mattzzx Publish time 29-4-2024 02:20 PM

Real waspada cabaran Bayern

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tusdavhagbwrug2ho4ui_1714368048.jpg
Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti (kanan) akan bertandang ke Allianz Arena untuk aksi pertama separuh akhir bertemu Bayern Munich bimbingan Thomas Tuchel (kiri). - Foto AGENSI

MADRID: Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan berganda La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi untuk bergelar juara Eropah, mereka terlebih dahulu perlu melepasi cabaran Bayern Munich di separuh akhir.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti akan bertandang ke Bavaria untuk aksi pertama separuh akhir esok, perlawanan yang dilabelkan sebagai 'Clasico Eropah'.

Dalam 26 pertembungan antara dua gergasi Eropah itu sebelum ini, Madrid memenangi 12 daripadanya berbanding 11 oleh Bayern.

Sepanjang sedekad lalu, Madrid dilihat mempunyai kelebihan berbanding kelab Bundesliga itu.


Juara 14 kali itu menyingkirkan Bayern di ketiga-tiga pertemuan kalah mati terakhir mereka - separuh akhir 2014 dan 2018, serta suku akhir 2017.

Real muncul juara di setiap edisi berkenaan.

Ancelotti membimbing Bayern ketika suku akhir 2017, dengan hatrik Cristiano Ronaldo menyingkirkan skuad kendaliannya dalam masa tambahan di Santiago Bernabeu.

Beberapa bulan kemudian Bayern memecat pengendali dari Itali itu, dengan Madrid kembali ke Allianz Arena untuk Ancelotti membuktikan keupayaannya kepada bekas majikan.

Bayern, juara enam kali Liga Juara-Juara, hanya menjulang trofi itu sekali sejak kejayaan pada tahun 2013 - ketika menewaskan Borussia Dortmund di Wembley.

Sepanjang tempoh itu, Los Blancos muncul juara Eropah sebanyak lima kali.

"Mereka mengharungi musim yang sukar tetapi sekarang mereka mungkin berada pada tahap terbaik dan mempunyai (Harry) Kane, yang banyak menjaringkan gol.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sengit, seimbang, dan kami perlu berjuang. Kami sedia berdepan mereka dan akan melakukannya dengan penuh yakin," kata Ancelotti. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1240549/real-waspada-cabaran-bayern
Pages: [1]
View full version: Real waspada cabaran Bayern


ADVERTISEMENT