FOTHER-MUCKER Publish time 2-5-2024 08:53 AM

Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa​

Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa​
01 MAY 2024

https://carigold.com/forum/attachments/2633346-jpg.780321/?watermark_date=1714579103

Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meniru suara singa. - Agensi


LONDON – Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meniru suara singa mengaum tular di media sosial baru-baru ini.

Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu apabila kanak-kanak itu dia mengaum seperti singa seperti dilihat dalam televisyen atau zoo.

Dalam video itu kanak-kanak itu menerangkan satu persatu cara dia mengaum seperti menyedut udara menerusi hidung dan kemudian mengeluarkan secara serentak melalui mulut.

Video itu mendapat tontonan satu juta sejak ia dimuat naik pada 25 April lalu.

Ramai netizen memberi komen mengenai kebolehan Scott meniru suara singa sebenar dan segelintir menyatakan kemahiran itu mudah ditiru kanak-kanak berbanding orang dewasa.

“Kanak-kanak belajar dengan cepat dan mampu melakukan apa saja yang mereka fikirkan.

“Itulah, sebagai ibu-bapa anda perlu ingat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dunia ini supaya mereka dapat membesar dengan sihat,” kata netizen yang mengagumi kaletah kanak-kanak itu bercakap. – Agensi


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/01/2633346.jpg
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singaLONDON - Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meniru suara singa mengaum tular di media sosial baru-baru ini.Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X...




FOTHER-MUCKER Publish time 2-5-2024 08:55 AM

Edited by FOTHER-MUCKER at 1-5-2024 05:07 PM

https://www.tiktok.com/@rileykayscott/video/7363744468371131681?_t=8m06bStUsvx&_r=1

https://www.tiktok.com/@rileykayscott/video

https://www.tiktok.com/@rileykay ... _t=8m06bStUsvx&_r=1


mojarean_X Publish time 2-5-2024 09:08 AM

Saya pun boleh. Saya pun boleh. My hidden talent giteww

cmf_premierleag Publish time 2-5-2024 09:09 AM

Ko dah kenapa dik? Dah buang tebiat ke

Ahriman Publish time 2-5-2024 10:56 AM

Edited by Ahriman at 2-5-2024 01:11 PM

Awal sangat adik ni.;P
Orng pompuan bila ada anak,automatik ada capability untuk "mengaum".:lol:

stingergrumpy Publish time 2-5-2024 11:38 AM

Masih tak boleh celen my cuddly cutie pie bilal.....

stingergrumpy Publish time 2-5-2024 11:39 AM

mojarean_X replied at 2-5-2024 09:08 AM
Saya pun boleh. Saya pun boleh. My hidden talent giteww

Ko mengaum keww mengerang?

Kahkahkahkah

Aliaskotonggo Publish time 2-5-2024 11:41 AM

kawan aku boleh berjalan macam buaya, boleh ke aku masukkan dia ke dalam british got talent? harap respon dengan segera

_kelly Publish time 2-5-2024 12:18 PM

comel dedua beranak ni

Skuau Publish time 2-5-2024 08:28 PM

Aliaskotonggo replied at 2-5-2024 11:41 AM
kawan aku boleh berjalan macam buaya, boleh ke aku masukkan dia ke dalam british got talent? harap r ...

tipu..boya bkn berjalan..tu...merangkak la...;P

B40tastePosh Publish time 2-5-2024 08:39 PM

Kenapa tak dipanggil gorilla betina?{:shyo

orenmango Publish time 2-5-2024 08:47 PM

Semalam baru tgk video mengaum Riley ni. Acik is impressed dik.

Thunderclouds Publish time 2-5-2024 10:07 PM

Comel.
Jadi lak tu.
Tp xleh celen minah yg wat munyi whistle ketapi tu.

Aliaskotonggo Publish time 3-5-2024 09:47 PM

Skuau replied at 2-5-2024 08:28 PM
tipu..boya bkn berjalan..tu...merangkak la...

kawan aku tu buaya darat

tumpanglalu74 Publish time 4-5-2024 01:43 PM

7361864340007357729
https://vt.tiktok.com/ZSFKqfPSC/

belilies Publish time 4-5-2024 03:05 PM

tumpanglalu74 replied at 4-5-2024 01:43 PM
https://vt.tiktok.com/ZSFKqfPSC/

Comelnyaaa sebijik muka maknya. Copy paste!
Pages: [1]
View full version: Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa​


ADVERTISEMENT