YgBenar Publish time 12-7-2024 10:26 AM

No Wedding, takde (tak ada) kahwin" dan "Jangan kacau saya. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menafikan khabar angin bahawa baginda bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.



Melalui muatnaik di Instagram, @this.7, Tengku Hassanal Ibrahim bagaimanapun meminta semua pihak menghormati keputusan dan privasinya berhubung hal peribadi termasuk soal perkahwinan.

"Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya.

"Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.

"Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai," titahnya.

Pada masa sama, Tengku Hassanal Ibrahim menegaskan buat masa ini baginda komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara, dan akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Dalam catatan seterusnya di Instagram, Tengku Hassanal menulis "No Wedding, takde (tak ada) kahwin" dan "Jangan kacau saya.

www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1270267/tak-ada-kahwin-tengku-mahkota

duri_durians Publish time 12-7-2024 10:47 AM

kenapa sampai macam ni. rasa kelakar pula ;P

amyza Publish time 12-7-2024 10:48 AM

Marah mak nye lah, sapa suruh canang merata :lol:

supernaturalee Publish time 12-7-2024 10:49 AM

sape kacau anak teruna niiii

biase tu


;P

Wenpa Publish time 12-7-2024 10:52 AM

Anak raja aper niee :I:I:I

mawarkhayalan99 Publish time 12-7-2024 11:00 AM

aik masalahnya mak heols yg bunyikk

Cyempaka Publish time 12-7-2024 11:02 AM

amyza replied at 12-7-2024 10:48 AM
Marah mak nye lah, sapa suruh canang merata

a ah kan mak dia yang canang merata. siap bagitau bakal menantu dah belajar masak makanan kegemaran anak dia la..
anak dara dia dgn sorg lg anak teruna tu pun mak dia yg bagitau kat socmed kawin sekian sekian..
tiber rakyat jelata yg kena :$

chandrahusin Publish time 12-7-2024 11:05 AM

ada reels Tengku Hasanal ni lalu kat FB aku
Tengku tegur pempuan2 keliling dia suruh diam
pempuan2 tu tak diam pun
malah gelak2 lagi
tak malu ke
tak nmpak muka pun
boleh tau tak behave lgsg msg2

bettyboops Publish time 12-7-2024 11:19 AM

Tell your bonda la YH.

Yang bukak molot bagitau hint ada two weddings next year segala-mala tu Pon was your bonda.

becir Publish time 12-7-2024 12:57 PM

maksudnya heols ni rebel against the mother la..insinuate dia tak berkenan calon yg mak dia canang tu...silap hb dia ni tak minat kawen or whatever or..:lol:

black_handbag Publish time 12-7-2024 12:59 PM

nape tetiba jangan kacau sy. ko dah putus ke apa

Lolalala Publish time 19-7-2024 11:45 PM

bettyboops replied at 12-7-2024 11:19 AM
Tell your bonda la YH.

Yang bukak molot bagitau hint ada two weddings next year segala-mala tu Pon ...

Katanya yg kawin tu 2 adiknya. Dia x nak yg dicadangkan. So kita tengok la macam mana. Esok heolls datang sorg wakil pahang hari pertabalan.

awex^returns Publish time 21-7-2024 01:33 PM

THIS tanak try anak SB ngan Azrinaz ke
Makin molek nampak kat pertabalan Agong

Namplawan123 Publish time 24-8-2024 07:55 AM

black_handbag replied at 12-7-2024 12:59 PM
nape tetiba jangan kacau sy. ko dah putus ke apa

Dengan sapa dowhh dia kapel? Spilllllll!!!
Pages: [1]
View full version: No Wedding, takde (tak ada) kahwin" dan "Jangan kacau saya. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal


ADVERTISEMENT