DidiAndFren Publish time 4-5-2024 04:29 PM

PM santuni rakyat pada majlis Aidilfitri Parlimen Tambun

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh45santunan1_1714804932.jpg Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menyantuni rakyat pada Majlis Santunan Aidilfitri peringkat Parlimen Tambun di Manjoi, Ipoh hari ini. - NSTP/L Manimaran





IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat pada Majlis Santunan Aidilfitri Peringkat Parlimen Tambun di Padang Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Jelapang Baru, dekat Gugusan Manjoi, di sini, hari ini.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 1.10 tengah hari dengan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, meluangkan masa 30 minit pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 10,000 pengunjung sebelum beredar.

Pengunjung turut diraikan dengan penampilan khas ahli kumpulan De Fam, iaitu trio Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis yang mendendangkan lagu 'Alamak Raya Lagi!'.
Pages: [1]
View full version: PM santuni rakyat pada majlis Aidilfitri Parlimen Tambun


ADVERTISEMENT