YgBenar Publish time 1-5-2024 11:59 AM

Datuk Bandar Ipoh Umum Bakal Lancarkan Aplikasi Penstriman TV Digital Setanding Netflix.Anda teruja?

Tidak lama lagi, Ipoh akan membangunkan aplikasi penstriman televisyen digital yang akan mempamerkan pelbagai filem dan siri sama seperti konsep Netflix


Menurut laporan Ipoh Echo, Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin menyebut idea ini akan direalisasikan melalui kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan sebuah syarikat di bawah arahan pembikin filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki.

Jelasnya, cadangan dan konsep itu berkemungkinan akan dilaksanakan mulai tahun ini.

"Kami menyasarkan untuk melonjakkan industri kreatif ini di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu. Pada pandangan saya, saya mahu mencipta sesuatu seperti Netflix.

"Ia akan menjadi format TV digital kerana ini adalah masa depan untuk industri, dan kami bekerjasama dengan syarikat Afdlin Shauki.

"Sebelum ini, Ipoh diiktiraf sebagai UNESCO Creative City of Music (UCCN). Akan ada tujuh bahagian dalam aplikasi itu termasuk satu bahagian untuk jualan barangan," katanya

Selain itu, aplikasi tersebut akan menggunakan pendekatan yang serupa dengan perkhidmatan penstriman lain, di mana caj akan dikira berdasarkan jenis kandungan yang ditonton.

"Sebagai contoh seperti Astro, anda membayar yuran bulanan. Tetapi konsep yang ingin kami perkenalkan ialah, contohnya, membayar RM1 untuk satu filem.

"Bagaimanapun, konsep itu masih dalam perbincangan termasuk filem yang akan diketengahkan. Mari kita mulakan dahulu, saya sentiasa membayangkan Ipoh akan menjadi seperti Bollywood, memandangkan industri kreatif yang berkembang pesat di sana," katanya lagi.



Sebelum ini, Datuk Afdlin yang juga mempengerusikan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), mengadakan perbincangan dengan Datuk Rumaizi berhubung industri digital dan penyiaran sempena pengiktirafan Ipoh sebagai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO untuk muzik

Aliaskotonggo Publish time 1-5-2024 12:12 PM

kalau dah sama mcm netplix.. apa ke jadahnya...

Decaffeinated Publish time 1-5-2024 12:31 PM

Babi nak terbang silakan, make sure pandai landing. That's where most crashes happen.

kucingitam Publish time 2-5-2024 04:00 PM

kah kah kah

vanillaninja Publish time 2-5-2024 04:46 PM

Tak teruja sebab I subscribe Netflix, HBO Go, Disney Plus, Prime. Tak tertengok pun semua :lol:

ifanonline Publish time 2-5-2024 04:51 PM

Malaysia tak mampu utk supply content setanding netflix, disney+, etc

nak buat filem pun payah malaysia ni, apetah lagi daily streaming

fefeeling Publish time 2-5-2024 10:52 PM

Dulu pun ada kan sapa entah yg buat channel ala netplix tp versi islamik.. mana? Hidup lg ke channel ittew? ;P

ujio Publish time 2-5-2024 11:14 PM

Tak teruja.

white_musk Publish time 2-5-2024 11:21 PM

vanillaninja replied at 2-5-2024 04:46 PM
Tak teruja sebab I subscribe Netflix, HBO Go, Disney Plus, Prime. Tak tertengok pun semua

Kfc mcd makan tak?

hyie Publish time 2-5-2024 11:25 PM

fefeeling replied at 2-5-2024 10:52 PM
Dulu pun ada kan sapa entah yg buat channel ala netplix tp versi islamik.. mana? Hidup lg ke channel ...

Nurflix yach :lol:

otai_g Publish time 3-5-2024 02:29 AM

Ini sama mcm Kes lrt kat Langkawi. Penting sgt ke ala2 Netflix ni kat rakyat ipoh? Da x de bnd lain yg lbh mendesak nak buat?

tobobon Publish time 3-5-2024 02:58 AM

hyie replied at 2-5-2024 11:25 PM
Nurflix yach

ya rabbi..meols google ada lg yachhh..tagline depa sopan stream :lol::lol:

mrseller Publish time 3-5-2024 07:54 AM

Tgk muka topui jer aku dah bole agak MBI akan kena scam mcm SNBJ jugakkkk

cmf_premierleag Publish time 3-5-2024 07:56 AM

fefeeling replied at 2-5-2024 10:52 PM
Dulu pun ada kan sapa entah yg buat channel ala netplix tp versi islamik.. mana? Hidup lg ke channel ...

Laaa mmg penah ada ke? Mohtep aku x tau?? Nmpk sgt mmg projek tu sendu dan fail now;P

plywood Publish time 3-5-2024 08:13 AM

kualiti dan harga, kalau itu tak boleh fight jangan berangan boleh survive..

I.K.A888990 Publish time 3-5-2024 08:16 AM

betul2 bakalan terjadi atau hanya............
jeng jeng jeng

cantthinkofany Publish time 3-5-2024 08:39 AM

free ka?....kalau bayar....langsung tak teruja....

Tinot7 Publish time 3-5-2024 08:50 AM

Apa citer2 deme tu? Kalau sumer citer tak menarik, org pun tak tertarik nak langgan

supernaturalee Publish time 3-5-2024 10:51 AM

projek2 hiburan kt ipoh ni mcm susah je nk survive sbb mentenen dan mcmn nk terus tarik crowd keep on coming & more coming
contoh fail: MAPS

mcm ada lg kan
x igt dah

fefeeling Publish time 6-5-2024 10:08 AM

cmf_premierleag replied at 3-5-2024 07:56 AM
Laaa mmg penah ada ke? Mohtep aku x tau?? Nmpk sgt mmg projek tu sendu dan fail now

ada poremer ingatkan td nurflix nama dia.. ha lesap terus tak nampak nur dah :lol:
Pages: [1] 2
View full version: Datuk Bandar Ipoh Umum Bakal Lancarkan Aplikasi Penstriman TV Digital Setanding Netflix.Anda teruja?


ADVERTISEMENT