"Jantan Tak Guna" - Berbalas-Balas Perkataan, Memberikan Jawapan Jujur Dan Straightforward!
https://i.ibb.co/T8WqfcF/cy-YLHMc1-Whats-App-Image-2023-03-02-at-7-55-45-PM-1.jpgKadang-kala, jawapan yang diberikan tidak dapat dijangka dan boleh mencetuskan tawa kepada sesiapa yang mendengar.
Tidak kurang juga ada segelintir kanak-kanak akan menjawab berdasarkan pengetahuan atau apa yang mereka biasa lihat dan dengar.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @abdraffik, sekumpulan kanak-kanak dilihat bermain satu permainan sambung perkataan di sebuah majlis hari jadi.
Melalui video itu, seorang individu dewasa yang berpakaian seperti badut sedang mengendalikan permainan tersebut bersama sekumpulan kanak-kanak.
Apa yang menjadi perhatian adalah jawapan kanak-kanak lelaki di akhir video berkenaan yang dilihat terlalu jujur dan lawak sehingga memecah tawa kepada individu yang mendengar.
Pada mulanya, lelaki dewasa itu bertanyakan soalan kepada kanak-kanak lelaki yang pertama untuk menyambung perkataan ‘buku’.
Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya menjawab ‘buku sekolah’. Selepas memberikan jawapan tersebut, lelaki dewasa berkenaan meminta seorang kanak-kanak perempuan pula menyambung perkataan ‘sekolah’.
Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya menambah perkataan saya menjadikan jawapan akhirnya ‘sekolah saya’.
Kemudian, seorang lagi kanak-kanak perempuan menyambung perkataan saya dengan memberikan jawapan ‘saya cantik’.
Jawapan kanak-kanak perempuan itu membuatkan tetamu yang hadir ketawa mendengarnya kerana tidak menyangka jawapan sebegitu yang keluar daripada mulut kanak-kanak berkenaan.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah jawapan sambungan kanak-kanak lelaki selepasnya apabila menyambung perkataan ‘cantik’.
“Cantik ke?” jawab kanak-kanak lelaki itu.
Jawapan itu nyata mengejutkan ramai pihak hingga mereka ketawa besar malah lelaki yang mengendalikan acara itu turut ketawa hingga terbaring mendengarnya.
Pada masa yang sama, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat merenung lama kepada budak lelaki itu.
Rupanya Balas Dendam Lepas Kanak-Kanak Perempuan Jawab ‘Batman Busuk’
Menerusi video berasingan, difahamkan jawapan spontan kanak-kanak lelaki itu disifatkan sebagai balasan kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.
Ini kerana di dalam video itu, budak perempuan berkenaan sebelum ini memberi jawapan ‘batman busuk’ ketika dia menyambung jawapan kanak-kanak lelaki berkenaan yang kebetulan mengenakan baju superhero itu.
Pemain Lain Turut Beri Jawapan Yang Menghiburkan
Selain daripada jawapan dua kanak-kanak berkenaan, ada pemain kanak-kanak perempuan lain yang turut memberikan jawapan yang menghiburkan para tetamu.
“Jantan?” tanya lelaki itu.
“Jantan tak guna,” jawab kanak-kanak perempuan berkenaan.
Jawapan berkenaan nyata menghiburkan orang ramai yang mendengar. Malah, ketika ditanya mengapa memberi jawapan sedemikian, kanak-kanak berkenaan menjelaskan dia tidak tahu perkataan yang sesuai untuk menyambung perkataan ‘jantan’ itu.
Pengguna TikTok Terhibur Dengar Jawapan Kanak-Kanak Lelaki
Ketiga-tiga video yang telah mengumpul lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok.
Rata-rata terhibur mendengar jawapan kesemuanya yang dilihat seolah-olah saling berbalas antara satu sama lain.
Malah, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini merupakan golongan yang jujur dan tidak pandai menipu selain cepat belajar daripada persekitaran. 7388865207411445012 7388864168054492434 7388862459181829396 https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/kanak-kanak-jujur_netizen_4.jpg https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/kanak-kanak-jujur_netizen_2.jpg https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/kanak-kanak-jujur_netizen_5.jpg https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/kanak-kanak-jujur_netizen_6.jpg Kepris berguna ke tak?
Kalo mak dolu2 dh kena lempang bdk2 ni mojarean_X replied at 10-7-2024 10:39 PM
Kalo mak dolu2 dh kena lempang bdk2 ni
begitula generasi skg. main games pon sebut benda direct je xde perkataan molek2 dah mcm dulu zaman dulu2 pun dah teruk
tengok didikan mak pak mcm mana
teringat jiran aku bebudak lg masa tu selamber je mencarut benda dlm kain
Ini gosip apa setan How is this gosip?
Sape retis?
TT ni mmg otak mereng ke hape?
Dah la dok reply pat ratus kali kt thread sendiri.
Dengan dah bape MN die buat Tak paham, nak maki orang ke nak tunjuk budak-budak tu buat lawak? Pagi2 buta ni bertambah blurrrr farra inalis tu sape? Comel btul suara budak yg sebut cantik ke? AbukRokok replied at 11-7-2024 09:42 AM
farra inalis tu sape?
dia suruh melutut sembah ratu
7364717348034481415
Nape masuk bod gosip? clown tu artis kehhhh? tiberrrrr Lulu_717 replied at 11-7-2024 12:14 PM
Nape masuk bod gosip? clown tu artis kehhhh? tiberrrrr
clown ialah artis dan performer katanyehh tiberrr :mad:
https://i.ibb.co/NSnRbJr/image.png
Pages:
[1]
2