intan_smsb Publish time 2-8-2024 12:01 PM

Kamera rakam gergasi berbulu berlari laju [Dunia]

WASHINGTON– Satu rakaman video dokumentari yang telah lama hilang merakam kelibat makhluk berbulu dipercayai Bigfoot berlari laju mengejar kawanan karibu, lapor portal berita Daily Star semalam.
Berjudul Great North dan diterbitkan pada 2001, dokumentariitu meneliti landskap Artik di Kutub Utara.Satu adegannya memaparkan Bigfoot sedang berlari mengejar kawanan karibu di tepi sebatang sungai.
Ia berlari mengejar haiwan mirip rusa itu selama beberapa saat sebelum hilang di bawah rabung kecil. Walaupun ramai menganggap makhluk itu mungkin kru filem, pengarah dokumentari, William Reeve menafikan kakitangannya yang berlari dalam rakaman tersebut.
Dalam temu bual bersamasaluran YouTube ThinkerThunker, Reeve berkata: “Tiada sesiapa di hadapan kamera kecuali saya yang ketika itu, berada di tepi sungai.
“Semua kru berada di tepi kamera. Tiada sesiapa yang berjalan kaki,” katanya.Ditanya mengenai sama ada terdapat penduduk tempatan yang melalui kawasan itu, Reeve berkata: “Tidak sama sekali.”Dia turut menafikan makhluk itu ialah beruang kerana ia berlari menggunakan dua kaki. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/08/Viral-bigfoot.jpg

felinecat Publish time 2-8-2024 10:07 PM

Xdak video pulak

capwayang Publish time 2-8-2024 11:12 PM

felinecat replied at 2-8-2024 10:07 PM
Xdak video pulak

..pergerakannya tu nampak macam patung hitam yang diletakkan atas pundak, dibawak berlari dan orang yang berlari tu tersandung dan jatuh tersungkur..

fK9JI-8TvWs?si=8p2oWY4R9LCGyVDt

Tinot7 Publish time 4-8-2024 03:43 AM

Kalau takde org fokus kat mana.. iols pun tak nampak.. nampaknya bigfoot tak berapa nak big

None68 Publish time 6-8-2024 10:31 PM

X cayalah bigfoot

None68 Publish time 9-8-2024 03:53 AM

Tak percaya la..
Pages: [1]
View full version: Kamera rakam gergasi berbulu berlari laju [Dunia]


ADVERTISEMENT