01:03 AM

Izzah terkandas di repechages pecut individu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/OLYMPICS-2024-CYCLINGTRACK__1723213553.jpg

IZZAH (kiri) tidak berjaya untuk mara ke pusingan 1/16 pecut individu. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Sebaik sahaja berakhir saingan repechages 1/32 pecut individu sebentar tadi, maka tamat pengembaraan pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati di Sukan Olimpik Paris 2024.
Hasrat untuk melihat pelumba kelahiran Kedah itu mara lebih jauh dalam tidak kesampaian apabila dia terkandas di peringkat berkenaan selepas dinafikan wakil Kanada, Lauriane Genest.

Dalam perlumbaan membabitkan tiga pelumba itu Izzah menjadi pelumba kedua melintasi garisan penamat di depan Riyu Ohta dari Jepun.

Bagaimanapun, hanya juara sahaja berjaya mara ke pusingan 1/16 yang berlangsung di Velodrom de Saint Quentin en Yvelines.

Pujian harus diberikan kepada Izzah dalam penampilan pertamanya di Olimpik apabila masih berkesempatan untuk memecahkan rekod kebangsaan di pusingan kelayakan.

Izzah mencatat 10.709 saat (s) sekali gus memadam rekod kebangsaan 10.903s yang dilakukannya di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), di Nilai, tahun lalu.

Ketika di pusingan 1/32 pula dia tumpas kepada Sophie Capewell dari Great Britain sehingga memaksanya beraksi di repechages.

Dua hari lalu dalam saingan keirin, Izzah terkandas di pusingan repechages selepas menduduki tempat keempat dalam saringan kelima pusingan pertama.

Dalam aksi repechages dia menduduki tempat ketiga di belakang Kelsey Mitchell (Kanada) dan Katy Marchant (Great Britain) tatkala hanya dua pelumba teratas sahaja mara ke suku akhir.


https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/08/1120855/izzah-terkandas-di-repechages-pecut-individu

Supersirap Publish time 10-8-2024 11:51 AM

Apa-apa pun tahniah ke atas usaha yang telah dilakukan

hunny_sapik Publish time 13-8-2024 12:20 PM

Muda lagi. Go for medal in LA 2028!
Pages: [1]
View full version: Izzah terkandas di repechages pecut individu


ADVERTISEMENT