mattzzx Publish time 29-4-2024 10:03 AM

Sylvester Stallone pernah kerja salon

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F27%2F2665273.jpg
Sylvester Stallone pernah bekerja di salon milik ibunya.

PASTI tiada siapa pernah menyangka di sebalik wajah serius dan badan sasa Sylvester Stallone, bintang legenda Hollywood ini pernah bekerja di sebuah salon.

Pada usia belasan tahun, Sylvester bekerja di salon milik ibunya sebagai hukuman kerana sering membuat masalah di sekolah.

Sylvester, 77, mendedahkan walaupun tidak berminat dengan kerja yang dilakukan namun dia terpaksa kerana tiada pilihan.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/27/2665274.jpg

Sylvester mahir memotong rambut wanita.

Pun begitu katanya, selepas beberapa bulan bekerja di salon tersebut dia mula terbiasa dengan kerja-kerja memotong rambut wanita dengan pelbagai fesyen.

Malah ceritanya, dia juga pernah melakukan beberapa kesalahan termasuk tersilap mencampur warna sehingga rambut pelanggannya bertukar hijau.


"Ia mungkin pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Mungkin saya terpaksa bekerja di situ tapi banyak yang saya belajar tentang teknik memotong rambut," katanya.

Untuk rekod, Sylvester memulakan karier di Hollywood sekitar tahun 1970-an dan filem Rocky pada 1976 melonjakkan namanya sebagai pelakon aksi.

Sylvester juga dilaporkan antara pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood iaitu AS$20 juta untuk setiap projek.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/28/sylvester-stallone-pernah-kerja-salon-mahir-potong-rambut-wanita-pelbagai-gaya
Pages: [1]
View full version: Sylvester Stallone pernah kerja salon


ADVERTISEMENT