ded1 Publish time 25-3-2011 11:43 AM

prosedur/bagaimana beli motor/kereta/kenderaan dari luar negara.

Saya terdetik hati menulis ni sebab banyak dengar khabar angin/cerita karut/ramai yang salah faham dengan prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara (thailand/singapore/memana negara) untuk dibawa masuk / dipakai di malaysia. Memang prosedur rumit tapi kalau hati dah suka, redah saja. Ini adalah untuk pembeli persendirian saja (?). Sebenarnya tidak salah memakai kenderaan bernombor pendaftaran asing di malaysia, cuma anda perlu patuh kepada segala syarat dan ICP anda sah.

Ada 2 cara membawa masuk kenderaan:

a. melalui AP / permit import
b. tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit) - seperti cukai jalan sementara untuk tempoh 3 bulan

1. Melalui AP, AP perlu di pohon kepada pihak MITI - sila rujuk http://www.mohr.gov.my/pdf/permit_ap.pdf
2. Tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit).
3. Anda perlu berurusan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia (http://www.customs.gov.my), anda perlu mengemukakan AP, mengisi borang kastam 1 untuk proses pembayaran duti.   

Bayaran yang dikenakan terhadap anda oleh Kastam:

Contohnya motorsikal yamaha YZF R-125 seperti gambar di bawah (cuma berharga RM 6 ribu lebih di negara lain !) yang mempunyai CC 125 - 30% cukai dari harga sebenar kenderaan di negara anda beli (setelah di tukar ke matawang RM), 30% duti eksais dari kos anda terhadap kos insuran, kos pengangkutan, jenis pemasangan kenderaan (CBU/CKD) dan kos ICP.

sekadar ini sahaja yang saya dapat kongsikan hasil pertanyaan dengan pihak Kastam.

Untuk maklumat lanjut sila:

Pusat Panggilan Kastam
Tel: 03-78067200
Faks: 03-78067599
Email: ccc@customs.gov.my


http://bikereview.files.wordpress.com/2010/12/yamaha-yzf-r125-different-colour-view-1.jpg?w=500&h=380

faizfaridi1995 Publish time 21-4-2021 07:08 AM

Bang tadi saya ada baca dekatbm.cari.com.mydan saya terbaca abang punya vlog, so saya sekarang tengah proses membeli motosikal pre order

ZX25R yang baru di indonesia untuk hantar ke malaysia, macam mana pulak prosudernya, sebab motor tu belum ada nombor plate sama sekali kalau macam tu, macam mana pulak proseudernya ya?


Pages: [1]
View full version: prosedur/bagaimana beli motor/kereta/kenderaan dari luar negara.


ADVERTISEMENT