FOTHER-MUCKER Publish time 30-4-2024 08:08 AM

ISU KIMPALAN GANDAR BELAKANG OMODA 5, CHERY MALAYSIA KELUAR KENYATAAN RASMI​

Edited by FOTHER-MUCKER at 29-4-2024 04:37 PM

https://i.postimg.cc/zvhh41vh/IMG-3125.jpg

Buletin
ISU KIMPALAN GANDAR BELAKANG OMODA 5, CHERY MALAYSIA KELUAR KENYATAAN RASMI​

Zhafirin Zulkifli29/04/2024



Susulan isu melibatkan kimpalan gandar belakang Chery Omoda 5 yang tular baru-baru ini, Chery Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut.

“Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan kami, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit,” katanya.

“Bagi memberi ketenangan minda, para pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi.

https://carigold.com/forum/attachments/chery-omoda-5-kimpalan-mekanika-3-jpg.779326/?watermark_date=1714423037

“Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

Isu berkenaan tular di media sosial sejak semalam selepas pemilik Chery Omoda 5 berkenaan memuat naik hantaran di laman Facebook.

https://carigold.com/forum/attachments/chery-omoda-5-kimpalan-mekanika-2-jpg.779327/?watermark_date=1714423038

https://i.postimg.cc/QNB7KjfJ/IMG-3124.jpg
https://i.postimg.cc/zvhh41vh/IMG-3125.jpg
https://i.postimg.cc/mgPRQ3XP/IMG-3126.jpg

Jelasnya, detik cemas itu berlaku semasa dia dan tiga rakannya berada di dalam kereta tersebut ketika melalui selekoh jalan.

Ceritanya lagi, mujurlah pada ketika itu dia memandu pada kelajuan rendah.

Apa yang menghairankannya, laluan tersebut ‘tiada bonggol dan jalan berlubang‘, bahkan kereta tersebut juga belum pernah mengalami kemalangan.


https://i.postimg.cc/fbgCcBm3/IMG-3123.jpg




FOTHER-MUCKER Publish time 30-4-2024 08:17 AM

Kepada sesiapa yang sudah memikiki kereta ini boleh menyesal kot?

Jika saya memang tidak confidence lagi untuk drive, ini qualiti lebih terok daripada kereta mainan kanak kanak.

vanillaninja Publish time 30-4-2024 08:19 AM

I memang skeptical dengan Chinese cars. Harapkan design je la lawa2.

zorrro_03 Publish time 30-4-2024 08:38 AM

welding tak cukup api ni lah jadinya. set ampere rendah sgt kau ni made in china woiiiiii.kau nak jimat elektrik ye? :huffy

sapeka Publish time 30-4-2024 09:10 AM

Kualiti apa ni
Teruknya

mojarean_X Publish time 30-4-2024 09:18 AM

Beli je lah Toyota. Sape lah pelik2 beli kete PRC ni

scorpionkiki Publish time 30-4-2024 10:08 AM

Baiklah beli toyota...walau boring tak diperkatakan tp reliabilitinya jauh tinggalkan kereta2 yg lain. Tak gaduh risau kereta rosak tengah jalan.
Chinese car yg blh i caya nak naik Geely aja sbb dia ambik Volvo spect. Volvo pun dah dibeli Geely kalsu tak salah

Firenzza Publish time 30-4-2024 10:15 AM

vanillaninja replied at 30-4-2024 08:19 AM
I memang skeptical dengan Chinese cars. Harapkan design je la lawa2.

Ploton pun made in prc jugak sis......so blh assume kualiti pun haukkk

kepompong Publish time 30-4-2024 10:21 AM

risiko nya bila nyawa dipertaruhkan


terigt naza sutera dulu2... kesian pembeli

kepompong Publish time 30-4-2024 10:25 AM

kalau recall , dia ganti dgn keta baru ke apa???? model sama ke :sweat3:

_blackbird Publish time 30-4-2024 10:31 AM

what to expect made in china kan. bosan dengan brand china ni, takda creativity, takda identity, takda inovasi, takda kualiti. semua copy brand yg lebih established. kenapa ummah bani tamim suka support company mcm ni pon tak paham.

ikut kan harga chery ni tak jauh beza pon dengan HRV, sudah la copy sebijik mix design between hrv & range rover, kalau ada budget 100k utk beli kereta, baik beli hrv je


kepompong Publish time 30-4-2024 10:33 AM

_blackbird replied at 30-4-2024 10:31 AM
what to expect made in china kan. bosan dengan brand china ni, takda creativity, takda identity, tak ...

hrv baru tak lawa . K bai

_blackbird Publish time 30-4-2024 10:35 AM

Firenzza replied at 30-4-2024 10:15 AM
Ploton pun made in prc jugak sis......so blh assume kualiti pun haukkk

mmg hauk juga, x50 pon byk masalah. takyah cerita higher range lah, saga pekak pon byk problem juga. ada sorg kawan aku pakai saga pekak, sampai hari ni dah berbulan2 masalah brake jam dia tak settle2. proton lepas tangan soh repair sendiri. dia kata dia takda stok barang. dia soh pi cari sendiri kat sparepart. ko rasa agent ckp mcm tu ko hangin tak???? hihihihi

_blackbird Publish time 30-4-2024 10:36 AM

kepompong replied at 30-4-2024 10:33 AM
hrv baru tak lawa . K bai

camtu beli la yg model lama. hihihi :$:$

Mary_jane Publish time 30-4-2024 11:00 AM

Baru je tu hari isu brek sampai menangis2 menggigil2 minah tu sambil record video. Giler betul lah. Design je lawa quality hauk. Macam orang lah, muka lawa hati busuk. Tibehhh. :lol:

cmf_premierleag Publish time 30-4-2024 11:01 AM

Zmn skang ni byk je keter kene recall........even US brand si tesla cybertruck tu pun kene recall gak last month
Tp skang akak rs tempting nk tambah hutang, nak beli peugeot 408 allure yg baru tu...:$
Berbaloi ke eh beli keter pijot nih?

JunkMail Publish time 30-4-2024 11:18 AM

Seramnya ... Takut Ler pulak nak beli kete baru macam ni. Tapi kalau aku tak hingin beli Cherry amoda tu...pelik nawwww rupa paras

aint Publish time 30-4-2024 12:00 PM

dr keta buatan China...baik lg perodua atau proton... keta brand china ni level keta maianan jer... tak sesuai on the road

pokokmeranti Publish time 30-4-2024 12:08 PM

ada kerosakan kita sebagai pengguna boleh terima, tapi ada kerosakan yg langsung x masuk akal. ada perkara klu x sepetutnya asik SC kata normal. itu sbb PAS pilih Merc. Sekian

syamzana Publish time 30-4-2024 12:17 PM

cherry merry china mari ni takyah la dok beli mcm gah pada design manufac/workmanship kelautan sgt
jgnkan cherry, keluaran kereta proton sejak jv dgn geely pun iols dah tak percaya sgt
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: ISU KIMPALAN GANDAR BELAKANG OMODA 5, CHERY MALAYSIA KELUAR KENYATAAN RASMI​


ADVERTISEMENT