Burong_Hantuk Publish time 5-6-2024 08:09 AM

Lelaki pecah rekod taip guna hidung

NEW DELHI - Seorang lelaki India memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) sendiri untuk kali ketiga dengan menaip abjad papan kekunci dengan menggunakan hidungnya.

Menurut GWR, Vinod Kumar Chaudhary, 44, mula-mula menetapkan rekod untuk masa terpantas menaip abjad dalam kategori sama sebanyak tiga kali dan setiap kali dia berjaya memecahkan rekod sebelumnya.


Rekod pertama dirangkulnya pada tahun 2023, apabila beliau mencatat masa 27.8 saat dan beliau memecahkan rekod itu sekali lagi pada tahun sama dengan masa 26.73 saat.

Pada kali ketiga Chaudhary memecahkan rekod dengan pencapaian dalam masa 25.66 saat.

GWR yang berkongsi video menunjukkan Chaudahary menaip abjad dengan hidung di papan kekunci secara satu persatu.

Peraturan rekod memerlukan Chaudhary menaip kesemua 26 huruf abjad Rom pada papan kekunci QWERTY standard dengan ruang antara setiap huruf.

Selain menaip menggunakan hidung, Chaudhary juga memegang rekod untuk masa terpantas untuk menaip abjad ke belakang (tangan tunggal), dengan masa 5.36 saat, dan masa terpantas untuk menaip abjad dengan tangan di belakang, pada 6.78 saat.

“Profesion saya adalah menaip, itulah sebabnya saya terfikir untuk membuat rekod di dalamnya, di mana minat dan mata pencarian saya kekal,” katanya kepada GWR.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/06/05/2676759.jpg

laurajames9010 Publish time 6-6-2024 12:02 PM

Good to see. Thanks for sharing.

basketball stars

Neno90 Publish time 7-6-2024 01:15 PM

Mcm² sekarang ni

SalenaGomez Publish time 9-6-2024 10:38 PM

Hala hala hala…spesel betul rekod ni{:1_563:}

Supersirap Publish time 9-6-2024 10:42 PM

Rekod yang pelik

fifie_olin Publish time 10-6-2024 02:21 PM

klu aku buat konpem pening

LipasComel Publish time 10-6-2024 03:19 PM

hahha lahh ni pun boleh buat masuk rekod dunia :lol:

hokeypokey Publish time 10-6-2024 07:38 PM

tahniah ler bang, kagum saya

Jitu Publish time 10-6-2024 09:11 PM

entah hapa2 je {:1_515:}

Zeatyisaac Publish time 11-6-2024 09:07 AM

The last one yang I tahu menaip menggunakan hidung ialah seorang penulis yang lumpuh seluruh badan. Dah meninggal pun.

Ytee Publish time 18-6-2024 07:58 AM

nape x guna jari je menaip tu;P

cempakaa Publish time 19-6-2024 11:34 PM

Mancung betul kejadian hidung sampai boleh taip hahah
Pages: [1]
View full version: Lelaki pecah rekod taip guna hidung


ADVERTISEMENT