izsyraf Publish time 3-4-2011 12:36 AM

Cinta Di Teratak Anna-[U]

Post Last Edit by Jaza2008 at 4-4-2011 14:48

kat sini nak tulis penulisan bleh main bukak je ke thread?maaf orang baru..hehehe

cmf_blingblings Publish time 3-4-2011 02:05 AM

boleh, buka aja...
selamat datang ke rumah penulisan

suyfea Publish time 3-4-2011 08:39 AM

hi Iz ... bila nak mula penulisan ?

duwaira Publish time 3-4-2011 12:27 PM

tajukdah sedap..nak tgk jln cite plak..

kasi sinopsis dulu ke

izsyraf Publish time 3-4-2011 06:42 PM

hahaha..sori2...ari ni(ahad) ade liga netball kat kampung iz...:) jap da ade pun...nanti letak.. bismillah...err...ni penulisan pertama..

kiwibenz Publish time 3-4-2011 06:47 PM

dulu ada penulis blog cinta diteratak anna kan.. terkezut baca tajuk umah ni

izsyraf Publish time 3-4-2011 06:53 PM

Post Last Edit by izsyraf at 8-4-2011 23:40

Hujan renyai-renyai membasahi bumi malam ini. Terasa sunyi menikam kalbu. Unggas-unggas ceria bersahutan. Cengkerik tak lupa mengharmonikan suasana. Terkadang disampuk bunyian burung di tebing teratak. Tikus berlari bersuka ria meraikan suasan hening di tingkat atas. Seperti biasa, anna keseorangan di rumah. Terkebil-kebil menanti esok pagi. Moga esok ada hari yang indah. Desis hati anna.

Di teratak usang ini, anna memerhatikan suasana. Terdetik di hati..
"ini syurga ku di dunia rupanya. artistik sungguh!"
Monolog yang kadang-kadang terjadi, buat anna terfikir tentang kehidupan yang sementara ini. Indahnya kehidupan makhluk manusia ini sebenarnya. Jika diguna sebaiknya.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _

"kau, aku bagi aku adik aku pada kau, aku suruh jaga elok-elok..pang!!!"
Kenangan itu terimbas kembali di dalam benak fikiran anna. Sudah hampir 16 tahun perkara itu berlaku dan belalu. Tetapi umpama tayangan mega yang sentiasa tersiar di dalam fikiran. Mana mungkin boleh luput dari memori kecil anna ini. Dan memori itu terpahat di teratak ini.

Tika itu anna kanak-kanak kecil berumur 4 tahun. Tak semena-mena anna meluru berlari ke arah ayahnya yang baru sebentar tadi diherdik keras oleh bapa saudara anna. bercucuran airmata anna menahan rasa sebak di hati. Ah! apalah kanak-kanak berumur 4 tahun seperti anna fahami tentang peristiwa ketika itu.
"Abah, jangan gaduh-gaduh, jangan marah abah"pujuk anna pada kelompok dewasa tersebut.

Kalaulah ketika itu anna mampu berfikir secara rasional pasti akan anna mencelah membahaskan isu itu. tetapi 4 tahun? Kipas dan lampupun belum tentu boleh dibezakan.Sambil memeluk kaki ayahnya, anna teresak-esak menangisi peristiwa itu. disangka diam membisu itu petanda yang baik, tapi seingat anna berpeluru lagi suara keras dan garau bapa saudaranya mengherdik ayah kesayangan anna selepas itu. Didukungnya anna oleh ayahnya, dibawa kebilik. Anna didodoi sehinggatertidur. Di teratak usang ini, memori tersimpul mati.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _


Semester baru dah bermula, masuk semester dua ini sudah bermacam-macam ragam dilihat. Bermacam-macam peristiwa belaku....masih di hostel yang sama..mengadap orang yang sama..



"hening betul pagi ni ye ana..." celoteh milah
"emm...mendung je aku rasa" balas ana
"eh kau ni, pagi kan memang la mendung..tak kan pagi-pagi matahari dah mencanak atas kepala" celah shasha
"asal pagi ni tak nampak meon pun ye? biasanye... berderet puak-puak si meon tu tunggu kita kan..? artis la kata kan...hahahaha " berderai ketawa mereka bertiga dengan lawak tak berapa enak dari si milah
perjalanan darihostel ke kampus mengambil masa kira-kira 10 minit.. kelas pagi itu pada jam 8 pagi.. seawal 7 30 pagi mereka sudah bergerak al maklumlah, pagi itu miss ong punye kelas. miss ong yang digeruni.. kalau lambat jangan haraplah nak masuk kelas beliau..boleh balik bilik tidur semula kalau dah rasa memang lewat. miss ong memang seorang yang sangat-sangat punctual. a second is cannot be count for her! padahal mengajar english for second language je pun. over...
"weh jauh menung..." tempelak shasha...
"mana ade menung..aku just berangan-berangan je..memikirkan macam mana masa depan aku kelak?? aku bimbang aku tak kahwin sebab aku tak de boyfriend lagi sampai sekarang taw" runggut ana.
ana memang terkenal dengan sikap suke merungut dan banyak mulut. tapi hari ini ana banyak berfikir tentang masa depan. selepas kecundang dalam SPM. arah tujuan ana entah ke mana lagi.. anna sangat-sangat kecewa dengan keputusan yang hangat-hangat tahi ayam SPMnya tahun lepas. kalaulah masa boleh diundur.

********
"anna, abah nak ana jadi doktor"jelas ayah anna
"doktor??? mana boleh abah, anna tak de ambil subjek biology"balas anna
"kenapa anna tak ambil biology"soal ayahnya
"mmm..sekolah anna tak de menyediakan subjek biology abah"jawab anna
"oh....habis tu anna nak jadi apa"soal ayah anna lagi
"tak tahu,engineer kot. tapi anna nak kahwin dengan orang kaya"anna memberi ayat penyedap hati
"lambat lagi nak fikir pasal kahwin tu...mm.. anna taknak jadi nurse??"ayah anna memberi cadangan
"tak mau la abah..nurse kerja shift..anna taknak berjaga malam" bantah anna atas cadangan ayahnya
"mmm....." dari jauh ana terdengar keluhan ayahnya.
"apa ke pelik ayah nak aku jadi doktor??" anna bermonolog memikirkan perihal pertanyaan ayahnya sebentar tadi.

******



perbualan setengah tahun yang lepas itu masih segar diingatan.. terkadang anna terfikir kenapalah dia tidak berusaha bersungguh-sungguh masa SPM dahulu. tengok sekarang hanya mampu duduk di kolej je.. bukan bermaksud duduk di kolej tak boleh berjaya tapi andai duduk di IPTA yang stabil mungkin peluang nak survive tu lagi cerah.
"good morning everyone"mengejut ms ong masuk kelas. tersentak semua pelajar
"good morning ms ong" balas beberapa orang student yang sedar akan kehadirannya
"ok today i want give u all a task, just a simple task. prepare or make a draft about your life and then next week present. i'll make it as your oral presentation also." ms ong tersenyum sinis semasa menyampaikan arahannya
"urghhh..malasnye nak buat" bisik hati anna
"so for today activity..bla..bla...." kedengaran sayup-sayup suara ms ong ditelinga anna.. melayang lagi fikirannya.
"entah bila la aku boleh menyesuaikan diri di tempat baru ni..."
walaupun dah hampir setahun..ana masih tercari-cari arah tujuan perjalanan hidupnya. usia 19tahun bukan pengukur kematangan seseorang. puas sudah difikir apa yang terbaik untuk dirinya. tapi masih buntu mencari arah tujuan.banyak penyesalan yang bersarang. hendak dirungkai satu-satu untuk dijadikan sumber semangat rasa mengambil masa juga. masih berkira-kira apa,siapa, dan bagaimana untuk berjaya dengan “smooth”.

*****
"kau balik kampung tak minggu ni anna??"tanya shasha
"tak..malas aku" balas ana ringkas
"ala..aku balik sorang-sorang lagi la aku minggu ni..asal ko tak balik??" shasha menyoal
"aku ade kerja sikit" balas anna acuh tak acuh"

***********
seusai kelas seharian, anna bergegas balik ke hostel. malam itu ada meeting dengan JPP.
tet tet tet....
inbox
text message
"anna malam ni bawak contoh-contoh design yang kau da buat meeting malam ni yang dipertua nak tengok"

reply
"roger and out"

petang itu sungguh anggun, langit cerah memancar bumi. suasana terasa redup dengan himpunan dahan-dahan pokok. anna,milah dan shasha berlenggang ke kafe berdekatan. dari jauh dah nampak geng-geng meon. kalau masuk bab meon ni..memang semua pelajar perempuan menyampah. pagi,tengahari.petang ade je muke mereka nak mengacau. rimas rasa..
"weh meon-meon!!" bisik shasha
"mana??" terkinja-kinja milah mengusha
"tu depan tu" muncung mulut shasha mengarah ke geng meon
"alahai..kejap lagi kite beli makanan nak bawak balik bilik mesti geng-geng dia pau kite!" rungut milah
"tension la aku duduk hostel nie..dah lah semalam makanan tengahari aku die pau...die ingat aku beli guna air liur ke ape. dieorang tu tak pandai nak masak ke,beli makanan sendiri ke??" bidas lagi si anna

to be continue

izsyraf Publish time 3-4-2011 06:57 PM

dulu ada penulis blog cinta diteratak anna kan.. terkezut baca tajuk umah ni
kiwibenz Post at 3-4-2011 18:47 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   haha..o ye...maybe d same person..eh awk kenal x arwah anna abadi?

kiwibenz Publish time 3-4-2011 07:09 PM

haha..o ye...maybe d same person..eh awk kenal x arwah anna abadi?
izsyraf Post at 3-4-2011 18:57 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


saya kenal dia lepas dia dah xde..
arwah sakit apa ya?

izsyraf Publish time 3-4-2011 07:15 PM

saya kenal dia lepas dia dah xde..
arwah sakit apa ya?
kiwibenz Post at 3-4-2011 19:09 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   oh ye..sy sempat seketika dgn arwah.tak tahu...kalau tak silap kanser..tapi tak tahu kanser ape.. seriously dlu mase cari orum tak up lagi...teratan anna abadi mmg superb..glamer...memang besh sgt2..arwah suruh orang tutup teratak die selepas meninggal...:(

kiwibenz Publish time 3-4-2011 07:28 PM

oh ye..sy sempat seketika dgn arwah.tak tahu...kalau tak silap kanser..tapi tak tahu kanser ...
izsyraf Post at 3-4-2011 19:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


alfatihah untuk arwah..
dan untuk awak selamat berkarya:loveliness:

izsyraf Publish time 3-4-2011 07:33 PM

Reply 11# kiwibenz


   al fatihah...thanx u..i just try my best..:)

qimi08 Publish time 4-4-2011 10:28 AM

selamat datang....rajin2 update memeriahkan lagi thread ini{:1_152:}

Jaza2008 Publish time 4-4-2011 11:05 AM

Reply 1# izsyraf


    salam izsyraf....

ni cerpen ke novel? rate U????



awak ni dari TAA ke dulu2??
ramai otai2 TAA kat sini... lepas TAA tutup kawan Anna ada bukak TS-Teratak Santai... tapi skrng ni TS
pun dgr kata dah tutup..... skrng ni dah ramai fan TAA dan TS mula bertapak kat CARI ni...
so welcome to WR, CARI FORUM - selamat berkarya....errkkk.. ni citer sendiri ke or citer org lain yg u post sini??
nak tahu originality karya ni je....

izsyraf Publish time 4-4-2011 02:39 PM

Replyizsyraf


    salam izsyraf....

ni cerpen ke novel? rate U????



awak ni dari ...
Jaza2008 Post at 4-4-2011 11:05 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

wasalam.
    novel.rate u
a ah..dari TAA.lepas TAA xde da aktif dlm penulisan ni..ni baru start balik..hehehe
ramai ye...hai kawan-kawan..im ex TAA hard die fan..

ni karya saya..saya ade letak di blog saya juga http://izzatizakry.blogspot.com/.. tapi saya buat pengubahsuaian ayat kalau submit ke cari forum..:) memperbaiki penulisan.boleh kan?

izsyraf Publish time 4-4-2011 02:42 PM

selamat datang....rajin2 update memeriahkan lagi thread ini
qimi08 Post at 4-4-2011 10:28 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    oh thanx u..this is really pleasure...:loveliness:

Jaza2008 Publish time 4-4-2011 02:52 PM

Reply 15# izsyraf


    good luck dan rajin2kanlah diri tuk update citer kat sini.... :lol: (motivation tuk diri sendiri ni)

izsyraf Publish time 4-4-2011 03:01 PM

Replyizsyraf


    good luck dan rajin2kanlah diri tuk update citer kat sini....(motiva ...
Jaza2008 Post at 4-4-2011 14:52 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    thanx u..insyaallah..:) gudluck to u too:laugh3:

shana85 Publish time 5-4-2011 10:27 AM

salam izsyraf...
gembiranya bila ramai sahabat taa datang sini:D

izsyraf Publish time 5-4-2011 07:32 PM

salam izsyraf...
gembiranya bila ramai sahabat taa datang sini
shana85 Post at 5-4-2011 10:27 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


wslm....

yup....hai.....TAA kipas2 mati rmi ye..kalau lah ade lagi TAA... everything sorrow bleh luahkan di sana..cari forum besh gak..:) tapi cari forum universal cket..hehehe

p/s i want update but im quiet bz lorghhh..:(
Pages: [1] 2
View full version: Cinta Di Teratak Anna-[U]


ADVERTISEMENT