CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6416|Reply: 19

Bincang Kedai Kopi: Cloud Computing

[Copy link]
Post time 7-4-2011 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Salam kengkawan semua,

Saya dengan merendah diri untuk mengajak kengkawan secara santai borak kedai kopi tentang cloud computing.

Syarat borak kedai kopi:
a) Diutamakan penggunaan bahasa melayu sepenuhnya atau bahasa pasar atau bahasa sesama kita umumnya di kedai kopi agar semua orang mudah paham sepenuhnya
b)Sebarang perkongsian pautan adalah dihargai tetapi perlu dgn huraian dari anda sendiri khususnya bagi pautan URL dalam bahasa yang bukan bahasa melayu. setakat tepek URL pastu blah nenek aku pom boleh wiki
c) Jangan memalu untuk memasing memberi pandangan/berkongsi pengetahuan.. salah pom takpe ..nama pom borak kedai kopi so kalu ada salah meh reramai leh betulkan..tiada masalah andai anda ingin bermula dengan ayat "setau aku cloud computing nie..bla.bla..bla...blaa.."
d)Di sini tiada siapa 'Encik Betul' , 'Encik Serba Tau' , 'Makcik Tak boleh ngaku salah' dah sewaktu denganya.. ini hanyalah borak kedai kopi secara terbuka.

Objektif borak kedai kopi ini:
a)Mari kita reramai berkongsi pengetahuan tentang isu yang dibincangkan dalam suasana mudah paham
b)Terdapat banyak rujukan di internet bukan dalam bahasa melayu so untuk memahami dengan lebih moga dapat dibincangkan bersama secara lebih mendalam dan bukan gaya 'burung kakaktua'
c)Sebenarnya aku pom xpaham cloud computing ini jadik aku open discussion di sini
d) So orang yang tak paham seterusnya boleh rujuk kat sini.


Oleh yang demikian saya mula dulu. Sebenarnya sejak akhir taun lepas aku sukarela untuk mengetahui belajar/baca untuk pahamkan apa itu cloud computing. Terlalu banyak rujukan dalam tenet setelah di Google tapi bagi aku..semuanya macam 'subjektif', konsep..teori.. memang ada study chase yg real scenario.. tapi pepikir balik..rasanya kenapa sekarang baru glamer n dipanggil cloud computing.. so far yang aku faham & explain dekat aku yang cloud computing nie.. so untuk permulaan ini antara persoalan dari saya:

a) Apa perbezaan jika sendiri punya host/running server untuk kegunaan sendiri di mana sama jugak kalu di'cloud computing' pom kita tetap akses dgn konsep/cara yg sama jugak? tolak tepi semua bab bab isu macam letrik, maintainance, kemaskini etc. Kira ayat kedai kopi, aku mampu utk host aku punya private server dalam umah aku mengapa perlu pentingnya aku kena cloud computing?

b)Bagaimana dengan security policy? contoh jika selama ini aku running aku punya mail server, sekali nak kena pacak server kat 'cloud computing' so kalu ada 'tangan ghaib' tgk video ehem ehem aku atau lelain dokumen peribadi camana? Bagi aku..as long as benda namanya hardware & software ...security leaking memana pom ada potensi..

c)Cloud computing menggunakan internet sebagai platform.. sama gak cam selama nie aku pacak server sendiri pom aku guna internet jugak utk keje keje aku cam check email, file sharing dan semuanya yg kita selama nie biasa buat dlm tenet.

d)Server aku punya user pom bukannya global, paling busuk pom katakan seluruh Malaysia aje..adakah perlu di cloud computing kan? Mengapa aku bandingkan kalu user seluruh dunia. Contoh kononnya cam semua user blackberry seluruh dunia datanya di simpan atau penggunaan aplikasi di server blackberry kononnya di uganda.. hanya satu negara untuk seluruh dunia..mungkin berbaloi kot utk di cloud computing kan..

e) Ermm..kesimpulannya bagi aku cloud computing nie macam VPN jah.. mengapa aku perlu host pada orang lain sekiranya dari segi kemampuan, kepakaran, infrastruktur semua aku dah ada...perlu sangat ke aku kena berubah ke cloud computing?

f)hUhuhu..atau sebenarnya aku xpaham lagi apa itu cloud computing... huhuhuhu


terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 02:15 PM | Show all posts
wah ketat sungguh syarat nak bersembang kat kedai kopi kau nih. macam2 syarat kau letak. tajuk tak berapa interesting plak tu.

mcm ni lah. ko sembang la sorang2 ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 04:40 PM | Show all posts
wah ketat sungguh syarat nak bersembang kat kedai kopi kau nih. macam2 syarat kau letak. tajuk tak b ...
AbangSidi Post at 7-4-2011 14:15



    Yea, terima kasih AbangSidi.. kalu bab bab ilmiah+teknikal nie ...malas nak semak kepala dgn ayat ayat kopi tambah + cut n paste pastu blah.. cut n paste bahasa german pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 09:57 AM | Show all posts
Yea, terima kasih AbangSidi.. kalu bab bab ilmiah+teknikal nie ...malas nak semak kepala d ...
webxcrawler Post at 7-4-2011 16:40



   itulah. nampak gayanya kalau nk bincang bab2 ilmiah ni kenalah ke tempat yg betul. Kalau kat forum mcm ni faham2lah. Rakyat malaysia kita lebih suka bincang psl gosip2 artis dll berbanding topik ko nih. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 11:31 AM | Show all posts
Cloud computing?

masa aku kerja sebagai programmer project manager aku ada bincang pasal cloud computing ni. but then aku pon tak berapa clear pasal cloud computing nih. then kepala otak fikir banyak kerja nak kena setel, then tak ambil port.

but bila sambung degree, timbul balik dalam kelas XML. I think benda ni ada kena mengena dengan semantic web di mana website, system or what so ever di park pada beberapa server but if one server down, other server will provide the way untuk accessing the particular website. anyone?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2011 05:59 PM | Show all posts
Cloud computing?

masa aku kerja sebagai programmer project manager aku ada bincang pasal cloud computing ni. but then aku pon tak berapa clear pasal cloud computing nih. then kepala otak fikir banyak kerja nak kena setel, then tak ambil port.

but bila sambung degree, timbul balik dalam kelas XML. I think benda ni ada kena mengena dengan semantic web di mana website, system or what so ever di park pada beberapa server but if one server down, other server will provide the way untuk accessing the particular website. anyone?
dune1989 Post at 8-4-2011 11:31


Salam dune1989,

Thanxs for your input.really appreciate it. Maybe project manager anda masa tu dok bincang camana nak jual ini barang kat Malaysia nie kot.. same goes on my side.. tapi kalu nak target gov sec.. rasanya memang banyak 'con' lah as kita sendiri pom doubtful huhuhu... anyway MAMPU sendiri pom tak endorse @ kasik 'moral support' utk gov sec so benda nie senang citer konpom lah xleh jual punya unless depa dah roll out IT policy utk gov sec. Ok itu jika dari scope gov sec, let say dari segi sendiri, kompeni, bapak aku punya harta etc huhuhu...  aku pom kekadang dok pikir gak sama cam gov sec seperti mana sket sket dah hurai di awal posting...

Dari segi sematic web system, backup/mirrow server etc itulah...aku rasa concept cloud computing nie cam sama aje or maybe just diberi penjemaan semula huhuhu.. yup! dari segi green eco concept memang baguslah..kita pakat centralised setempat pakai satu data center utk cover visitor/user dari seluruh dunia huhuhu.. but bila in term of security n privacy hohohoho... but sometimes kalu user/visitor takat hanya dari 0.5% dari semua jumlah internet user dari seluruh dunia @ atau hanya dari dalam negara sendiri jah huhuhu.. baik pacak server sendiri belakang peti ais huhuhu... kalu user dari seluruh dunia a.k.a cam server youtube ke blekberi ke gmail etc berbaloi lah huhuhu... so sometimes aku nak cakap huhuhu..kalu running bisnes web hosting maybe aku kena pikirkan sebaik mungkin:p


Anyway thanxs RedMage for video sharing huhuhu... nanti ada masa saya beri input dari saya pulak huhuhu nie type sesambil tunggu masa mau balik tidooo pulak huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 02:07 AM | Show all posts
Salam dune1989,

Thanxs for your input.really appreciate it. Maybe project manager anda masa t ...
webxcrawler Post at 19-4-2011 05:59 PM


ur welcome.. saya quite berminat dgn perkara ini.. something new in Malaysia.. lepas tgk video redmage tepek tadi, baru paham dan clear term cloud computing... nmpk macam new potential business utk boomkan.. but then nak convince social, private, gov tentang this product should be another matter to be consider unless mcm kamu cakap gov or private ada nampak kepentingan utk mereka.. rasanya negara kita masih tak berapa nak rely on online system untuk all the time expect bila time dapat gaji.. for example Maybank2u, bila time akhir bulan masa orang ramai dapat gaji, system pernah busy dan sukar nak access.. But then, the other time macam tengah bulan.. relaks aje..

tapi itu la kat Malaysia macam tak berapa nak berguna la concept cloud nih.. except utk banking punya online system..kalau down, ratus2 mencarut hehe.. kalau kat negara luar macam amerika, most of the time dorg rely on internet.. that why cloud computing kat sana possible..sini? nak buka maybank2u pon ada yg tak reti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 01:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by meritokrasi at 23-4-2011 13:16

Ini ialah video penerangan tentang Cloud Computing yang sangat menarik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2011 01:06 PM | Show all posts
Ini ialah video penerangan tentang Cloud Computing yang sangat menarik.
meritokrasi Post at 23-4-2011 13:14


Huraian yang anda fahami wahai encik meritokrasi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 05:00 PM | Show all posts
muahahaha...bg korang cloud computing is still new especially in mesia..bgku dah buhsan dgn cloud computing...
Pjg tul prasyarat TT nih...tp yg aku leh terima point ngko yg terakhir
"f)hUhuhu..atau sebenarnya aku xpaham lagi apa itu cloud computing... huhuhuhu"

kalo takat browse internet, email, file sharing...hanya below10% aje related with cloud computing...the major impact is, mcm mana nak bukak application tanpa menggunakan sebarang client apps di local pc (notebook, desktop, workstation and etc)...
Contoh application yg sgt general adalah microsoft office...
Jikalau guna cloud computing infra nih...client local pc boleh buka microsoft word, excel, powerpoint and etc tanpa install dlm local pc...contoh dlm 1 lab ada 30 pc...kalo guna cloud computing infra...semua 30 pc leh access and bukak application like normal...jika tanpa menggunakan cloud computing...setiap pc kena install microsoft office..and license pula kena beli utk 30 pc...atau a bundle of licensing...tapi cost pulak?

Objective of cloud computing adalah how to process the data via online with a minimal cost...google document baru nak buat...tapi google offer service yg amat terhad...
The master of cloud computing adalah CITRIX...apa2 jenis application semua boleh dicloudkan...(diawankan ) Pioneer of cloud computing server application...windows baru terhegeh2 nak kuar product sendiri...iaitu..Windows Azure (mcm nama pompuan plak)

Security
======
Isu mengenai security model, no problem and more secure...
saper yg2 ada access...dia ikut profile tersendiri...then kiter takleh tgk profile owang...
Sebagai contoh..kowang perasan tak saper2 bukak akaun HSBC...akan diberi Vasco Token...device dia kecik aje ada screen and satu button...tekan jer button keluar nombor 6 digit...byk kali tekan, nombor berbeza akan appear...bila masuk nombor itu dr vasco token ke dlm hsbc web portal akaun...CITRIX akan verify and authenticate the logon credential from customer (end user)...benda nih leh elak dr phishing...

Soalan dr ngko
===========
a)Kira ayat kedai kopi, aku mampu utk host aku punya private server dalam umah aku mengapa perlu pentingnya aku kena cloud computing?
Terpulang pada individu...kalo rasa tak penting takyah buat cloud computing atau server sekalipun...tp ada yg berpendpt amat perlu...kalo concern about client pc spec dia rendah ke...concern about diskspace issue ke...rasa mcm tak perlu nak install byk2 mcm2 apps dlm local pc ke lebih2 lagi netbook...so setuplah cloud computing

b)Bagaimana dengan security policy? contoh jika selama ini aku running aku punya mail server, sekali nak kena pacak server kat 'cloud computing' so kalu ada 'tangan ghaib' tgk video ehem ehem aku atau lelain dokumen peribadi camana? Bagi aku..as long as benda namanya hardware & software ...security leaking memana pom ada potensi..

Dah jawab kat atas tuh

c)Cloud computing menggunakan internet sebagai platform.. sama gak cam selama nie aku pacak server sendiri pom aku guna internet jugak utk keje keje aku cam check email, file sharing dan semuanya yg kita selama nie biasa buat dlm tenet

Tak semestinya internet...intranet pun boleh dan lagi laju...

d)Server aku punya user pom bukannya global, paling busuk pom katakan seluruh Malaysia aje..adakah perlu di cloud computing kan? Mengapa aku bandingkan kalu user seluruh dunia. Contoh kononnya cam semua user blackberry seluruh dunia datanya di simpan atau penggunaan aplikasi di server blackberry kononnya di uganda.. hanya satu negara untuk seluruh dunia..mungkin berbaloi kot utk di cloud computing kan..

Tadi aku kasi contoh HSBC world local bank...nama ajer world tp masih kena ikut polisi tempatan yg termaktub dr bank negara mesia ..kalo betul2 nak world...oil n gas company iaitu Shell...mmg 100% utilize pakai cloud computing...

e) Ermm..kesimpulannya bagi aku cloud computing nie macam VPN jah.. mengapa aku perlu host pada orang lain sekiranya dari segi kemampuan, kepakaran, infrastruktur semua aku dah ada...perlu sangat ke aku kena berubah ke cloud computing?
Salah, VPN itu hanya network channel sahaja utk secure and clasify data connection...usually private company selalu buat...kite pun leh setup melalui streamyx...berlambak2 software ada..checkpoint ke netscreen ke dan mcm2 lg...
Tanpa VPN pun leh buat cloud computing...contohnya company HP ...support mcm2 customer...like BMW, VW, rolls royce dan mcm2 lg...each customer mempunyai security model yg berlainan...sbg vendor? kena setup VPN login via jump server utk masuk ke dlm customer environment office utk support server and etc...yg termaktub dlm business contract.. walaupun customer menggunakan software yg termurah atau pree...tp kena access melalui secure channel...

f)hUhuhu..atau sebenarnya aku xpaham lagi apa itu cloud computing... huhuhuhu
Aku dah jawab permulaan diatas

Sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 12:07 PM | Show all posts
Reply 12# mrsakit

baru ada lampu sikit.... tgk tajuk, xphm langsung. hahaha... good info.

mula baca post atas, byk data dlm byk server ntk support, dh bunyi mcm torrent (leech/seed) lak. last2 baru paham...

kompeni tmpt keje aku ada VPN (erk, sama ke dgn VNC?), Citrix, SAP, Aventail, ... so, agaknya mmg ada sikit guna cloud computing kot.
tp mmg intranet, kalau dari rumah mmg kena aventail dlu, baru boleh masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 07:21 PM | Show all posts
wah ketat sungguh syarat nak bersembang kat kedai kopi kau nih. macam2 syarat kau letak. tajuk tak b ...
AbangSidi Post at 7-4-2011 14:15



    he he ..tergolak aku tgk posting ko...tapi betul lar tuh byk sgt limitation dan rules dia..but dont forget this...Rules are mostly made to be  broken
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 07:31 PM | Show all posts
muahahaha...bg korang cloud computing is still new especially in mesia..bgku dah buhsan dgn cloud co ...
mrsakit Post at 26-4-2011 17:00



    thanks for the torchlight...nak tanya..pasal license utk software tu..ada limitation tak kalau guna cloud computing? lets say kalau beli 5 licenses, dgn environment cloud nih, boleh guna utk lebih 30 computer ke? atau hanya boleh guna utk 5 komputer pada satu2 masa tak kira kat mana PC tu ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 12:38 AM | Show all posts
thanks for the torchlight...nak tanya..pasal license utk software tu..ada limitation tak kalau guna cloud computing? lets say kalau beli 5 licenses, dgn environment cloud nih, boleh guna utk lebih 30 computer ke? atau hanya boleh guna utk 5 komputer pada satu2 masa tak kira kat mana PC tu ada.
wirazam Post at 28-4-2011 19:31


30 computer tu contoh jer...walhal takde limitation pun nak guna cloud computing..advantage dia kat situ...tp network bandwidth kena mantap bg sape guna WAN..LAN mungkin takde masalah...recommend 1Ghz speed based on network card...minimum 10mb base...5 license tu dah byk tuh...1 pun dah cukup...kalo rasa berat server nak handle client...barulah setup server baru lagi and tambah license lg satu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 02:17 AM | Show all posts
muahahaha...bg korang cloud computing is still new especially in mesia..bgku dah buhsan dgn cloud co ...
mrsakit Post at 26-4-2011 05:00 PM


i see, thanks for explaination.. that mean ianya bukan macam mirror server la eh?
tapi berminat nak tengok the actual things or application using the cloud computing..
jauh lagi ilmu IT nak diterokai, however bidang aku study currently multimedia bukan IT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2012 11:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by metalique at 21-6-2012 11:53

Salam. nak tanye pada sape2 yang tau.. aku ader server, ade Public IP, boleh hosting,.. ade tak cara aku nak buat Cloud secara PERCUMA sebijik macam Google Drive / Dropbox?... yang penting boleh auto sync file..... tolonggg
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 09:52 PM | Show all posts
Contoh application yg sgt general adalah microsoft office...
Jikalau guna cloud computing infra nih...client local pc boleh buka microsoft word, excel, powerpoint and etc tanpa install dlm local pc...contoh dlm 1 lab ada 30 pc...kalo guna cloud computing infra...semua 30 pc leh access and bukak application like normal...jika tanpa menggunakan cloud computing...setiap pc kena install microsoft office..and license pula kena beli utk 30 pc...atau a bundle of licensing...tapi cost pulak?


mrsakit Post at 26-4-2011 17:00


masih xpaham..

okeh secara fizikalnya.. adakah cloud computing nih sejenis server????

sbb apa yg saya faham yg Qoute di atas tuh...

katakan perisian Microsoft Office setup (install) di server (cloud computing)... ini bermaksa
PC Client yg ada connection dgn server (cloud computing), boleh membuka dan running application di PC client tanpa instalasi..
Adakh betul apa yg saya paham nih??


saya tak tahu plak selama nih... Microsoft Office bleh shared resource macam tuh sekali.. cooll
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 02:21 PM | Show all posts
Hi & Assalamuaikum,

Nama saya ialah Rozila Ismail. Saya adalah pelajar ijazah lanjutan di Wawasan Univesity Open dan saya ingin meminta bantuan anda untuk penyelidikan bagi projek akhir tahun saya. Saya sedang mencari input untuk kaji selidik mengenai topik "Cloud Computing Acceptance in Malaysia". Jika anda dapat meluangkan masa selama beberapa minit untuk menjawab kaji selidik saya, amatlah saya hargai. Saya mohon maaf kerana Kaji selidik saya ini adalah dalam Bahasa Inggeris, tetapi input anda berikan amat saya perlukan. Saya harap anda dapat menjawab kaji selidik ini. Jika ada apa-apa soalan berkenaan kaji selidik ini yang anda tidak paham sila kemukakan di forum ini.

Terima Kasih

Dibawah adalah link untuk borang kaji selidik saya :

https://docs.google.com/forms/d/ ... KcjV-iuK1o/viewform



Terima kasih.
Rozila Ismail

Pautan untuk mengkaji Soal Selidik di bawah.

https://docs.google.com/forms/d/ ... KcjV-iuK1o/viewform
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:22 AM | Show all posts
Lavender_119 posted on 5-4-2013 02:21 PM
Hi & Assalamuaikum,

Nama saya ialah Rozila Ismail. Saya adalah pelajar ijazah lanjutan di Wawasan ...

Done. mana upah seploh ringgit?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066241 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list