ummihana Publish time 30-3-2011 10:32 AM

Tanpa tajuk..

Duduknya di perbetulkan. Tudung yang tersenget tadi di kemaskan semula. Sebal hatinya melihat adegan di luar perpustakaan tadi. Berbagai bagai perasaan dtg bermain di hati. Marah, sedih, terperanjat, namun dia amat berasa meluat melihat anak muda sebayanya berasmara dana seperti itu. 

Sesekali dia menjengah ke tangga. Sedari dia tiba tadi, Iqram masih belum menunjukkan batang hidung.

"Abang Iq mandi ke tenggelam dalam perigi Kak Mona?" dia bertanya wanita muda yang sedang melayari internet di hadapannya. Wanita itu tersenyum manis, kemudian tergelak kecil.

"Kalau Abg Iq tenggelam, Dian Thahirah kena hubungi ScdF ni nampaknya," dia berseloroh, menampakkan lesung pipit di kiri kanan pipi. Mata Dian tertumpu pada sepasang lesung pipit itu.

" Ayu sangatlah Kak Mona ni. Patutlah Abg Iq terpikat," Kata-kata Dian Thahirah cepat cepat di pintas Mona.

" Eh, mana ada abang susuan awak tu terpikat kat akak. Mana pernah dia tengok wajah akak sebelum nikah." Dian tertawa. Ingatannya kembali mengimbau satu satunya abang susuan yang dia sayangi itu.

"Abang Iq kata, dia redha jer siapa pun yang jadi isteri dia. Dian pun terperanjat dengar dia cakap macam tu. Tak sangka lah zaman macam ni pun masih ada orang kahwin kerana wasiat." 

Mona mencebik mendengar kata kata Dian Thahirah. Sudah kerap sangat pernikahannya di persoalkan. Kalau dengan Dian ni dah muak mendengar. Ada saja yang mahu di katanya. Tak habis habis mahu menyakat.

Derap kaki Iqram menuruni anak tangga menghentikan perbualan kedua dua mereka. Dian Thahirah tersenyum senang melihat abang susuannya yang kelihatan segak dengan kemeja T berwarna biru laut dan slacks hitam. 

   Dian Thahirah memerhatikan Iqram daei atas ke bawah. Kemudian dia tertawa lepas. Berkerut kenibg Iqram melihat gelagat gadis itu.

  "Apasal? Tak pernah nampak Abg Iq handsome macam ni ke?" soal Iqram tidak senang. Tidak senang di tertawakan sedemikian.
 
   Dian Thahirah menggelengkan kepala.
Bukan tidak pernah melihat abangnya segak bergaya, tetapi sekadar di minta menghantarkan anak gadis itu ke majlis prom nite saja, apa perlu dia siap segala?

"Mana tuxedo Abang Iq?" soal Dian Thahirah di antara sisa tawanya. Mona mencuit lengan adik iparnya itu. Buatnya Iqram merajuk dan tak mahu menghantarnya ke majlis makan makan itu, baru padan dengan muka. Silap silap haribulan, ada yang menangis airmata darah di rumah itu nanti.

"Dian Thahirah, awak ni nak pergi ke tak?" soal Iqram serius. Pantas Dian Thahirah mengangguk. 

"Kalau nak pergi, jaga adab itu ya. Jangan sampai Abang Iq kata tak payah pergi." tegas suara Iq menyampaikan amaran.

"Sorry Abang Iq, Dian bergurau saja. But on a serious note, Abang siap siap ni nak pergi mana?" soal Dian. Kemudian dia menoleh ke arah Mona pula. Wanita kacukan Arab itu memakai jalabiyah merah samar, beserta....eh, Kak Monanya pun dah siap pakai tudung! Ni mesti nak keluar datinglah ni. Muka Dia Thahirah berubah cemberut, konon konon menunjukkan rajuknya!

 "Abang nak bawak Kak Mona dinner kat Carousel. Awak tu nanti makan kenyang kenyang dekat majlis sekolah tu ya!" usik Iqram. Isyy... Seronok melihat wajah si adik menahan rajuk!

 Bulat mata Dian Thahirah mendengar kata kata abangnya. Lupa pula mahu menceritakan apa yang dia nampak siang tadi di perpuastakaan. Dia memang teringin mahu pergi
Ke Carousel, tapi sengaja pula Iqram pergi bawa Mona sewaktu dia perlu menghadiri majlis lain!

  
   Di dalam kereta, Iqram siap berleter agar jangan buat itu dan ini. Pedih telinga mendengar leteran Iqram. Mona di sebelah hanya diam seribu bahasa. Kalau Iqram sudah bercakap, jangan mencelah, nanti bertambah panjang 'kuliah'nya! 

       Dian Thahirah berasa kurang senang dengan suasana majlis itu. Baik dari segi pakaian mahupun pergaulan, terasa kawan kawannya sedikit melampaui batas. Baru habis menengah empat. Belum masuk kolej pun! 

     Si Tiara dengan makeovernya yang teramat over, si Ryana dengan kasut timit tinggi 5 inci. Kepala Dian Thahirah sedikit sesak dengan musik yang di putarkan. Tadi, Daniel ada mengajak dia menari bersama. Rasa macam nak tercabut kepala dari badan sewaktu Daniel mengajak dia ke lantai menari. Mujur Sairah berada dekat dengan dia.Sairahlah yang menyelamatkam keadaan tadi. Konon konon mahu menyuruh Dian menemankannya ke tandas.
Pheeww!! Kalau tak ada Sairah sudah tentu si Daniel itu akan mengheretnya ke lantai untuk berdansa.

"Gila ke nak ajak aku menari macam tu," dia bermonolog sendiri. Dia berdiri sambil meneliti pakaiannya yang melekat di tubuh. Arbaya jahitan tangan dari kain lace warna krim pemberian Bonda, emak Mona.

"Memang pun gila. Tapi yang gila tu awak. Dah tahu bertudung litup, sengaja datang majlis macam ni buat apa? Pergilah dengar ceramah kat masjid!" satu suara garau mencelah dari belakang. Pantas dia menoleh, sedikit terkejut kerana Khairy sedang berdiri terlalu dekat dengan dia.
Dia ke belakang sedikit, menjarakkan dirinya dari lelaki itu.

  " Where's your handphone?" tanya Khairy.

  "Nak buat apa?" soalan Khairy dibalas dengan soalan juga. Gila ke mamat ni nak handphone orang? Sedangkan handphone dia tu selalu saja bertukar ganti.

"Mana handphone lah makcik? Biar aku call abang kau. Tempat macam ni, tak sesuai untuk kau. Dont you understand?" tukas Khairy.

Belum sempat dia menjawab kata kata Khairy, Daniel datang lagi. Kali ini, dia seolah olah mahu memaksa Dian Thahirah menyertainya di lantai menari itu. 

" Bro, she's my date okay. Kalau kau nak usik, banyak chix kat sana tu. Tu, Tiara, Sairah, Ryana, Alisson... Semua tu available bro," Khairy menahan Daniel dari menarik Dian Thahirah. Daniel merenung Khairy tajam. Tidak puas hati dengan ungkapan Khairy tadi. Risau juga Dian Thahirah kerana kedua dua mamat ni memang alah dengan satu sama lain. Pantang bertemu, tentu nak bergasak.

Akhirnya, Daniel melepaskan pegangannya pada tangan Dian Thahirah. Dia mendengus kasar sebelum melangkah pergi.

"Nasib baik dia pegang sleeves kau. Kalau dia pegang tangan kau tu, sertulah pakai selori tanah, tak hilang jugak dosanya!" sindir Khairy.

Dian Thahirah tidak membalas. Malu dan serba salah. Malu kerana Khairy mengatanya. Eh, tapi si Khairy ni spesis tahu fardhu ain jugaklah. Ingat mamat selekeh macam Khairy ni tak ambil pusing tentang hukim hakam.

"Aku nak balik. Kalau Sairah tanya, kau cakap saja aku ada emergency." beritahu Dian Thahirah.

Khairy tidak menjawab, tetapi lelaki itu hanya mengikut langkah Dian Thahirah hingga ke ruang lobby. Sampai saja di pintu hotel, dia meminta seorang pekerja hotel itu menahankan teksi buat Dian Thahirah.

"Make sure she gets a good cabby," dia memberitahu pekerja hotel itu.   
 

cewey2 Publish time 30-3-2011 11:11 AM

{:1_152:}wow ada cerita baru dari hana.........
thanks {:1_152:}

qimi08 Publish time 30-3-2011 11:17 AM

Salam hannah lama x dgr cerita....
Best ada cerita baru rajin2 lah update ye

merahsilver Publish time 30-3-2011 11:18 AM

sambung lagi ummihana... {:1_132:}
mcm penah dengar / tengok nama Dian Thahirah ni ....

gee_poziah Publish time 30-3-2011 11:21 AM

cerita baru ni bagus...tp nak menanti kisah selanjutnya tu yang leceh...:loveliness:

Adilla Publish time 30-3-2011 11:29 AM

Hannah...hang kah?? budak lama yg ilang kan diri?

kekcoklatash Publish time 30-3-2011 11:48 AM

permulaan cerita pun da best..nak lagi, pleaseee....

Jaza2008 Publish time 30-3-2011 11:57 AM

salam hannah...
lama tak dgr berita...
lama tak masuk bergebang kat sini....

apa khabar? rindu dgn hannah kat sini...

good luck dear....:lol:

ummihana Publish time 30-3-2011 08:31 PM

Post Last Edit by ummihana at 30-3-2011 20:38

Salam semua! Kak qimi, adilla, jaza, dan semua..

IyAlah ni hana. Hana duk skudai la ni:-)) hana lama menghilang psl otak tk mcm org lain yg ideanya melebihi tenaga nk menaip.. Hana ni selalu lemau..

InsyaAllah, ada masa, hana update ya..


Tambah kat sini jer lah.

 "Seronok ke malam tadi?" soal Iqram selepas habis solat. Dian Thahirah membuat muka cemberut. Semalam sewaktu dia sampai ke rumah, Iqram dan Mona masih belum pulang. Selepas dia solat Isyak, dia terus saja masuk tidur, tiada mood untuk menunggu Iqram dan Mona pulang dari date.

  "Menyesal ke pergi?" soal Mona pula. Dia melipat telekungnya dan di gantung ke penyangkut. 

   "Ada budak tu paksa Dian menari. Siap tarik lengan orang. Bencilah. Macam sengaja hendak kenakan orang." sekali nafas Dian Thahirah mengadu. Terbeliak mata Iqram mendengar cerita adik susuannya itu. Tarik lengan? Ada orang lelaki pegang adik dia? 

       Dian Thahirah perasan wajah Iqram yang sudah berubah riak. Tentu sebentar lagi Dian akan di kenakan hukuman. Grounded!!!!!

     "Err err... Dia pegang lengan saja Abg Iq, tak terkena kulit pun." Dian Thahirah memberitahu, takut takut. Matilah kalau Abang Iq mengamuk. Abang Iq bukan macam Abg Izz atau Kak Mona. Kalau Abg Izz, masih lagi boleh berkompromi. Boleh lagi janji takkan buat lagi. Tapi depan Dian Thahirah sekarang ialah Abang Iq dan bukan adik dia si Izzuddin yang hanya tiga tahun lebih tua dari Dian.

   "Abang Iq dah cakap dengan Dian awal awal kan? Majlis macam tu bercampur dengan maksiat. Awak tu degil, nak sangat pergi. Lihat, Tuhan dah tunjukkan." tegur Iqram datar. Songkok di kepala di tarik lalu di letakkan ke tepi.

    " I just wanna see the whole thing, Abang Iq. I am sorry," dia buat muka sedih. Mona di sisi Iqram di jelingnya. "Isy, kakak ipar kesayangan ni tak mahu kasi back up lah pula! Saat genting ni!" Dian Thahirah berkata kata di dalam hati.

   "Lain kali dengar cakap Abang Iq Dian. Selain Izz, Abang cuma ada Dian. Abang Iq tak nak tengok Dian jadi macam..." kata kata Iqram terhenti di situ. Dia meraup muka. Menyesal kerana hampir terlanjur kata. Dia Thahirah sudah meleleh airmata.
      "Dian tahu apa maksud Abang Iq. Dia pun tak mahu jadi macam diorang walaupun Dian sedar siapa Dian sebenarnya," Dian Thahirah tidak dapat menahan sedu. Setiap kali kisahnya di bangkitkan, dia tidak mampu untuk menahan tangis.

    Iqram menarik Dian rapat. Bahu adiknya itu di rangkul. Walau mereka tidak berkongsi rahim ibu yang sama, dia, Izz dan Dian berkongsi air susu yang sama. Arwah ibu Iqram lah yang mendidik dan mengasuh Dian sedari kecil. Sedari umurnya seminggu lagi, Dian Thahirah sudah di ambil oleh arwah ibu dan ayah. Menurut cerita mereka, ibu ayah kandung Dian Thahirah itu orang susah. Kelahiran Dian memang tidak mereka harapkan. Nak gugurkan kandungan, sudah terlambat kerana sewaktu emaknya mengetahui akan kehadiran Dian Thahirah dalam rahimnya, kandungan sudah pun menjangkau ke enam bulan. Tahap bahaya kalau mahu menggugurkannya. Maka mereka membuat keputusan untuk menjual bayi itu pada majikan mereka yang berbangsa Cina. Mujurlah ibu dan ayah mendapat tahu tentang itu dari seorang kenalan yang kebetulan tinggal di perumahan di mana ayah Dian bekerja.Mengamuk sakan arwah ayah Iqram waktu itu. Dan saat itu juga dia bertindak membeli Dian dari mereka sebelum majikannya sempat berbuat sedemikian. Begitulah yang di ceritakan arwah Pak Hamzah dan arwah Mak Sukainah. 

  Dian meraih tangan Iqram. Sedih dan menyesal dengan kedegilannya mahu menghadiri prom nite semalam.
  
  "Abang Iq, Dian degil. Dian tahu Dian kena dengar cakap Abang Iq dan Kak Mona. Dian pun cuma ada Abang Iq saja selain Abang Izz dan Kak Mona," tersedu sedu dia meminta maaf. Begitulah Dian setelah kematian ayah dan ibu susuannya. Kalau dia buat Iqram matah atau sedih, dia cepat meminta maaf. Dia sedar, hidupnya sekadar menumpang kasih. Iqram mengusap kepala Dian. Adik bongsu yang berumur 13 tahun lagi muda darinya itu di pujuk. Iqram bukanlah mahu mengongkong hidup Dian Thahirah tapi dia mahu menjaga adiknya seperti yang di pesan oleh arwah ayah. 

   "Tak mahulah sedih sedih macam ni. Kak Mona sedihlah," Mona mencelah. Dia juga turut mengusap belakang Dian Thahirah. Dia memang sayang sangat dengan Dian. Dian sudah seperti sebahagian dari hidupnya. Tidak pernah dia berasa cemburu dengan kasih sayang yang dicurahkan Iqram ke atas Dian.

     Dian melepaskan tangan Iqram lalu menyandar di bahu Mona. Dia memeluk Mona erat.

    "Sayang kak mona," dia membisikkan...

     Tiba tiba Iqram bersuara pula," Semalam Dian pulang naik apa? Dengan siapa?"

   Cerita semalam belum berakhir rupanya. Iqram masih belum puas hati. Dian Thahirah manarik nafas. Kali ini kena cerita dari A sampai Z. Biar Iqram puas dengan jawapannya.

   " Wah, ada knight in shining armour, lah."usik Mona. Iqram merenung isterinya tajam. Tidak suka dengan apa yang di katakan Mona. Pantas Mona menutup mulut dengan tangan. Kemudia dia mengangkat tangan kiri tanda minta maaf.

    " Itu saja?" soal Iqram. Dian Thahirah mengangguk. Lama Iqram berjeda. Sejadah di atas karpet di kuis kuis dengan jari telunjuk. Kemudian dia memandang wajah Dian Thahirah.

  " Apa pun, Abang Iq tak mahu Dian rapat dengan mana mana lelaki pun, faham?" Dia memberitahu tegas."Dian tanggung jawab Abang Iq selagi Abang Iq tidak serahkan Dian pada suami Dian."

    Dian Thahirah mengangguk lagi. Dia tahu Iqram marah kerana sayang. Ibu bapanya sendiri pun tidak sayangkan dirinya. Si anak buangan yang hampir hampir jadi anak angkat orang NON MUSLIM!!!!

ummihana Publish time 30-3-2011 08:32 PM

   Sebulan lagi semester di Politeknik akan bermula. Bermulalah kehidupan baru bagi Dian Thahirah. Berbagai rasa bermain di hati. Iyalah, tempat serba baru; guru baru, kawan kawan baru,suasana belajar yang baru. Siapa yang tak teruja,kan? Tapi adakalanya dia berasa seperti mahu menghentikan pengajian saja. Tengok pada pengorbanan Iqram, dia berasa malu untuk terus menerus mahu mengejar cita citanya. Dia nak jadi apa sebenarnya? Dian Thahirah pernah bercita cita mahu jadi guru tadika, pernah juga bercita cita mahu menjadi jururawat. Kemudian itu apabila dia sedar, mana ada jururawat yang boleh pakai tutup aurat di Singapura ini, cita citanya dihumban ke dalam almari! Apabila dia melihat kakak-kakak senior mengambil jurusan Mechanical Engineering sewaktu dia hadir ke rumah terbuka Politeknik Singapura sebelum peperiksaan 'O' levels-nya pula, dia yakin, itulah jurusan yang akan di lakukannya. Puan Iqram memujuk, memberi pendapat agar dia mengikuti jurusan lain, tapi dia tetap dengan keputusannya. Sempat dia minta bantuan talian hayat dari Melbourne. Si Encik jurutera pun apalagi, beri sokongan moral 101%lah. Dian Thahirah akan mengikuti jejaknya. Siapa yang tidak seronok!

   "Ramai kakak kakak yang ambil jurusan itu Abang Iq, pakai tudung lagi. Ada dua tiga tu pakai purdah tau. So tentulah jurusan itu sesuai dengan orang macam Dian," pandai si bongsu memujuk.

     "Susah jaga anak dara ni. Patutlah ada hadis pasal menjaga anak perempuan ni,kan?" Iqram menyerang balas secara lembut. Mengharap agar adik kesayangan mahu mengalah. Namun akhirnya dia yang kalah juga.

      "Abang Iq dah tak nak jaga anak dara ni lagi kah?" soal Dian Thahirah lesu.

       "Abang Iq nikahkan saja lah ya?" Iqram pura pura tegas. Memang Dian Thahirah tahu, dalam wasiat arwah Pakcik Yusof ada mengatakan Iqram berhak menentukan jodohnya.

   "Dian sedar, Dian susahkan Abang Iq, tapi tak payahlah buang Dian dengan cara macam itu. Kalau Abang Iq tak suka Dian lagi, biarlah Dian cari mereka....." Dian pun sudah masuk dalam mode nak kecil hati. Mendengar kata kata itu, pantas Iqram memintas.

    "No! Selagi Abang Iq hidup, You are not going back there!" Itu pesan ayah. Jangan sampai Dian balik pada keluarganya. Ayah tak mahu Dian bercelaru melihat cara kehidupan mereka. Kalau sekadar menziarah sekali sekala itu, tak apa.

    "Tapi Abang Iq macam dah penat jaga Dian," rajuknya. Iqram menghela nafas berat. 

     "Janji Dian akan jaga diri, jaga maruah bila masuk Poli okay?" Dian tersenyum gembira. Siapa yang tak gembira kan? 

        "Sayang Abang Iq!" Dia memeluk Iqram kemudian berlari ke dapur mendapatkan kakak iparnya. Mona yang sedang menjemur kain di peluk erat.

      "Thanks kak, doakan Dian. Sayang kakak more than Abang Iq!" Dian berseloroh. Pasangan itu lah pengganti ibu dan ayah. Dia mencium pipi Mona. Lama.... Kalaulah ibu masih hidup..

       Ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Dia menyeka airmata yang entah bila mengalir. Lemahlah kalau dah teringat kat arwah ibu. Mesti leleh habis. Tapi kslau terkenangkan ibu kandungnya, tak ada pula nak terasa sebak.  

     Mona menjengul di muka pintu. Wajahnya sukar di tafsirkan. Entah, apa yang tak kena pula kali ni. 

      "Dian, ada budak lelaki cari Dian. Dia ada dekat luar dengan Abang Iq," Mona bersuara rendah. Berkerut dahi mendengar apa yang Mona katakan. Budak lelaki mana pula ni? Dia lantas bangkit dari katilnya. Tadi, Dian memang minta izin untuk berehat dari Mona. Dia tak sedap badan. PMS mungkin. Lambat lambat dia menyarungkan tudung dan abaya ke tubuhnya. Kaki melangkah mengikut Mona ke ruang tamu.

      "Dah lama kawan dengan Dian?" terdengar Suara Iqram memecah sunyi. Berderau darah Dian mendengar soalan sedemikian. Ini namanya interrogation, bukan berkenalan! Siapa pula yang berani datang ke rumahnya ni!!

    "Saya satu kelas dengan Thahirah dari menengah satu lagi. Tapi tak pernah berkawan." Hah! Ambil tu! Punya lah berterus terang! Tapi Dian Thahirah masih belum dapat menangkap tuan punya suara itu.

       Dian berdehem sedikit menandakan bahawa dia ada di situ. Pantas Iqram mendongak memandang adiknya itu. Wajah itu tampak tenang. Awas Dian, jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Jangan sangka Abang Iq tenang, kau tak kan kena grounded! Kata hatinya. Mata sudah membayangkan senario malam nanti.

       "Dian, ni kawan kelas Dian datang," beritahu Iqram. Dian Thahirah mengangguk. Dia berjalan melintasi tetamu itu dan merebahkan punggung di sisi Iqram. Kak Mona sudah hilang ke dapur.

           Tetamu itu yang sedang mengeluarkan sesuatu dari begnya mendongak, membuat jantung Dian berhenti berdegup. Apa si dia ni buat dalam rumah aku?!!

       "You?" jelas Dian Thahirah terperanjat.

       "Aku lah, kenapa?" selambanya
 menjawab. Kemudian dia memandang wajah Iqram sambil menyerahkan beberapa keping gambar.

         "Gambar Thahirah masa prom nite kelmarin." suara dia; tenang; macam dah biasa berjumpa dengan Iqram pula gaya!

         Iqram mengambil lalu membelek. Dian Thahirah di sisi hanya berani menjeling. Hatinya yang sudah mula mahu stabil berdegup terus berdegup kencang. Dia dalam bahaya. Bahaya yang amat sangat!

        "Pandai awak ambil gambar," puji Iqram. Dia menyuakan gambar gambar itu kepada Dian Thahirah tetapi si adik jelas tidak mahu menerima. Hujung jari kaki sudah menguis-nguis karpet. Jemari tangan pula giat memintal hujung tudung. Ya Allah, petanda apakah ini?

          Si tetamu berdehem kecil. Kemudian dia menggeleng.

         "Itu bukan saya yang petik. Saya nampak dari camera seorang pelajar." Dia memberitahu. Wajah Dian berubah riak. Dia nampak dalam camera seorang pelajar lain dan kemudian????

      "Khairy, maksud kau?" akhirnya dia bersuara juga.

       "Macam ni errr encik...." Khairy memulakan.

      "Abang Iqram, panggil saja Abang Iq," Iqram mencelah.

       "Oh, Abang Iqram," Khairy memandang Dian sekilas. Jatuh simpati pula melihat wajah muram itu.

        "Saya ada attend farewell camp minggu lepas." beritahu Khairy. Dian memang tidak pergi. Semenjak kes Daniel memegang lengannya, dia kena grounded.
"Entah  macam mana saya boleh nak belek belek camera seorang pelajar ni. Saya nampak gambar gambar Dian dalam memory card dia. So,...." belum sempat Khairy mengakhiri cerita, Dian Thahirah menyambung dengan spekulasi sendiri.

       " U have them printed?" Khairy mengangguk.

       "Habis tu yang dalam memory card?" soal Dian Thahirah.

        "I deleted them." jawabnya bersahaja. Dian Thahirah mengangguk. Kemudian...

        "Camera siapa?" tentu bukan camera mana mana pelajar perempuan. Waktu itu Dian tak nampak pun mana mana kawan kelasnya menggalas beg camera.

       "Daniel. Dia kan presiden kelab fotography. Tak kan kau lupa." datar saja suara Khairy kedengaran di telinga. Dian sekadar mendengar, Memang tidak pernah ambil tahu.

        " Kawan awak tu tak marah ke awak delete semua gambar adik Abang Iq ni?" tiba tiba Iqram bertanya.

        " Bukan marah saja, sempat bertumbuk. Tapi tak apa lah, last fight." Khairy menjawab memandang tepat ke mata Iqram. Iqram hanya menggeleng.

    "What makes you?"soal Dian Thahirah.

    "Aku dengar dari Sarah yang kau kena grounded pasal Daniel. So i assume mak ayah kau mesti strict. Aku cuma tolong kau saja. What if he post gambar gambar kau kat net?" Dian ada beritahu Sarah sebab kenapa dia tak pergi ke farewell camp itu. Memandai pula Sarah menyampaikan pada Khairy ni.

    "Mak bapak aku dah tak ada. Ni abang aku." Dian menjawab hambar. Khairy mengangguk, serba salah. Salah channel lah pulak!

     "Dian nak pergi dapur. Tolong Kak Mona," dia memaklumkan pada Iqram. 

        Rupanya tetamu itu di ajak makan tengahari pula. Abang Iqram mana suka kalau tetamu tidak di jamu. Sepanjang Khairy berada di situ, Dian hanya memerap di dapur. Sesekali terdengar suara Iqram dan Khairy ketawa. Entah apa yang di ceritakan mereka.

   Cuma sebelum Khairy pulang, sia sempat memberitahu sesuatu pada Dian yang membuat gadis itu menghela nafas lega.

    "Dont worry, Daniel masuk Ngee Ann. You wont be seeing him."
      

        

      

ummihana Publish time 30-3-2011 08:35 PM

Post Last Edit by ummihana at 30-3-2011 20:47

Dian thahirah- nama rekaan. Thahirah tu nama rakan FB saja:)

ummihana Publish time 30-3-2011 08:35 PM

     Jemarinya bermain di atas keyboard. Semua assigments telah di selesaikan. Tahun pertama di politeknik ini bukanlah sesusah mana kalau betul betul beri tumpuan. Sama macam sekolah menengah; cuma suasana belajarnya saja yang berbeza. Banyak kuliah, banyak assigment dan tiada lagi buku kerja mahupun buku latihan!

     Sewaktu baru baru masuk Poli, memang rasa macam rusa masuk kampung. Iyalah bangunan sekolah punyalah luas. Blok itu, blok ini, kadang kadang dia sesat lah juga. Dulu di YCSS, blok cuma tiga saja, berderet. Kalau ada pelajar yang boleh tersesat  tak tahulah nak cakap apa. Bukan susah sangat nak hidup di YCSS itu. Blok pertama, ialah bangunan kelas dan semua pejabat. Bangunan kedua yang berkembar dengan blok pertama itu hanya ada makmal sains, bilik musik, bilik home economics dan bilik AVA. Blok ketiga pula adalah blok budak lelaki. Kenapa kata blok budak lelaki? Pasal blok ketiga itu adalah blok teknikal dan seni. Memang hanya pelajar lelaki yang suka lepak di situ. Eh nanti, habis senior Kak Norlina yang ambil stream Technical tu apa? Kak Norlina memang sempoi, dia seorang saja pelajar perempuan yang sanggup duduk dalam workshop itu! Khairy tersenyum kecil. Apa kes lah petang petang ni nak imbau kenangan sekolah menengah? Rindu zaman kanak kanak budu kah? 
         Kemudian di tambahkan dengan keghairahan tidak perlu lagi pakai pakaian seragam waktu pergi sekolah. Hampir setiap hari dia mengadap almari mencari baju yang sesuai. Waktu itu, mulalah nak memujuk Mama dan Papanya supaya membelikannya T-shirt dan seluar baru. Takkan nak pakai jeans yang sama lima kali seminggu! Dia pun nak kasut baru juga! Sneakers- lebih santai. Memang Mama dan Papa geleng kepala saja waktu itu. Sudahlah yuran semester bukannya murah, dengan dia yang demand macam macam, Mama dan Papanya pun macam tak larat nak menanggung. Khairy! Khairy!! 

      Khairy menaip entah apa apa pada Google search. Random. Inilah kes orang yang tidak ada hala tuju. Bukan nak mentelaah buku buku rujukan ke atau baca tafsir Quran yang Abang Helmy pesan semasa tazkirah kelmarin. Jemarinya menaip perkataan Yuan Ching Secondary School. Sekolah lama dia.Tempat jatuh lagi di kenang, apatah lagi tempat tuntut ilmu, knal alam remaja, tempat kena denda, kena berpanas panas drilling yang tak pernah tahu nak habis itu! Dia membaca satu persatu link yang tertera. Tidak ada apa yang menarik. Map of YCSS lah, MOE lah. Bosan... Belakang tangan kiri di bawa ke mulut, menutup kuap. Mengantuklah pula. Dah nak masuk maghrib ni. Kata Abang Helmy, makruh kalau tidur selepas Asar, boleh mewarisi gila. Abang Helmy memberitahu pun kerana dia nampak Khairy berdengkur dalam musollah dua hari lepas. Siapa suruh pergi berenang di swimming pool tu? 

     Dalam menahan kantuk, matanya tiba-tiba tertancap pada sebaris ayat pada skrin komputernya pula.

    'Lifeofasimpledianthahirah'-promnite Yuan Ching- satu kesilapan aku.

         Laju saja jarinya menekan tetikus. Rasanya dia tahu blog itu milik siapa. Rasa ingin tahu semakin membuak. Mahu tahu apa yang di coretkan oleh si pemilik blog. Dari corong radio, terdengar azan di laungkan. Kemudian suara ibu pula memanggil dari luar.

"Ery! Nak tunggu isyak sekali ke? Kamu nak jamak ta'khir dalam rumah sendiri?" pedas, kena sedas. Sejak dua menjak ini, ibu seakan akan strict tentang solatnya.   

Err... Dah magriblah pulak.   

qimi08 Publish time 30-3-2011 08:44 PM

sambung lagi......

ummihana Publish time 30-3-2011 08:50 PM

Sebenarnya cerita ni hana letak pat FB.. Tapi saja nk share kat sini. Tu yg panjang sambungannya:)

 Dian Thahirah berjalan tanpa arah di bangunan Mechanical Engineering itu. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Gusar kerana dia belum melakukan solat Zuhur lagi. Kuliah tadi  berakhir jam 1.30 petang. Kemudian itu, dia di ajak berdiskusi dengan rakan rakan sekumpulan. Mahu menolak, dia baru saja berkawan dengan mereka, tambahan pula mereka bukan rakan sebangsa. Budak budak Cina ni tahu ke waktu solatnya? Hatinya memang tidak tenteram sepanjang satu jam diskusi itu di jalankan. Sehingga kegusaran wajahnya menjadi perhatian ketua kumpulannya.

     "Dian, you have a problem with our discussion?" tanya Eric penuh prihatin. Dian kelihatan serba salah. Bagaimana mahu beritahu? Dia memandang rakan rakan yang lain.

    "Err, I actually have to excuse myself." Dian memberitahu.

    "You are rushing somewhere?" Eric bertanya lagi. Suka pula dia melihat gadis di depannya yang berselubung dengan jubah kelam dan paahmina ini. Eric terasa bagai berada du timur tengah setiap kali berada dekat dengan Dian Thahirah.

    "I have yet to perform my afternoon prayers," Dian Thahirah memberitahu perlahan. Serba salah mahu bersuara. Takut di kata dia mengada- ngada.

    Eric menepuk meja. Dian Thahirah terkedu melihat perlakuan Eric. Oh no!!! Kemudian Eric tersenyum pula.

   "I forgot that you Muslims pray five times a day. My neighbour's kids; they told me that." Eric memberitahu. Memandang rakan rakan yang lain, Eric menyambung lagi.

"Let's call it a wrap? This lady here needs her time." Angeline menepuk tangan, gembira.

"I dont need to pray, but i sure do need a puff," Angeline membisikkan ke telinga Dian. " Let's make a move,babe." Dian Thahirah membalas senyuman Angeline. Merokok pula minah kacukan ni. Sayang, muka lawa lawa macam ni, sengaja pula dia nak memendekkan umur.

Saat semua ahli kumpulan sudah bersurai, Dian masih tercari cari di mana letaknya musolla. Mahu bertanya, dia tidak pula berpapasan dengan sesiapa. Manalah perginya semua pelajar pelajar Melayu di sini? Takkan semua sudah pupus?

     Dian berjalan lagi menuju ke hujung blok. Langkahnya yang tidak pasti itu membuat dia kelihatan seperti rusa masuk kampung. Dalam hati dia mengutuk diri sendiri. Minggu lepas dia seperti terlupa nak tanya di mana letaknya musollah. Sekarang ini, terkial kial sendiri. Akhirnya, Dian bercadang mengambil wudhu sahaja di tandas berdekatan dan lepas itu, carilah ceruk ceruk mana untuk bersolat. Selepas siap berwudhu, dia berjalan ke belakang bangunan. Berhati- hati dia mencari arah qiblat dengan kompasnya. Mujur kompas pemberian Izz sentiasa di bawa ke mana-mana. Kalau nak guna ilmu melihat pada arah matahari, manalah Dian arif sangat, walau dah berkali kali arwah ayahnya mengajar. Dian menghamparkan pashmina xtra yang sentiasa di simpan di dalam begnya, mengikut arah qiblat. Dan dengan tenang, dia mengangkat takbir.

       Di luar pengetahuan Dian, perbuatannya di perhatikan sepasang mata. Dan sepasang mata itu ralit memerhatikan setiap gerak Dian sehingga salam kedua di beri.


    

ummihana Publish time 30-3-2011 08:52 PM

     Tubuh di hempas ke atas sofa. Perlahan tudungnya ditanggalkan. Keletihan sia seharian berada di kolej. Matanya di pejam rapat.

     "Penat ke adik abang Iq ni?" terdengar suara abangnya dari arah tangga. Dian Thahirah hanya mengangguk lemah. Entah kenapa dia berasa letih sekali hari itu. Dalam diam dia berkira kira, mungkin sudah hampir waktu uzurnya. 

     "Dah solat asar? Sekejap lagi waktu maghrib dah nak masuk ni.."soalan lazim Iqram apabila melihat Dian thahirah pulang dari mana mana pun. Sekali lagi adiknya itu mengangguk. 

    "Pergilah siap siap. Nanti lepas solat, abang nak pergi dinner dekat luar. Kak Mona tak sihat, dia tak siapkan makan malam," Iqram mengarah. Mendengar kata kata Iqram, mata Dian Thahirah terbuka luas. Kak Mona sakit dan dia boleh bersenang senang melepak di sofa. Patutlah waktu dia sampai tadi muka Mona kelihatan lesu.

      "Err Abang Iq, let me cook tonight. Sorry pasal tak tahu pun yang Kak Mona tak sihat." serba salah pula dia jadinya. Dia sepatutnya membantu di rumah itu, bukan mengharap segalanya di siapkan oleh Mona. Dian Thahirah memarahi dirinya sendiri. 

    "Betul ni?" macam tak percaya saja yang anak dara seorang itu mahu memasak. Si adik di depannya mengangguk laju.

    "Masak mee segera?" Iqram menguji. 

     Dian Thahirah tersenyum, sedar yang Iqram sedang mengusiknya.

      "Mee segera pun okay kan? Makan juga. Lepas maghrib okay. Abang Iq dan Kak Mona tunggu jer lah mee segera Dian tu nanti," Dian Thahirah membalas. Dia mencapai beg dan tudungnya lalu berlalu ke tingkat atas. Dalam kepala berkira kira mahu memasak spagetti. Teringat dia pada spagetti yang Angeline makan tadi siang.

         Meja di siapkan ala kadar. Sempat dia berlari ke NTUC di blok depan selepas Magrib tadi. Maka selepas Isya siaplah spagetti bolognaise segeran Dian Thahirah. Okay lah, kalau makan di luar, mahu terbang lima puluh dolar. Tapi bila siapkan sendiri, tidaklah mahal mana pun. 

       "Sedap tak mee segera Dian, abang Iq?" soal Dian Thahirah selamba. Dia perhatikan Iqram menambah dua kali tadi. Tentu abangnya itu lapar sangat. Kak Mona pula tampak selera juga walaupun tidak sihat. 

     "Alhamdulillah, lepas ni Kak Mona tak lah risau sangat kalau Kak Mona tak sempat nak masak ke apa. Dian dah pandai masak rupanya," Mona memuji. Selama ni, adik ipar seorang itu hanya membantu menyiapkan bahan bahan. Kalau di suruh menumis, dia akan beri seribu satu macam alasan. 
         "Ni kira waktu dharurat jer Kak Mona. Kak Mona boleh suruh Dian buat kerja rumah apa saja. Mop rumah, cuci tandas, tukar langsir, lap tingkap yang banyak ni, Dian tak akan bantah. Tapi janganlah suruh Dian masak kat dapur tu. Dian tak pandai nak merasa lauk," pantas Dian membantah usulan Mona.

      "Tapi Dian, nak ambil hati suami pun melalui pertnya juga," celah Iqram. Kata kata Iqram membuat Dian Thahirah mencebik. Cheh.... Ke situ pulak.

       "Dah terkeluar topik lah abang Iq. Dian belum terfikir lagi. Lagipun, rumahtangga yang bahagia tu kan berasaskan ketaqwaan. Tak kan lah kerana isteri tak pandai masak, suami terus nak pulaukan dia." Dian Thahirah memang tidak mahu kalah. Memang lah betul isteri yang pandai masak itu, suami sayang. Tapi kalau isteri itu tak bertaqwa, tak taat suami, macam mana pula iya? 

    Belum Iqram sempat membalas, sebuah mesej masuk ke peti inbox handphone adiknya itu. Pantas Dian Thahirah mencapai telefon bimbitnya. 

        "The praying room for ladies is next to the Persatuan Pelajar Islam room"

Mesej dari Eric. Pelik. Kenapa pemuda itu memberitahunya tentang musolla yang dia sendiri belum jumpa. Dan bagaimana dia tahu? 

"Siapa Dian?" soal Iqram prihatin.

"Eric, my group leader." pendek jawaban yang di beri. Nanti nantilah. Dian Thahirah tiada mood mahu bercerita.

ummihana Publish time 30-3-2011 08:55 PM

"Why do you need to cover up?" Angeline bertanya. Asap rokoknya sedikit mengganggu keselesaan Dian Thahirah membuat dia terbatuk batuk kecil. 

"Dont you think its a bit personal to ask her questions like that? Furthermore, she's just observing her religion." Eric mencelah perbualan Angeline. Tanpa segan, Angeline menghembus asap rokoknya ke wajah Eric lantas tertawa apabila wajah lelaki itu berubah rona.

" Err, I think its okay for her to ask stuffs like that. Its nothing personal." pantas Dian Thahirah membalas, runsing melihat amarah ketua kumpulannya itu.

   Angline memetik jari tanda dia tidak salah. "See, Dian is a sensible girl. I know my question wont hurt her." Eric mencebik manakala rakan rakan yang lain sudah mula berbisik bisik.
  
Sharifah Syahidah Namirah, gadis kacukan Arab Melayu memandang Dian dengan pandangan yang tidak boleh di tafsirkan. Dian mengambil nafas lalu di lepaskan. Dia menoleh memandang Angeline yang berada di sisinya.

    "You wanna know? I'll share with you. No consultation fees, i guarantee." sempat dia berseloroh. Dalam hatinya, dia merintih agar Allah memandu setiap perkataan yang bakal keluar dari bibirnya. Semoga apa yg di katanya itu dapat di terima, mengikut syarak dan yang paling penting, tiada pihak yang akan terasa hati.

"Wearing the hijab, covering ourselves in asked of all Muslim women once they reach puberty.The answer to the question is very simple - Muslim women observe HIJAB (covering the head and the body) because Allah has told them to do so.

In d Quran, Allah said,""O Prophet, tell your wives and daughters and the believing women to draw their outer garments around them (when they go out or are among men). That is better in order that they may be known (to be Muslims) and not annoyed..." (Qur'an 33:59)

A Muslim woman who covers her head is making a statement about her identity. Anyone who sees her will know that she is a Muslim and has a good moral character. Many Muslim women who cover are filled with dignity and self esteem; they are pleased to be identified as a Muslim woman. As a chaste, modest, pure woman, she does not want her sexuality to enter into interactions with men in the smallest degree. A woman who covers herself is concealing her sexuality but allowing her femininity to be brought out."

Dian Thahirah memandang seorang demi seorang rakan sekumpulannya. Pandangannya terhenti pada pandangan mata Namirah. Ada riak serba salah pada wajah gadis manis itu.  

Angeline mengangguk. Dia memandang Dian dengan senyuman, kemudian menoleh ke arah Namirah.

"Its a sin not to wear the hijab,then?" Eric bertanya pula. Dian Thahirah sekadar mengangguk,tidak mahu menerangkan panjang lebar kerana tidak mahu Namirah terasa hati. Agamanya perlu di jaga mankala hati Namirah jangan sekali kali terguris. Jangan kerana Dian,Namirah tidak dapat melihat keindahan Islam itu.

"Then, what about her? Doesnt she has any self esteem at all? Is she going to bear her sins for as long as she doesnt cover up? Wear the hijab?" tiba tiba Angeline menyoal. Terpempan Dian Thahirah mendengar soalan itu. Sinis sekali. Dian menggeleng kepala perlahan. Namirah sudah membuang pandang. Jemarinya diremas gelisah.

"Its not like that,Angie," Dian memanggil rakannya itu dengan panggilan manjanya. Dia menoleh sekilas ke arah Namirah kemudian bersuara.

"It is indeed a sin for a Muslim not to observe what is expected of oneself. But in Islam, each and everyone of us are given chances for as long as we live. Sinners who truly repent and observe the life of a Muslim, will be forgiven." terang Dian Thahirah, sekaligus mengharapkan Namirah dapat menerima apa yang dia katakan. Sayang, gadis secantik Namirah membiarkan tubuhnya di lihat oleh semua orang. Sedih hati Dian Thahirah melihat rakannya yang seorang itu. Angeline terangguk angguk mendengar penerangan Dian Thahirah. 

   Mujur perjumpaan mereka tidak lama. Sebelum jam empat suku, Eric sudah memutuskan agar ahli kumpulan membuat tuasan masing masing di rumah.

   "Got a date Eric?" usik Edwin sebelum dia berlalu. 

    "Who would want to date a genius?" usik Angeline pula, membuat rakan rakan yang lain tertawa geli hati.

 Dian Thahirah turut mengemaskan peralatannya.  Sebelum pulang, dia berkira kira untuk ke bilik persatuan dahulu untuk bersolat Asar. 

  "Dian, can we talk?" Namirah menyentuh tangannya. 

   "I am sorry about what happen, Mirah," pantas Dian meminta maaf. Dia tahu perbualan tadi merimaskan rakannya itu. Mana tahu Namirah tersinggung. Namirah sekadar menggeleng. 

   " You tak ada salah lah gal. Apa you cakap tu semuanya betul. But i need your help," Namirah tertawa hambar. Matanya memandang Dia Thahirah, mengharap agar gadis itu bersedia mendengar apa yang dia mahu katakan.

    " You wanna come with me? I nak solat dulu sebelum balik."


 

ummihana Publish time 30-3-2011 08:57 PM

Okay... Dah cukup lah tu iya. Hana x bwak laptop ke JB. Semua tinggal kat rumah. Hana update guna iphone ni. Jenuh juga...

kaypo Publish time 30-3-2011 09:17 PM

Hannah...hang kah?? budak lama yg ilang kan diri?
Adilla Post at 30-3-2011 11:29 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Hannahhhhhhhhhhhhhhh...rindu kamu..dimana menyorok selama ini?..masih diseberang tambak lagi???
masih ingat kat aku tak ni?

qimi08 Publish time 30-3-2011 09:17 PM

Reply 17# ummihana


    Okeh ......tahanya mata....

ummihana Publish time 30-3-2011 10:07 PM

Reply 18# qimi08


    Dah berpinar ni kak...
Pages: [1] 2 3
View full version: Tanpa tajuk..


ADVERTISEMENT