maklukpenggoda Publish time 30-7-2024 10:28 PM

Sadis, dicerai ketika ber 'live' di TikTok

Edited by maklukpenggoda at 31-7-2024 07:12 AM

KOTA BHARU: Seorang peniaga kosmetik dalam talian tidak menyangka suaminya sanggup menceraikannya dengan talak satu ketika dia bersiaran langsung di TikTok, Rabu lalu.
Nur Hazwani Mustapha, 37, berkata ketika sedang bersiaran langsung di rumahnya di Pasir Tumboh di sini, suaminya yang berusia 40-an datang dan memarahinya."Ketika itu kami bergaduh dan berlaku provokasi antara kami sebelum suami melafazkan cerai kepada saya.
"Suami kahwin dengan wanita lain April lalu, disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya. Pada mulanya, saya mahu menerima 'madu', namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.
"Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sehingga hati saya menjadi tawar," katanya dihubungi hari ini.
Terdahulu rakaman siaran langsung di TikTok wanieymustapha3 yang diceraikan suaminya tular dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Ibu empat anak itu berkata, hasil perkongsian hidup selama 10 tahun mereka dikurniakan dua anak berusia empat dan tujuh tahun.
Katanya, kerana mahu bersama suami dan menjaga keluarga dia sanggup berhenti kerja sebagai anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Demi suami, saya sanggup berhenti kerja kerana mahu berada di sisi suami, namun selepas 10 tahun ini yang saya dapat. Ketika awal perkahwinan, saya sanggup hidup susah bersamanya sehingga kehidupan kami berubah ke arah yang lebih baik, tetapi ini balasan saya dapat.
"Walaupun diceraikan ketika bersiaran langsung dengan 3,000 orang yang sedang melihatnya, saya reda dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak," katanya.
Menurutnya, dia lega selepas dilepaskan oleh suami dan mahu fokus kepada perniagaan kosmetiknya yang dibuat secara dalam talian.
Perceraian itu memberi hikmah apabila pelanggannya semakin bertambah dan dia mula dikenali berbanding sebelum ini.
"Biar apa orang nak kata, saya tidak kisah kerana mereka tidak mengalami apa yang saya hadapi. Saya harap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak," katanya.
BH

maklukpenggoda Publish time 31-7-2024 09:32 AM

7397292799172922625

dua_chzy Publish time 30-7-2024 10:43 PM

Hebat zaman sematfon tiktok ni. Boleh tengok cerai live.

noor2 Publish time 31-7-2024 04:16 AM

maklukpenggoda replied at 30-7-2024 11:21 PM


Knp dlm tiktok mcm makcik2 dah umur 50an ...

Yg mcm petir jerit2 tu laki dia ke..

Memalukan...

Purestteam1 Publish time 31-7-2024 04:49 AM

Sian anak²...

yangsemb Publish time 31-7-2024 06:55 AM

So embarrassing

Barebow77 Publish time 31-7-2024 07:22 AM

Dah kenapa gambar kat atas dengan dalam video lain nau gambarnya..orang yang samakan..udahlah bertengkar masing2 xnak kalah..sama2 nak ghoyak..jenoh nak pehe sebutir2..:curse:

otai_g Publish time 31-7-2024 07:30 AM

Huk aloh puok2 budu loney. Amerika!

makita Publish time 31-7-2024 08:10 AM

Okay lah tu serai masa live. Mudah nak bwk bukti kat mahkamah utk disahkan serai tu. Bukti ckup saksi pon terlebih ckup.

hasniey Publish time 31-7-2024 08:24 AM

Tengok tiktok ramai salahkan perempuan ni.katanya asik la bercerita hal rumah tangga kt live.agaknya sejak kena madu la kot.xde kawan,dia g cerita dlm live.last2 kena cerai pon masa live.nasib ko la kak

mrsamz Publish time 31-7-2024 09:33 AM

sepatah haram aku tak pahamm dia cakap apa dalam tiktok tu..choiii

ifanonline Publish time 31-7-2024 09:33 AM

asyik tiktok 24 jam, memang kena cerai la...cuba gie masak nasik dan goreng ikan kat dapur tu

dewi_rina Publish time 31-7-2024 09:54 AM

maklukpenggoda replied at 31-7-2024 01:32 AM


Muka selfie comel, muka dalam live walau dah berfilter nampak makcik sikit :shutup:

pokokmeranti Publish time 31-7-2024 10:07 AM

zaman dulu2 ramai pasangan ada ramai anak. org kata, klu hujan asik perap rumah. hari biasa nak keluar rumah pun bukannya ada apa. last2 romen dan romen. zaman skrg pasangan lebih byk hadap media sosial, lepak luar. buat pasangan mcm xde perasaan. maka xde hubungan kasih sayang. ini semua freemason dan illuminati yg sibukkan manusia dgn media sosial dan hiburan. ;P

bellaa Publish time 31-7-2024 11:12 AM

salah bod, i moved from ci to kongsi tular.

Bubbleguppy Publish time 31-7-2024 11:27 AM

maklukpenggoda replied at 31-7-2024 09:32 AM


Lain kali letak subtitles..tak paham:curse:

Sendawg Publish time 31-7-2024 03:11 PM

mrsamz replied at 31-7-2024 09:33 AM
sepatah haram aku tak pahamm dia cakap apa dalam tiktok tu..choiii

Pertengkaran suami isteri....... Tapi based on the video apparently suami tak senang ex dia ni duduk bukak aib pasal rumah tangga. So dia fedup dia cerai talak satu.

hokeypokey Publish time 1-8-2024 04:44 PM

Nk membawang, tapi tak faham diaorg ckp apa

felinecat Publish time 9-8-2024 06:37 AM

Suami Garik kawen dua,kalau kaya xade la bini 24 jam Kene keje buat live,ini miskin, xsedor diri, bukannya menambah duit tp menambah bini aje kejenye

Jikookie Publish time 12-8-2024 10:01 AM

Tak faham dorang cakap apa, mungkin sebab terjerit2 camtu. Dah la yg lelaki pun suara macam perempuan. Pening aku dengar
Pages: [1] 2
View full version: Sadis, dicerai ketika ber 'live' di TikTok


ADVERTISEMENT