antikorok Publish time 1-5-2024 11:47 AM

TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

Edited by antikorok at 3-5-2024 12:38 AM

Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

Disiarkan pada: May 1, 2024 @ 11:29am

Oleh Noor Atiqah Sulaiman
nooratiqah.sulaiman@bh.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/DATUK_SERI_ANWAR_IBRAHIM_1714534622.jpg
ANWAR (tengah) ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC hari ini. FOTO Bernama


Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15 peratus, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.


"Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

"Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... h-lebih-rm2000-pmMA


antikorok Publish time 1-5-2024 11:57 AM



uO02kOxZ06w

aechae Publish time 1-5-2024 12:00 PM

Hoyeahhhh…syukur Alhamdulillah.
Jangan ada yg merungut nape bermuala 1 Dec lah apa lah, org nk bg terima aje tggu smpai wktunya

fairiza Publish time 1-5-2024 12:10 PM

Rezeki memasing. Dengarnya pesara pun naik gak kan?

hidet Publish time 1-5-2024 12:12 PM

Untunglaaaaahhhhh..syukurrr alhamdulillah..kalau di swasta tu dah kira mcm promotion rate dah

lostnfaun Publish time 1-5-2024 12:13 PM

Bank Rakyat senyum lebar. Harap dividen boleh dapat 20% nanti. Haha

xy_daen Publish time 1-5-2024 12:16 PM

Get ready subsidi bersasar

axl_bach Publish time 1-5-2024 12:19 PM

15% ni semua kategori atau ada hanky panky lg.......

kaseh80 Publish time 1-5-2024 12:26 PM

Purcaya ka???????
{:21MCo

Miss_Ceri Publish time 1-5-2024 12:29 PM


"Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya," katanya.

Maksud ayat ni mcm belum study lagi tahap kemampuan. Tapi dh confirm kan ni, gaji penjawat awam naik bulan 12, bukan janji kosong.

Zack8hunter Publish time 1-5-2024 12:37 PM

Tahniah Acik Gomen..harap2 peniaga tak ambil kesempatan naikkan harga

imanjannah Publish time 1-5-2024 12:37 PM

tahniah acik2 pokcik2 gomen.. :lol::lol::lol::lol:;P;P;P

adm7 Publish time 1-5-2024 12:49 PM

Bank rakyat, mbsb, bank islam bsn, bank muamalat, koperasi dan sewaktu dengannya tersenyum manis:laugh3:

gurlfriday Publish time 1-5-2024 12:50 PM

Mls nk caya sgt si madanon ni, msti ada catch la

lurve82 Publish time 1-5-2024 12:52 PM

Hmmm naik dh ke 5 angka. Lhdn tersenyum lebar. Apa2 bersyukurrr

lo_la Publish time 1-5-2024 12:53 PM

xy_daen replied at 1-5-2024 12:16 PM
Get ready subsidi bersasar

Exactly my thought.
Tungguuu…

FOTHER-MUCKER Publish time 1-5-2024 12:53 PM

Kerja pun kena rajin lah kan? Jangan melepak di kedai mamak lagi

dua_chzy Publish time 1-5-2024 12:54 PM

Macam too good to be true aja. Tapi kalau iya aku yang kerja full time makan gaji gomen takda side income macam porumer2 laen ini seharusnya bersyukur saja la atas rezeki ini kan.

zehra2 Publish time 1-5-2024 12:59 PM

naik banyak. potong pcb pun byk.
tax pun tinggi sbb aku bujang.. walau beranak 35 ekor.
ntah ler ada ke dpt subsidi bersasar tu.

cursebreaker Publish time 1-5-2024 01:00 PM

lurve82 replied at 1-5-2024 12:52 PM
Hmmm naik dh ke 5 angka. Lhdn tersenyum lebar. Apa2 bersyukurrr

wah tahniah..mesti basic sis dah borderline 5 angka ni..sis gred 52/54 ya?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM


ADVERTISEMENT