CARI-MAL Publish time 2-5-2024 07:50 AM

Penunggang motosikal melambung dilanggar kereta langgar lampu merah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/02/075026fccwccmozl7o4cl4.png



SEREMBAN – Tular sebuah video di media sosial berkenaan kejadian seorang penunggang motosikal melambung selepas bertembung dengan kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat SIGC di sini, hari ini.


Video berdurasi satu minit sembilan saat itu memaparkan penunggang motosikal tersebut tidak memberikan sebarang reaksi selepas tertiarap atas jalan raya.


Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din, kejadian berlaku pukul 10.35 pagi melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang lelaki berusia 44 tahun dan sebuah kereta Nissan Sentra dipandu wanita warga emas.


“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.


“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal. Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera di muka dan badan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Ujar Mohamad Hatta penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 167/59).


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Sumber -KOSMO! ONLINE.

zarulnazmi Publish time 2-5-2024 10:23 AM

warga emas. janganlah nanti keluar alasan rabun pekak.

jazaa100 Publish time 2-5-2024 11:39 AM

Nissan sentra....dah blh agak bangsa apa suka pakai keta ni...

stingergrumpy Publish time 2-5-2024 11:43 AM

jazaa100 replied at 2-5-2024 11:39 AM
Nissan sentra....dah blh agak bangsa apa suka pakai keta ni...

Posting 3R.....ko berhati hati...honda jazel

supernaturalee Publish time 2-5-2024 12:19 PM

mana videonya nyah

airfilterkotor Publish time 2-5-2024 12:46 PM

Warga emas kalau pandu motokar, aduii... menanah mata tengok.

Refleks lambat, selow, acah² masuk simpang tapi tak jadi dan pelbagai lagi ragam.

Berbahaya kepada pengguna lain.

akies Publish time 2-5-2024 12:47 PM

Ya Allah! Moga rider tu tkde alami kecederaan parah

prettyuglybabe Publish time 2-5-2024 12:52 PM

nyonya kah?

Carcosa Publish time 2-5-2024 01:49 PM

Susah laaa warga2 emas niiii. Brp kali dah close encounter dgn diorang ni on the road. Terhegeh2 nak keluar simpang, time org dah dkt, baru nak keluar. Semak laaaa. Kang bila org marah, kata road bully. Kau dah lama idup, aku ni ha dgn anak kecik lagi, nak kena pikirkan utk ko plk, Boleh ke Aunty ni keluar simpang? Boleh ke Uncle ni drive slow dkt middle lane? Alamakkk leceh la. Sorry not sorry. Kalau dah tak larat tu, naik Grab je laaaaa. Kan senang.

cantthinkofany Publish time 2-5-2024 02:58 PM

biasa la warga emas...reflex tu slow sikit....rasa mcm lepas je bila lampu kuning berkedip2...tanpa menyedari alihan kaki dari accelerator to brake tu tak sepantas yg dijangkakan.....

jazaa100 Publish time 2-5-2024 05:26 PM

stingergrumpy replied at 2-5-2024 11:43 AM
Posting 3R.....ko berhati hati...honda jazel

Ha...ha..3R...{:drifto

Apoo Publish time 2-5-2024 05:37 PM

Satu saja nasihat untuk diri sendiri & orang lain. Even though lampu belah kita hijau, tengok2 kan juga kiri kanan. Kadang2 ada khinzir yg langgar traffic light ni guna juga jalan tersebut. Biarlah kita mengalah. Tak worth it klu terlibat dlm kemalangan.

TomyamPuteh Publish time 2-5-2024 06:27 PM

Sepetkan drebar tak guna tu?

airfilterkotor Publish time 2-5-2024 06:33 PM

Apoo replied at 2-5-2024 05:37 PM
Satu saja nasihat untuk diri sendiri & orang lain. Even though lampu belah kita hijau, tengok2 kan j ...

Ye benar sekali.
Tengok aje dak-dak rider delivery... bedesup jer lampu merah sambil kepala toleh depan toleh henpon berulang kali.

airfilterkotor Publish time 2-5-2024 06:34 PM

Tak kira la dia bangsa apa pun, kalau dah warga emas tu hati-hati aje la.

B40tastePosh Publish time 2-5-2024 09:14 PM

Aku tengok kalau usb type-c memandu memang cam hanat....terutama type-c yang kerja bengkel kereta dan bengkel motor.

stingergrumpy Publish time 2-5-2024 09:54 PM

Apoo replied at 2-5-2024 05:37 PM
Satu saja nasihat untuk diri sendiri & orang lain. Even though lampu belah kita hijau, tengok2 kan j ...

Dalam istilah yg digunakhen oleh anak jiran aku yg 3 tahun....DEFENSIVE DRIVING....(Anticipating the idiocrisy of other road users on the road, so that you could react promptly and safely....)

nazzse Publish time 3-5-2024 02:34 PM

B40tastePosh replied at 2-5-2024 01:14 PM
Aku tengok kalau usb type-c memandu memang cam hanat....terutama type-c yang kerja bengkel kereta da ...

pompuan type c pun sama..driver slow serupa kura2 berangan dok lane kanan. Bagi lampu pun tak reti nak ke kiri. Spesis bangang berak tak basuh

acikhan Publish time 3-5-2024 02:47 PM

haku pun nyaris nk accident td nie, Naik motor haku dari simpang 3 da hijau sptt nyer Jalan Ade 1 keta nie langgar lampu merah jln lurus pastu hon haku, keta yg lain pun hon tp x tau hon kat haku atau keta tu... padahal yg langgar lampu merah tu yg salah

Gunama Publish time 3-5-2024 02:50 PM

Terkedu tgk vid. Moga rider tu diberi kesembuhan..Amin
Kepada driver, semoga mimpi ngeri tiap mlm.
Pages: [1] 2
View full version: Penunggang motosikal melambung dilanggar kereta langgar lampu merah


ADVERTISEMENT