jin9708 Publish time 3-4-2011 09:46 PM

Kapal Perang Jepun Tetap Lawat Malaysia

cukup saya terharu apabila baca news ini.tak sangka jepun masih sanggup nak datang ke negara kita.{:1_152:}
http://www.asobserver.com/2011/04/kapal-perang-jepun-tetap-lawat-malaysia.html

oleh:Khoo Jin Kiat
 
 Kuala Lumpur 3hb April:Walaupun Jepun berdepan dengan krisis bencana alam yang serius,namun dua kapal perang Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun masih tetap membuat lawatan kepada Malaysia pada 1hb April yang lalu.
 
 Asean Security Observer satu-satunya media dijemput untuk membuat lawatan ke atas dua kapal perang tersebut yang berlabuh di Glenn Cruise Terminal Klang.
 
 Dua kapal tersebut adalah JS Hamayuki(DD 126) dan JS Hamagiri(DD-155).Dua kapal tersebut berlepas dari Etajima Jepun pada 19hb March dan selamat tiba di Malaysia pada 1hb April.
 
 JS Hamayuki dan JS Hamagiri membentuk armada latihan tahunan JMSDF untuk tahun ini dan dua kapal ini datang dari Skuadron Pengiring yang ke 14 yang berpangkalan di Maizuru.
 
 Pegawai Staf Skuadron Pengiring yang ke 14 Lt Commander Keita Ikeda berkata,mereka tidak menerima sebarang arahan untuk membantalkan lawatan tersebut malah misi yang diberi kepada dua kapal ini adalah untuk menjalin hubungan dua hala Jepun dan Malaysia.
 
 Difahamkan selepas bencana gempa bumi berlaku di Jepun,kerajaan Jepun hampir membantalkan sebahagian besar aktiviti Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun untuk diaturgerakan untuk melancarkan operasi bencana alam.
 
 Namun,lawatan JS Hamayuki dan JS Hamagiri masih diteruskan sebahagian di luar jangkaan semua pihak termasuk kedutaan Jepun dan rakyat Jepun yang tinggal di Malaysia.
 
 Ini jelas membuktikan Jepun masih mengambil berat hubungan dengan Malaysia dan perlu ditegaskan di sini ialah kedua-dua kapal sememangnya berlayar dari Jepun terus menuju ke Malaysia dan balik semula ke Jepun selepas ini.
 
 Di sini kita dapat melihat betapa seriusnya kerajaan Jepun menjalinkan hubungan akrab dengan Malaysia.
 
 Tambahan pula,Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak juga membawa usul kecemasan di Parlimen untuk mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun di Dewan Rakyat pada 17 March 2011 yanag lalu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah Malaysia.
 
 Malah, Najib Tun Razak juga mengutuskan surat khas sendiri kepada Perdana Menteri Jepun Naoto Kan untuk menyampaikan mesej keprihatin kerajaan dan rakyat Malaysia.
 

TuntungReturn Publish time 3-4-2011 10:34 PM

jepun ngan malaysia jadik kawan baik sampai bila2.

Tottot89 Publish time 3-4-2011 11:12 PM

ek....??bagusla lau cenggitu

cmf_yipun78 Publish time 5-4-2011 07:56 AM

xde sesapa yang berpeluang amik pic ke?

alphawolf Publish time 5-4-2011 08:38 AM

Jin aje la sebab dia kata dia aje wakil tunggal media mesia....

shahtar Publish time 5-4-2011 10:09 AM

http://www.deagel.com/library1/medium/m02008012300005.jpg JDS Hamagiri...Asagiri class destroyers...


http://www.deagel.com/library1/medium/m02008012000018.jpg

JDS Hamayuki...Hatsuyuki class destroyers...

gede-bab Publish time 7-4-2011 12:33 PM

baguslah kita berbaik dengan Jepun....walau Jepun jajah Malaya denga kejam dulu..

masih ingat lagi sewaktu zaman Dr. Mahathir..perdana menteri Jepun melakukan lawatan ke negara2 asia dan dalam setiap negara yang dilawati PM jepun akan mohon maaf atas ketelanjuran tentera Jepun sewaktu perang Dunia 2...tapi bila sampai kt Malaysia Dr. Mahathir kata Jepun tak perlu minta maaf...kerana PD 2 dah jadi sejarah...

semua pihak terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir...terutama negara barat....

jazim Publish time 7-4-2011 06:44 PM

Reply 6# shahtar

Ni old skool punya design ni...tapi boleh la untuk tambah strength pasukan permukaan.

ejack85 Publish time 11-4-2011 04:34 PM

bila negara kita nk ada frigate mcm tu.........ngpv batch ii pun mungkin tak setanding ngan kapal jepun ni,,,,,,,,,

jazim Publish time 11-4-2011 11:08 PM

bila negara kita nk ada frigate mcm tu.........ngpv batch ii pun mungkin tak setanding ngan kapal je ...
ejack85 Post at 11-4-2011 16:34 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kapal ni sebenarnya dah masuk kelas pembinasa, bukan friget lagi sebab saiz, berat dan sistem persenjataannya. Tapi sekarang ni garis pemisah antara kapal friget dgn pembinasa dah makin kabur....

en_halil Publish time 12-4-2011 11:49 PM

bagus la berkawan dgn jepun.. dari indon tu..cit!!
Pages: [1]
View full version: Kapal Perang Jepun Tetap Lawat Malaysia


ADVERTISEMENT